Menu

Cuti 3 bulan bermula.

Assalamualaikum.

Yes. Cuti yang dinanti telah tiba. Separuh mati jawab exam hari tu. Dengan paper berturut - turut, dengan demam nye lagi, dengan kehilangan ipad terhenta memang dasyat dugaan yang melanda sem ni. Tak apa mungkin ada hikmah disebalik nya. Sadis ko tau. Trauma mak dibuatnya.

Meh nak cerita sikit cerita sem ni. Semester ni adalah yang paling mencabar sebenarnya. Dengan tanggungjawab sebagai student, konon2 presiden kelab OKU pastu wakil dalam MPP lagi buat aku rasa pressure yang amat sebenarnya. Dah la tu ambik subjek English yang memerlukan buat research. Tak cukup dengan itu budak2 law kat UIA ni kena pegi tutorial pulak. Kebizian melampaui batas kemanusiaan tapi sempat gak berjimba jimba..study2...time enjoy kita enjoy. Memang sekelip mata je sem ni sampai ke penghujung. tup2 dah habis exam.

Ok setel part yang mengerikan. sekarang nak cerita part yang mensukakan err..bahasa baru..pedulikan...haha..part cintan cintun..yaa..sem ini sangat merasa ketuaan dimana almost tiap2 minggu dapat jemputan kawen member2 sekolah atau kat U. Tapi boleh kira berapa je yang aku pegi. Sibuk. Tak sempat. (padahal dalam hati jeles..lol). Sem ini jugak semakin giat otak ni memikirkan soal duit dan kawen oleh sebab faktor kawan2 ramai yang dah kawen dan beranak pinak jadi perasaan untuk berkeluarga itu timbul disamping dengan sang emak dan abah yang tak abis menyelitkan elemen kahwin dalam setiap perkara. Sungguh stress. Maka dengan ini anakanda memulakan langkah mencari bidadari.

Dengan menggunakan segala ruang dan peluang yang ada aku cuba. Akhirnya aku jumpa. Sekarang tengah berusaha. Jadi semua tolong doa untuk aku. Mana tau kalau berjaya maka aku akan jemput korang pegi majlis aku nanti. Haha. Ada rezeki kot2 kawen dengan orang jauh..dapat lah merasa naik flight..pergh berangan tak habis kau ni.

Maka dengan bermulanya cuti maka bermula aktiviti update mengupdate blog. Cuti haritu sibuk praktikal. Cuti ni duk kat rumah jadi pengonline tegar jawabnya. Sadis.

Ok. Nanti aku update lagi. Kbai.


No comments:

Post a Comment