Menu

Apa ada dalam kotak?



Assalamualaikum / Salam sejahtera.

Aku memang sorang manusia yang suka bebeno terhadap bijirin sarapan. Jadi disebabkan hati ni bimbang terhadap proses pengepaman perut, pipi dan pinggang jadi aku mengusul kepada sang emak supaya membeli sesuatu untuk mengelakkan makan berlebihan. Jadi beliau pun beli la bijirin Koko Crunch Duo 'Rasa Coklat Yang Hebat'  untuk menunaikan hasrat di hati.

Hambik ko sekali dibelinya kotak paling besar. Dah macam beli beras. Haha. Dah la jap lagi aku yang makan sorang2. Berapa tahun la nak habis agaknya. Takpe. Buat macam makan nasik je la.Tapi ada perkara best aku jumpa dalam kotak tu. ...jeng...jeng...jeng...



Dapat Hot Wheels. Pergh..tetiba rasa teruja. Zaman sebelum matang dulu memang suka kumpul benda cenggini. Lepas tu bajet dah tua jadi tak mahu kumpul lagi. Ceh perasan. Haha. Collection penuh satu almari. Mengamuk lah si emak sebab terlampau banyak. Tapi wa buat lek buat peace je. Bukan apa, aku tau nanti time raya mesti ada budak2 lah akan masukkan collection gua ni dalam poket mereka. Buat harta sendiri. Elok jugak buat sedekah. Tambah la sikit amal jariah.

Itu lah kisah apa yang ada dalam kotak. Heh.

p.s : Takde mood. Bosan teramat. Tak tau nak buat apa.  


1 comment:

  1. ada setengah orang tanya ada apa dalam kotak je, mesti jawab rokok... haha

    ReplyDelete