Menu

Ada apa dua minggu lagi ?

Assalamualaikum.

Ada apa lagi 2 minggu?  Nak kawen ke? Ke situ pulak dipikir nya. Haish. Walaupun calon nya dah ada takkan secepat ni pulak aku nak kawen. Heh. Entah mau ke tak beliau aku tak tau.

Ok stop merepek. Kurang 2 minggu lagi kan kita nak puasa. Aku tak tau lah kenapa. Tapi yang pasti aku mempunyai tahap eksaited paling tinggi untuk berpuasa kali ni. Seronok je rasa nak puasa. Tak pernah dalam hidup rasa gini.

Tadi masa pegi solat jumaat, khutbat dia pasal Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Khatib cakap, Ramadhan yang datang setahun sekali ni kita anggap la dia macam tetamu yang datang rumah kita. Kalau orang datang rumah kita mestilah kita bagi layanan baek punya kan first class. Sama jugak macam bulan puasa ni, buat baik banyak2. Banyak pahala berganda yang kita boleh sama2 kutip nanti. 

Kalau dah terbiasa  buat baik sebulan mana la tau kot2 dah jadi habit perkara baik yang kita buat time bulan puasa tu kan elok. Pasal tu orang panggil Madrasah Ramadhan sebab bulan puasa ni latih kita untuk buat baik.

So, are you ready people?


2 comments: