Menu

Ayahku bukan ayahmu

Assalamualaikum.
Sempena hari bapa ni aku nak share dedikasi yang aku tulis kat fb semalam.
Enjoy.

Ayah.
Jarang tulis pasal ayah dalam mukabuku ni.
Selalu cuma mak saja yang di highlight kan dalam ni.
Hari ni tergerak pulak nak bercerita pasal ayah.

Ayah.
Kalau orang tengok aku diorang kata ada iras ayah sikit.
Kalau tak kenal persepsi pertama yang timbul adalah garang.
Dulu cukup takut dengan ayah ni lagi2 dengan misai dan janggut ayah.
Ngeri. Sekarang dah tak. Sebab misai dah takde.
Kurang garang nya. Lagipun dah berusia tak larat nak marah lagi.

Nak tahu tak?
Beliau pandai buat layang2. Macam2 bentuk. Batman pun ada.
Pandai buat nasi goreng yang orang lain tak boleh tiru termasuk emak.
Pandai buat lawak spontan. Kadang2 dia sendiri tak sedar dia buat lawak. Heh.
Pendek kata memang sempoi bapak aku ni. Tak banyak kerenah. Simple.
Tak macam anak dia. Cerewet.

Mak selalu cakap
Walaupun nampak je garang hati ayah ni ada taman.
Masa aku mula2 masuk UIA dulu tak lalu nak makan sebab risau.
Mak rilek je. Abah yang risau.
Pernah sekali tu ferrari aku rosak, terus dia ambik cuti emergency.
Tak peduli dah kena marah dengan bos dia.
Kalau nak makan sedap mesti tunggu aku balik walaupun mak ada kat rumah.

Bila dah umur macam ni ayah tanya.
Kat UIA tu kan ramai gadis takkan satu pun takde yang berkenan?
Aku pun mintak tips la dari dia.
Maka bercerita la beliau dari Gombak sampai ke rumah.
Aku kutip ilmu sikit sambil tu.

Itu cerita ayah aku. Orang nya nampak garang tapi lembut hatinya. Kalau dah merajuk susah nak pujuk. Jadi jangan buat beliau merajuk. Susah. Heh.

Happy Ayah's Day :)

Muhammad Salim bin Harmanain
1803
150613




2 comments:

  1. ayah ekau , ayah yg cool. hehe....

    btw! hai selamat berkenalan. bahahahaa

    ReplyDelete
  2. selamat hari bapa untuk ayah awk..
    sayangilah ayah selagi dia masih ade..
    btw, ayah sy pun suka merajuk jugak..sensitif..ehehehe..

    ReplyDelete