Menu

Assalamualaikum.

Cerita pasal ayah den yang hari ni tetiba membuat satu perkara yang mengejutkan seisi rumah. Memang tak pernah jadi dalam tempoh 23 tahun.

Beliau telah mencemar duli memasak sayur kangkung goreng belacan. Boleh tahan gak la rasa dia. Kalau ikut kata mak dulu ayah pernah duduk rumah bujang, jadi ada la skill masak tu sikit.

Dah kawin ni jadi tak berapa nak rajin. Cuma tolong sikit2 je dengan alasan 'ala mak kan lagi pandai masak so kita tolong tengok je' hehe.

Persembahkan, kangkung goreng belacan lagenda pemancing 7 kolam.

Published with Blogger-droid v2.0.10
0

Assalamualaikum.

Ada apa lagi 2 minggu?  Nak kawen ke? Ke situ pulak dipikir nya. Haish. Walaupun calon nya dah ada takkan secepat ni pulak aku nak kawen. Heh. Entah mau ke tak beliau aku tak tau.

Ok stop merepek. Kurang 2 minggu lagi kan kita nak puasa. Aku tak tau lah kenapa. Tapi yang pasti aku mempunyai tahap eksaited paling tinggi untuk berpuasa kali ni. Seronok je rasa nak puasa. Tak pernah dalam hidup rasa gini.

Tadi masa pegi solat jumaat, khutbat dia pasal Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Khatib cakap, Ramadhan yang datang setahun sekali ni kita anggap la dia macam tetamu yang datang rumah kita. Kalau orang datang rumah kita mestilah kita bagi layanan baek punya kan first class. Sama jugak macam bulan puasa ni, buat baik banyak2. Banyak pahala berganda yang kita boleh sama2 kutip nanti. 

Kalau dah terbiasa  buat baik sebulan mana la tau kot2 dah jadi habit perkara baik yang kita buat time bulan puasa tu kan elok. Pasal tu orang panggil Madrasah Ramadhan sebab bulan puasa ni latih kita untuk buat baik.

So, are you ready people?


2



Assalamualaikum / Salam sejahtera.

Aku memang sorang manusia yang suka bebeno terhadap bijirin sarapan. Jadi disebabkan hati ni bimbang terhadap proses pengepaman perut, pipi dan pinggang jadi aku mengusul kepada sang emak supaya membeli sesuatu untuk mengelakkan makan berlebihan. Jadi beliau pun beli la bijirin Koko Crunch Duo 'Rasa Coklat Yang Hebat'  untuk menunaikan hasrat di hati.

Hambik ko sekali dibelinya kotak paling besar. Dah macam beli beras. Haha. Dah la jap lagi aku yang makan sorang2. Berapa tahun la nak habis agaknya. Takpe. Buat macam makan nasik je la.Tapi ada perkara best aku jumpa dalam kotak tu. ...jeng...jeng...jeng...



Dapat Hot Wheels. Pergh..tetiba rasa teruja. Zaman sebelum matang dulu memang suka kumpul benda cenggini. Lepas tu bajet dah tua jadi tak mahu kumpul lagi. Ceh perasan. Haha. Collection penuh satu almari. Mengamuk lah si emak sebab terlampau banyak. Tapi wa buat lek buat peace je. Bukan apa, aku tau nanti time raya mesti ada budak2 lah akan masukkan collection gua ni dalam poket mereka. Buat harta sendiri. Elok jugak buat sedekah. Tambah la sikit amal jariah.

Itu lah kisah apa yang ada dalam kotak. Heh.

p.s : Takde mood. Bosan teramat. Tak tau nak buat apa.  


1




Assalamuaikum.

Novel Contengan Jalanan oleh Hlovate. Novel ketiga yang aku habiskan sepanjang cuti yang belum pun sampai sebulan. Novel ni nampak macam novel biasa, tapi sebenarnya content dia bukan biasa2. Berisi lah orang kata. Kita akan expect baca novel untuk seronok je. Tapi novel ni ada part seronok ada part kena berfikir. Novel ni akan buat korang berfikir sejenak persoalan yang ditimbulkan dalam tu.

Ada 2 cerita berbeza dalam novel ni dan menjurus kepada satu tema yang sama iaitu perjalanan mencari Tuhan melalui 2 latar masyarakat kat 2 tempat yang berbeza. Macam2 pengalaman yang mengajar watak supaya berubah ke arah yang lebih baik.

Yang aku suka dalam novel ini teknik penceritaan dia. Latar masyarakat macam dapat dirasai dengan real especially bila cerita part kampung kat Kuala Perlis dan bila watak tu digambarkan mengembara ke dua negara iaitu Australia dan jugak Indonesia. Macam ada kat situ. Gaya bahasa sempoi. Diselitkan sikit ayat Quran dan Hadis. Tapi cukup untuk buat kita berfikir.

Dah cukup lah. Tak nak cerita lebih. Nak tau baca sendiri. Aku bagi rating novel ni 4.5/5. Terbaik serius tak tipu.



0

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Manusia dengan binatang beza nya adalah akal yang dikurniakan Tuhan kepada kita. Kalau takde akal kita ni sama je macam lembu yang meragut di tepi jalan. Yang jadi masalah nya dah tau Allah bagi kita akal tapi bertindak macam binatang. Yang tu memang terbakar fius otak agaknya.

Kalau baca suratkhabar Metro hari ni ada tajuk 'Ayah Macam Binatang' (Metro memang headline nak letup je selalu...) pasal cerita budak kena dera tu. Kesian weh tak dibagi budak tu makan, dahtu kena cucuh dengan rokok. Tak cukup dengan tu kaki budak tu melecur dan bernanah. Pergh sekali baca macam penyiksaan zaman Jepun ko tau.

Kita tak tau apa yang bapak budak tu rasa. Mingkin beliau stress kerja atau duit tak ada mana kita tau. Kan? Bagi aku kat sini ada 2 perkara penting. Satu hubungan keluarga. Ada masalah apa2 cer bawak bincang mana tau boleh setel. Kalau pendam dan buat bodoh akhirnya sendiri akan mental jadinya. Takkan la sampai hati nak biar kalau family bermasalah. Once a family always a family bak kata Dom dalam Fast & Furious 6

Kedua, hubungan dengan Tuhan. Bila cakap dengan manusia tak dapat menyelesaikan masalah, maka bercakap lah dengan Tuhan sebab Dia Maha Mendengar. Mintak kat Dia apa solution terbaik untuk masalah yang kita tengah hadapi. Kalaupun Dia tak tunjuk jalan tu maknanya Dia nak ajar kita sabar, Mungkin ada sesuatu yang terbaik untuk kita di kemudian hari. Lepas dah buat semua benda ni korang akan lega. Trust me, aku selalu buat kot.

And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided. ( 2:186)
Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

p.s : bukan nak tunjuk aku ni baik. Untuk peringatan diri sendiri gak ni.
0

Assalamualaikum.

Maklum lah orang takde keje kat rumah memang tengok tv je la kan. Sebagai seorang yang suka makan Masterchef Selebriti 2 jadi pilihan untuk ditonton.

Semalam Che Ta tersingkir hari ni Syura diumumkan juara Masterchef Selebriti Musim Kedua. Memang dah ada feeling Syura menang dari awal lagi sebab memang nampak dia pandai masak. Dapat tiket pegi Paris tu uols. Tak sia2 pandai masak. Hehe

P.s: agak2 bakal isteri saya pandai masak tak?

Published with Blogger-droid v2.0.10
0

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari berjerebu teruk akhirnya hujan gak hari ni. Keadaan dah cukup kritikal 2-3 hari ni sampai tahap IPU hampir cecah 300. Ngeri weh. Nasib la aku duk dalam rumah je selamat sikit.

Tu la kan manusia ni asal hujan je mengeluh. Tengok. Sekali Allah tarik nikmat hujan tu menggelabah nak buat pembenihan awan segala bagai.

Semoga hujan dapat hilangkan jerebu ni sekaligus membasuh dosa2 yg dilakukan manusia atas muka bumi ni.

"and Allah has sent down rain from the sky and given life thereby after its lifelessness. Indeed in that is a sign for a people who listen." (67:15)

Published with Blogger-droid v2.0.10
2

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ni otak memang blank tahap gaban jadi tak tau nak update apa kat blog ni. Otak pun memang dilanda kejerbuan yang teramat. Duduk dalam rumah pun rasa sesak je nafas ni. Itu baru aku yang muda remaja ni. Kalau orang veteran dengan budak2 kecik macam mana? Boleh habis setengah nyawa dibuatnya.

Tajuk tu adaptasi dari drama Teduhan Kasih yang popular tengah letup kat tv tu. Jadi kena sesuaikan suasana maka keluar la tajuk tu. Meh sini aku terangkan kenapa.

Mungkin jerebu tu datang sebagai satu peringatan. Jerebu tu tanda kecil kiamat. Sebelum datang tanda besar jerebu 40 hari 40 malam. Allah nak test kita sebenarnya.

Satu lagi mungkin kita selalu menyalahkan negara jiran, tapi pernah tak kita muhasabah? Jerebu ni jadi makin teruk sebab dah takde pokok pokok yang bekalkan oksigen kat kita. Semua ditebang sebab untuk pembangunan. Akhirnya alam yang merana kita yang terseksa.

Jadi sama2 la kita beringat.


2

Assalamualaikum.

Sebelum aku tulis dengan lebih lanjut, meh sini nak share dengan korang cerita yang aku dapat masa layan facebook kejap tadi.

Hiba Ammar writes: 
When my father proposed to my mother... He dedicated Surah Al-Imran, which he memorized off heart, as her "Mahr" (dowry)
And when my husband proposed to me, my father told him that he would have to memorize a surah of the Quran as my mahr.. The wedding will not go on unless i'v received my mahr 

I was asked to pick one of the surahs... I chose Surah Al-Noor... For all the laws that Surah contained within it and for the fact that it seemed hard to memorize on my behalf.

And before our wedding day; aside of being busy preparing for our "Newly wedded Nest"... The Quran wouldn't leave my husband's hand an entire month as he was memorizing the surah...

A few day before our wedding day, my husband came to recite to my father the surah which he had completed.

My father told him every time u make a mistake, u would have to start from the beginning all over again :))

My husband began reciting surah Al-Noor with his calm/gentle voice in such a "beautiful" scene which I will never forget. My mother and I would look at one another and would smile awaiting my husband to make a mistake so he would have to start all over again and by that increase my "Reward"...

But my husband - May Allah bless him - had memorized the surah off heart and didn't even forget one single verse of it.

Once he finished my father hugged him and said to him: "Today I shall marry my daughter to u for u have fulfilled her mahr.. and your pledge to me.."

He didn't pay me a financial mahr... And we didn't buy gold worth tens of thousands...

He sufficed me with Allah's words as an oath/contract between us...

And the Question is.... I wonder what Surah my daughter will chose as her mahr in the future?


I was asked to pick one of the surahs... I chose Surah Al-Noor... For all the laws that Surah contained within it and for the fact that it seemed hard to memorize on my behalf.
And before our wedding day; aside of being busy preparing for our "Newly wedded Nest"... The Quran wouldn't leave my husband's hand an entire month as he was memorizing the surah...
A few day before our wedding day, my husband came to recite to my father the surah which he had completed.
My father told him every time u make a mistake, u would have to start from the beginning all over again :))
My husband began reciting surah Al-Noor with his calm/gentle voice in such a "beautiful" scene which I will never forget. My mother and I would look at one another and would smile awaiting my husband to make a mistake so he would have to start all over again and by that increase my "Reward"...
But my husband - May Allah bless him - had memorized the surah off heart and didn't even forget one single verse of it. 
Once he finished my father hugged him and said to him: "Today I shall marry my daughter to u for u have fulfilled her mahr.. and your pledge to me.."
He didn't pay me a financial mahr... And we didn't buy gold worth tens of thousands... 
He sufficed me with Allah's words as an oath/contract between us...
And the Question is.... I wonder what Surah my daughter will chose as her mahr in the future?


Kalau ada parents yang berani buat macam ni kan best. Sekarang jugak saya pegi masuk meminang anak pak cik hehe. Bagi aku bukan nak tunjuk kita ni hebat ke apa tapi macam satu simbolik agama itu diletakkan nombor satu dalam hidup kita. Tak semestinya hantaran yang beribu-ribu tu ukuran bahagia kan? Bukan senang nak cari lelaki yang sanggup menyahut cabaran macam ni. Aku ? Insya Allah boleh. Tapi kena practice dulu la. Dulu time sekolah rajin gak hafal ni. Dah masuk U ni rasa macam banyak halangan. Biasa lah nama pun nak buat baik...



p.s : Agak2 awak nak pilih surah apa untuk saya?

2

Assalamualaikum.

Sekarang ni sibuk semua orang bercerita pasal jerebu. Air Pollution Index (API) atau Indeks Pencemaran Udara (IPU) kat sesetengah tempat sangat tinggi sampai sekolah pun kena tutup macam kat Johor tu. Ini serius (sila nyanyi ala2 Wonderpets). Kesian kat budak2 tu bagi cuti pun takde makna sebab bukan boleh buat apa pun. Kena duduk dalam rumah sebab udara yang tak sihat.

Aku terfikir sesuatu. Disebalik kita menyalahkan negara jiran atas pembakaran yang berlaku, sebenarnya masalah jerebu ni makin terus sebab kita sendiri. Tumbuhan hijau yang jadi bekalan oksigen kita dah berkurangan. Ditebang atas nama pembangunan. Kesan nya kita sendiri terseksa. Dah sampai masa kita seimbangkan pembangunan dan alam sekitar mungkin

Musim - musim gini diharapkan korang semua jagalah kesihatan. Kalau kena keluar rumah atas urusan kena la pakai topeng penapis udara untuk menapis udara yang masuk ke dalam paru-paru. Baru cool macam ninja semua pakai topeng. Dah jadi macam Konoha nanti heh. Kalau takde apa2 yang urgent tu mohon stay dalam rumah berhibernasi macam beruang kutub. Berhenti lah buat pembakaran terbuka yang akan buat keadaan makin teruk nanti. Especially yang hisap rokok tu. Tak kesian ke kat orang sekeliling ? Dah la udara tercemar ditambah lagi dengan asap rokok anda tu. Tak patut..tak patut..

Moga kita semua berada dalam lindungan kasih sayang Allah.




0

Assalamualaikum.

Apa salah facebook ? Macam2 dah kita dengar pasal bahana facebook ni. Kena tipu sampai ribuan ringgit sebab terpedaya dengan ayat2 manis kasanova facebook and the worst case is jadi mangsa rogol. Macam yang ditulis dalam satu suratkhabar hari ni. Termenung kejap aku. Semua ni memang salah facebook ke apa?  

Ini pendapat aku sebenarnya facebook tu tak salah. Yang salah tu kita yang mungkin kadang2 salah buat pilihan. Sepatutnya kita yang mempersiapkan diri supaya takde la kita terjerumus dalam perkara2 yang tak diingini. Of course la cara kita nak mempersiapkan diri dengan adanya ilmu. Ilmu tu kita dapat dengan belajar. Bukan takat share apa2 info kat facebook then terus 'beriman' dengan info yang korang dapat tu. Aware sikit pasal keadaan sekeliling. Tengok berita ke baca surat khabar untuk dapat sikit info. Ye tau kadang surat khabar bukan betul sangat. Tapi at least mesti ada sesuatu yang berguna kan?

Next, yang ni paling crucial yang korang semua mesti ada. Agama. Aku bukan la ustaz nak cakap pasal agama ni. Tapi agama tu boleh jadi perisai untuk korang hadapi dunia yang penuh mencabar ni. Kalau betul2 suka tak payah duk gatal kat facebook, jumpa parents terus, kalau setuju kawen. Baru gentlemen.Wa respek sama lu kalau berani buat gitu.

Aku adalah manusia yang sangat menghargai kewujudan facebook ni sebab kawan2 aku semua duduk jauh2. Jadi dengan adanya facebook ni dapat mengeratkan silaturahim gitu. Dapat jugak la meluah perasaan ka..share apa2 yang berguna..tazkirah ke apa dapat tambah pahala sikit. Sedar diri tu banyak dosa jadi jangan la jadikan fesbuk tu laman tambah dosa. (ini untuk peringatan diri sendiri jugak)

So, akhirnya cuma nak cakap hidup ini penuh dengan pilihan. Kita yang punya kuasa untuk memilih.




4

Assalamualaikum.
Sempena hari bapa ni aku nak share dedikasi yang aku tulis kat fb semalam.
Enjoy.

Ayah.
Jarang tulis pasal ayah dalam mukabuku ni.
Selalu cuma mak saja yang di highlight kan dalam ni.
Hari ni tergerak pulak nak bercerita pasal ayah.

Ayah.
Kalau orang tengok aku diorang kata ada iras ayah sikit.
Kalau tak kenal persepsi pertama yang timbul adalah garang.
Dulu cukup takut dengan ayah ni lagi2 dengan misai dan janggut ayah.
Ngeri. Sekarang dah tak. Sebab misai dah takde.
Kurang garang nya. Lagipun dah berusia tak larat nak marah lagi.

Nak tahu tak?
Beliau pandai buat layang2. Macam2 bentuk. Batman pun ada.
Pandai buat nasi goreng yang orang lain tak boleh tiru termasuk emak.
Pandai buat lawak spontan. Kadang2 dia sendiri tak sedar dia buat lawak. Heh.
Pendek kata memang sempoi bapak aku ni. Tak banyak kerenah. Simple.
Tak macam anak dia. Cerewet.

Mak selalu cakap
Walaupun nampak je garang hati ayah ni ada taman.
Masa aku mula2 masuk UIA dulu tak lalu nak makan sebab risau.
Mak rilek je. Abah yang risau.
Pernah sekali tu ferrari aku rosak, terus dia ambik cuti emergency.
Tak peduli dah kena marah dengan bos dia.
Kalau nak makan sedap mesti tunggu aku balik walaupun mak ada kat rumah.

Bila dah umur macam ni ayah tanya.
Kat UIA tu kan ramai gadis takkan satu pun takde yang berkenan?
Aku pun mintak tips la dari dia.
Maka bercerita la beliau dari Gombak sampai ke rumah.
Aku kutip ilmu sikit sambil tu.

Itu cerita ayah aku. Orang nya nampak garang tapi lembut hatinya. Kalau dah merajuk susah nak pujuk. Jadi jangan buat beliau merajuk. Susah. Heh.

Happy Ayah's Day :)

Muhammad Salim bin Harmanain
1803
150613




2

Assalamualaikum.

Blogger hantu? Apa tu? Hantu kak Limah. Terkejut gak masa mula2 dengar. Ingatkan hantu boleh tulis blog kikiki..maklum lah hantu zaman moden. What do u expect? Haha.

Rupanya gini citernye. Lepas kejadian banyak fitnah dan maklumat yang tak betul disebarkan dalam blog dan juga portal berita jadi nya kerajaan akan wajibkan penulis meletakkan identiti sebenar masing2. No more anonymous ala2 Misteri Nusantara gitu. Tak boleh la tulis suka2 hati tanpa disokong fakta sahih. Fitnah tu dosa nya lebih besar dari membunuh but still tak serik2. Kalau kerajaan dah buat gitu baru kasi takut sikit diorang ni.

Nasib baik la nak buat blog ni takde lesen. Kalau tak jenuh lah aku nak pegi hidupkan lesen tiap2 tahun. Aku ni kereta pun tak ada. Apa lagi basikal. Ferrari je ada tu pun tak payah hidupkan lesen haha. Kenapa la nak tulis benda bukan2 dalam blog? Dibuatnya mati esok tak sempat nak padam dosa mengalir tak berenti sampai kiamat tak ke naya tu namanya. haish.

Kebebasan yang ada ni patut nya dihargai. Tak ada kebebasan mutlak. Tak kira sapa pun berkuasa still akan ada peraturan untuk mengawal kebebasan.

Ok tu je. Kbai.

Saya. Salim Harmanain bersama ferrari dan arwah ipad

3

Assalamualaikum.

Sekarang semua orang perlukan duit. Sedangkan nak pegi toilet pun kena bayar. Apalagi kalau nak makan. Macam macam cara boleh kita buat untuk dapatkan duit. Setiap orang ada jalan rezeki masing2 yang Tuhan dah tentukan untuk dia.

Macam sorang mak cik ni. OKU takde tangan yang ada cuma kaki sebelah kiri je, itu pun boleh jahit sampai  5 helai baju sehari. Kita yang ada kaki tangan sempurna ni belum tentu lagi boleh jahit sepasang baju. Kalau boleh pun entah bila boleh siap. Cabaran untuk kaum wanita ni. Hehe.

Cerita pasal duit. Sekarang ni banyak peluang dah terbuka luas untuk kita cari duit. Lagi kalau yang rajin online. Blogging, facebook, twitter semua boleh diguna untuk cari duit. Ramai dah orang yang dah berjaya dengan online ni terutama nya blogger macam Yuyu Zulaikha, Ben Ashaari, Hanis Zalikha ramai lagi kalau nak sebut yang penting usaha.

Jadi sempena cuti 3 bulan ni aku pun mau berusaha mencari duit disamping melembutkan sel otak dengan melatih diri menulis. Dah ada duit baru boleh kawen..eh..kan...kan...kan...

Kalau ada duit banyak gini memang aku kahwin dah la haha

0

Assalamualaikum. 

Tajuk macam marah. tapi tak sebenarnya. Cerita bab kawen semalam dengan mak. memandangkan aku ini adalah golongan OKU jadi gua jadi takut dan fobia mau kawen. Jadi sudahnya aku cakap dengan mak tak bosan ke hampir setiap kali borak mesti diselitkan elemen pasal kawen2 ni. Stress den. Pastu mak aku reply...

Ada aku kesah?

Tapi itu lah.Sejauh mana aku cuba elak semakin rasa itu datang. Dulu aku ingat boleh lari dari perasan tu rupanya tak boleh. Terasa separuh jiwa kosong. Macam lagu separuh jiwaku pergi tu. Haa..macam tu la rasa dia.

Diorang selalu pesan, takada beza nya kau dengan orang lain malah lebih baik dari orang lain, habis sekolah, belajar tinggi masuk U, sekejap lagi nak habis belajar ada rezeki kerja. Cuma yang beza nya kau itu ada ferrari. Itu je. Rezeki orang kita tak tau.

Nak kata kau tak boleh jaga dia lepas kawen? Ingat kalau niat kawen itu baik Allah akan jaga kita. Allah takkan bagi sesuatu yang kita tak mampu memikulnya. Orang akan berhenti bila penat. Yang akan memandu hidup adalah kau. Cuba sehabis baik dan tawakkal. Bukan orang yang tentukan semua tu. 

Terus insaf dan sekarang tengah berusaha. Whatever it is support dari family tu cukup penting kan?

Nick Vujicic with Kiyoshi

1

Assalamualaikum.

Yes. Cuti yang dinanti telah tiba. Separuh mati jawab exam hari tu. Dengan paper berturut - turut, dengan demam nye lagi, dengan kehilangan ipad terhenta memang dasyat dugaan yang melanda sem ni. Tak apa mungkin ada hikmah disebalik nya. Sadis ko tau. Trauma mak dibuatnya.

Meh nak cerita sikit cerita sem ni. Semester ni adalah yang paling mencabar sebenarnya. Dengan tanggungjawab sebagai student, konon2 presiden kelab OKU pastu wakil dalam MPP lagi buat aku rasa pressure yang amat sebenarnya. Dah la tu ambik subjek English yang memerlukan buat research. Tak cukup dengan itu budak2 law kat UIA ni kena pegi tutorial pulak. Kebizian melampaui batas kemanusiaan tapi sempat gak berjimba jimba..study2...time enjoy kita enjoy. Memang sekelip mata je sem ni sampai ke penghujung. tup2 dah habis exam.

Ok setel part yang mengerikan. sekarang nak cerita part yang mensukakan err..bahasa baru..pedulikan...haha..part cintan cintun..yaa..sem ini sangat merasa ketuaan dimana almost tiap2 minggu dapat jemputan kawen member2 sekolah atau kat U. Tapi boleh kira berapa je yang aku pegi. Sibuk. Tak sempat. (padahal dalam hati jeles..lol). Sem ini jugak semakin giat otak ni memikirkan soal duit dan kawen oleh sebab faktor kawan2 ramai yang dah kawen dan beranak pinak jadi perasaan untuk berkeluarga itu timbul disamping dengan sang emak dan abah yang tak abis menyelitkan elemen kahwin dalam setiap perkara. Sungguh stress. Maka dengan ini anakanda memulakan langkah mencari bidadari.

Dengan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada aku cuba. Akhirnya aku jumpa. Sekarang tengah berusaha. Jadi semua tolong doa untuk aku. Mana tau kalau berjaya maka aku akan jemput korang pegi majlis aku nanti. Haha. Ada rezeki kot2 kawen dengan orang jauh..dapat lah merasa naik flight..pergh berangan tak habis kau ni.

Maka dengan bermulanya cuti maka bermula aktiviti update mengupdate blog. Cuti haritu sibuk praktikal. Cuti ni duk kat rumah jadi pengonline tegar jawabnya. Sadis.

Ok. Nanti aku update lagi. Kbai.


0