Menu

Contengan Jalanan | Bukan contengan biasa




Assalamuaikum.

Novel Contengan Jalanan oleh Hlovate. Novel ketiga yang aku habiskan sepanjang cuti yang belum pun sampai sebulan. Novel ni nampak macam novel biasa, tapi sebenarnya content dia bukan biasa2. Berisi lah orang kata. Kita akan expect baca novel untuk seronok je. Tapi novel ni ada part seronok ada part kena berfikir. Novel ni akan buat korang berfikir sejenak persoalan yang ditimbulkan dalam tu.

Ada 2 cerita berbeza dalam novel ni dan menjurus kepada satu tema yang sama iaitu perjalanan mencari Tuhan melalui 2 latar masyarakat kat 2 tempat yang berbeza. Macam2 pengalaman yang mengajar watak supaya berubah ke arah yang lebih baik.

Yang aku suka dalam novel ini teknik penceritaan dia. Latar masyarakat macam dapat dirasai dengan real especially bila cerita part kampung kat Kuala Perlis dan bila watak tu digambarkan mengembara ke dua negara iaitu Australia dan jugak Indonesia. Macam ada kat situ. Gaya bahasa sempoi. Diselitkan sikit ayat Quran dan Hadis. Tapi cukup untuk buat kita berfikir.

Dah cukup lah. Tak nak cerita lebih. Nak tau baca sendiri. Aku bagi rating novel ni 4.5/5. Terbaik serius tak tipu.



No comments:

Post a Comment