Menu

Jerebu sana...jerebu sini..

Assalamualaikum.

Sekarang ni sibuk semua orang bercerita pasal jerebu. Air Pollution Index (API) atau Indeks Pencemaran Udara (IPU) kat sesetengah tempat sangat tinggi sampai sekolah pun kena tutup macam kat Johor tu. Ini serius (sila nyanyi ala2 Wonderpets). Kesian kat budak2 tu bagi cuti pun takde makna sebab bukan boleh buat apa pun. Kena duduk dalam rumah sebab udara yang tak sihat.

Aku terfikir sesuatu. Disebalik kita menyalahkan negara jiran atas pembakaran yang berlaku, sebenarnya masalah jerebu ni makin terus sebab kita sendiri. Tumbuhan hijau yang jadi bekalan oksigen kita dah berkurangan. Ditebang atas nama pembangunan. Kesan nya kita sendiri terseksa. Dah sampai masa kita seimbangkan pembangunan dan alam sekitar mungkin

Musim - musim gini diharapkan korang semua jagalah kesihatan. Kalau kena keluar rumah atas urusan kena la pakai topeng penapis udara untuk menapis udara yang masuk ke dalam paru-paru. Baru cool macam ninja semua pakai topeng. Dah jadi macam Konoha nanti heh. Kalau takde apa2 yang urgent tu mohon stay dalam rumah berhibernasi macam beruang kutub. Berhenti lah buat pembakaran terbuka yang akan buat keadaan makin teruk nanti. Especially yang hisap rokok tu. Tak kesian ke kat orang sekeliling ? Dah la udara tercemar ditambah lagi dengan asap rokok anda tu. Tak patut..tak patut..

Moga kita semua berada dalam lindungan kasih sayang Allah.




No comments:

Post a Comment