Menu


assalamualaikum...31 Mei dipilih sebagai Hari Tanpa Tembakau..so Bro Ben Ashaari buat segmen ringkas untuk support kempen ni...aku memang benci dengan perokok2 ni...membunuh diri sendiri..membazir duit..(pegi Secret Recipe lagi best hahahaha)...bajet macho tapi sebenarnya hodoh..bibir pucat...gigi berkarat..sumpah hodoh...(sila baca dengan penuh emosi..) pelik aku dengan perokok tegar ni apa yang diorang dapat pun aku tak tau..haish..siap buat entri lagi pasal perokok ni...klik sini..sapa2 nak join klik banner ye..

~ADIOS~
0

assalamualaikum...saya selaku anak jati Selangor mahu berkongsi khabar sedih di mana bonda Sultan Selangor telah mangkat pagi tadi..

KUALA LUMPUR: Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi tadi. 

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira jam 9 pagi.
Munir ketika dihubungi Bernama berkata, jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar. - BERNAMA


~AL-FATIHAH~


0

lalalalala...bukak blog di waktu tengahari..nampak pulak kekasih gelapku update pasal giveaway ni...so apa lagi aku pun merajin kan tangan untuk menjoinkan diri...maklum la takde keje..sapa tau kalau tetiba menang... hadiah boleh tahan best2 belaka dari para sponsor yang pemurah..hehehe berangan sudah..tak boleh blah.. :P mari join ramai2 klik banner kat bawah tu ye..


para sponsor giveaway ni...semoga diorang murah rezeki.. :)


p/s : apa lagi yang takde keje tu atau gile join giveaway..jangan tunggu lagi..join jangan tak join.. :) entry yang ditulis dengan harapan nak menang hahahaah gelak kejam :D

1

assalamualaikum..kita mulakan hari dengan ceria...ok...terkejut aku dengan berita dekat kosmo hari ni...nenek 74 tahun ahli bina badan ..wow !!! terkejut ala2 P Ramlee..serius tak caya..hebat seyh nenek ni..siap masuk World Book of Record wanita tertua ahli bina badan..layan je cerita ni..


BALTIMORE - Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda.
Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Recordssebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.
"Usia hanyalah angka semata-mata," kata Ernestine yang mempunyai perut langsing dan berotot.
Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan.
Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun.
Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.
Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing. - Agensi
p/s : cayalah... :P
2

malam ni aku mood untuk buat entri sangat la melimpah ruah...apa lagi aku teruskan la usaha untuk mencari bahan2 untuk update blog tercinta ni...hohoho...kalo tadi post pasal kahwen..yang ini pulak cerita pasal  cerai..jadi lengkap la tema malam ni iaitu tema alam rumah tangga..macam2 boleh jadi sebab untuk suami isteri bercerai...tapi kali ni nak kongsi cerita cerai gara2 remote TV..  layankan je la ye..

A couple applied for a divorce at a court in Beijing, China recently.
According to the man, a PhD graduate surnamed Wang, the wife had injured him in a fight over the TV remote control last year.
"I was watching a TV programme after returning from working overtime.
"A few minutes later, she snatched the remote control from me and switched to another channel. I wanted the remote control back," he said.
Thus, a fight ensued between the husband and wife, both aged 32, who got to know each other through the Internet in 2006 and got married three years later.
Then, the woman – a masters graduate surnamed Su - ran to the balcony and screamed loudly while Wang attempted to pull her back inside.
During the struggle, Wang claimed Su attacked him with a hair clip and seriously injured his right hand.
"She even gave me the cold shoulder during surgery on my hand," said Wang, who also provided the court with audio clips of his arguments with Su.
The Fangshan District People's Court granted the couple a divorce last Saturday.
Source: Jinghua Times
Published May 30 2011

p/s : pasal remote tv pun cerai ke? tu la..kena belajar dengan S.Y untuk hidup aman dan harmoni dalam rumah tangga :P
2

alhamdulilah penyampai radio fofular Sinar FM Salleh Yakob dah selamat menikah...aku tengok berita tadi .. dengan dua kali lafaz sah S.Y dah penuhkan kuota isteri nye...pergh...jeles aku.. S.Y dah cukup 4.. aku ni satu pun tak dapat lagi adess...apa2 pun jom kita layan gambar yang aku jumpa kat website Sinar FM ni..




p/s : tahniah buat mereka berdua...semoga hidup aman dan bahagia hingga ke akhir hayat..doakan aku cepat kawen ye.. :p nak tengok lagi gambar klik sini
8

akhir nya...tarif letrik dinaikkan...setelah desas desus dari minggu lepas lagi nak naik akhirnya petang ni naik jugak...aku share kan berita nye supaya kita sama2 berjimat cermat..

PUTRAJAYA: Kerajaan memgumumkan kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada 33.54sen/kwj daripada 31.31sen/kwj iaitu sebanyak 2.23sen/kwj, berkuatkuasa 1 Jun depan.

Kenaikan itu kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.
Selain itu, semakan tarif asas TNB dengan kenaikan 0.63sen/kwj (2%) turut memberi kesan ke atas kenaikan itu.

p/s : lepas ni kalau nak blogging kena pakai laptop...jimat kos heheehe..kalau nak jimat lagi tutup blog muahahaha..memang tak la aku nak tutup blog kan.. :p
9

setelah beberapa ketika dilanda perasaan malas untuk blogging tetiba diri ini jadi rajin balik...macam minum kopi super power pulak..ahahahaah...cerita hari ni pasal tipu...bukan si tipah yang tertipu..tapi Zed Zaidi ngan Scha yang tertipu..layan je berita kat bawah ni.. 



KUALA LUMPUR: “Saya pernah ditawarkan membeli 10 iPad berharga hanya RM5,000. Mulanya saya sangat teruja membelinya kerana harga ditawarkan murah, tetapi mujurlah tidak terpedaya sejurus dimaklumkan Eizlan Yusof semua itu hanyalah satu penipuan,” kata Zed Zaidi, 31, yang hampir tertipu seorang lelaki menyamar sebagai pramugara dan dikenali sebagai Darvin dengan menawarkan khidmat kiriman barangan berjenama dari luar negara kepadanya, di sini.
Darvin yang berusia 20-an itu dikatakan sudah memperdayakan beberapa artis tempatan bagi menawarkan khidmat memberi barangan luar negara dengan harga murah sebelum menghilangkan diri.

Beliau berkata, dia mengenali lelaki terbabit dalam satu majlis tiga bulan lalu selepas memperkenalkan dirinya bekerja sebagai pramugara.
“Saya hairan baru beberapa jam kenal, lelaki terbabit sangat intim dengan kami (artis). Sepanjang mengenalinya, lelaki itu banyak menipu kami kononnya memiliki hotel dan pusat karaoke,” katanya.

Menurutnya, bulan lalu, lelaki itu menawarkan kepadanya membeli 10 iPad dengan harga murah iaitu hanya RM5,000 sebelum bercadang membelinya namun bernasib baik selepas Eizlan menghubunginya memberitahu lelaki itu menipu malah dakwaannya sebagai pramugara tidak benar.

“Sekarang baru saya tahu lelaki berkenaan mensasarkan artis untuk menipu. Saya berharap artis lain tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihatnya,” katanya.
Seorang lagi artis, Scha Alyahya berkata, lelaki itu ada datang berjumpanya di lokasi penggambaran drama Awan Dania di Ukay Perdana lima bulan lalu dengan menawarkan kiriman minyak wangi dan beg tangan dari Amerika Syarikat.

“Saya terkejut ditawarkan dengan harga murah dan bercadang membelinya, namun tidak berbuat demikian sejurus mengesyaki sesuatu yang pelik dan enggan melayannya sehinggalah seminggu kemudian lelaki itu datang lagi dan menawarkan pula minyak wangi diimport dari Amerika Syarikat.

“Saya mengambil langkah bijak dengan tidak memberikan wang kepadanya dan tidak menyangka lelaki itu sudah menipu ramai artis dan orang luar,” katanya.

Menurut Scha, ketika di set penggambaran, lelaki berkenaan turut ditawarkan menjadi pelakon tambahan untuk beberapa babak drama Awan Dania.

Bagi Eliza Razak AF2, suspek berjumpanya di satu set penggambaran tahun lalu memberitahu mahu ke United Kingdom (UK) dan menawarkan kiriman iPhone dengan harga murah.

“Selang beberapa hari, lelaki itu menghubungi saya dan memberitahu berada di UK dan minta memasukkan wang ke dalam akaunnya namun saya tidak memasukkannya sehinggalah dia menghilangkan diri,” katanya.

p/s : macam2 cara diguna nak nipu sekarang ni..jadi berhati - hati la ye..sebab manusia sanggup buat apa je asalkan dapat duit..
2

assalamualaikum...selamat malam setelah dua hari tak update blog..sangat rindu pada blog cikai ni hahaha..nanti aku cerita kenapa tak update...tapi sekarang meh cerita pasal Mentor dulu..seperti yang dijangka..Salma protege Erra telah menang sekaligus juara..yeah !!! dapat 100k.. :) padahal tak vote pong hahaha..

si Shiha protege kak Pah no.2..si Ika protege Edry no.3..tahniah la ye kat Salma..walaupun dia tak se cute si Shiha..tapi suara dia sumpah mantap..ala2 Beyonce..kata senior ku..so aku memang puas ati tengok dia cuma part duet.. aku lagi suke Ika ngan FT..part baju pulak..Erra dengan Shiha paling gojes...hehehe..i like..sekian ulasan Mentor dari pengkritik tak bertauliah...nak tulis lebih2 malas pulak hehehe...

 JUARA...  terbaek bah :)



DUET MANTOP !!!


GOJES..as usual.. :)
1

selamat malam... haish bila kemalasan tak ada untuk update blog...maka terbiarlah blog sendirian terkapai -kapai..malam ni tetiba semangat baru muncul untuk update blog..terjah blog tgk2 Bro Ben Ashaari buat segmen..so aku pun join la untuk mem femeskan lagi blog aku ni..tapi syarat nye untuk blog yang follower nye bawah 1000 saje...so join la ramai2..klik sini untuk join..apa lagi tunggu join sekarang...tamat pukul 12 tengah malam ni..join jangan tak join...
26



....
inteprete kalo terer
....
3

assalamualaikum...selamat pagi...warghhh..menguap bagai singa kelaparan...pagi2 sudah update blog...begini la hidup si penganggur dan penternak lemak...takde kerja sungguh beliau ni kan2 ? pagi2 aku selak surat khabar tengok berita apa yang menarik untuk dikongsi pagi ni..dalam banyak2 berita..aku pilih berita pasal DARA..layankan je...

SALT LAKE CITY: Seorang wanita di bandar raya ini didakwa menawarkan dara anak perempuannya berusia 13 tahun kepada seorang lelaki dengan bayaran AS$10,000 (RM30,000).
Wanita itu didakwa, semalam di Mahkamah Daerah Utah dengan dua tuduhan penderaan seksual serta dua lagi tuduhan eksploitasi seksual. Stesen televisyen KTVX saluran 4 melaporkan mahkamah mendakwa, dia membuat tawaran itu selepas lelaki berkenaan meminta untuk melakukan seks oral bersama kanak-kanak terbabit. Polis berkata, wanita itu dan anaknya akan memperagakan pakaian dalam untuk lelaki terbabit. Tawaran itu diketahui teman lelaki wanita berkenaan yang menemui beberapa mesej pesanan ringkas membincangkan mengenai hal itu di telefon bimbitnya. - AP 

 beliau ni konpius gak cam aku..hahaha

p/s : macam2 demi duit segala nya dikorbankan...hmm.. nak kaya punya pasal harga diri pun dijual ...
2

assalamualaikum...selamat malam..hahaha dah malam baru update..ini gara2 pegi berjalan - jalan bersama kedua ibu bapa tercinta..setelah tak tahan memerap diri kat rumah..akhir nya hari ni aku keluar jugak..destinasi nye ialah ke PAS..plaza Alam Sentral Shah Alam..

macam biasa la..kalau pegi situ mesti ada something untuk ku betulkan..maklumlah PC dah slow kene la pegi servis..tapi ada satu kejadian yang agak mengejutkan aku bila masuk je kedai tu..ada seseorang menyapa aku..jantina unknown....

aku : nak servis PC la..
S : pegi belakang ye..

dalam hati aku berdetik ...eh lelaki ke perempuan ni...rambut potong pendek..pakai pun ala2 lelaki gitu..apa ke nama eh? haa..tomboy..

mak aku bisik..eh budak ni laki ke pompuan?
dengan kuasa mata yang aku ada aku teka..pompuan..hahaha

pastu bapak aku pun keluarkan soalan yang sama..
bapak aku kata laki..tapi aku tetap dengan pendirian aku pompuan..hahaha

masa servis PC tu aku dok pandang je dia...sambil dalam kepala dok berteka -teki...lelaki ke pompuan..

last2..member dia panggil..
weh siti..
mak aku senyum kambing..
bapak aku terkesima..



p/s : sebenar nya aku memang dah agak dah..suara memang sah pompuan cuma bentuk body je yang mengaburi mata.... ^____^ macam2 zaman sekarang ni kan sampai lelaki dengan perempun pun susah nak bezakan...
8

selamat malam ..alhamdulillah berita yang menggembirakan aku selaku seorang yang kuat makan ni ..setelah digembar -gemburkan bahawa SR ni  tak halal..tapi yang terjadi adalah sebalik nya..dah lama sebenarnya aku jadi penggemar SR ni tak pandang yang lain dah..setelah di introduce kan leh abang sepupu aku 6 tahun lepas...dah tak pandang lain dah...hehehe..terima kasih gak kat jiran aku yang kongsi maklumat..nak tau detail klik sini..


p/s : apsal la hari ni banyak keluar isu macam ni? meatball IKEA la..Secret Recipe la..apa2 pun alhamdulillah masih boleh makan.. :)
11

selamat malam..perghh..tak sangka rupa2 nya kekasih gelap  aku ni bakal fashion designer...femes kah beliau ni?? boleh kata femes jugak la dalam dunia blogging ni hahaah..saja kasi beliau kembang hidung -..- ..punca tercetus nya entri ini sebab beliau ada tulis pasal fashion2 dalam blog dia kejap tadi.. kalau tak silap aku so tak ada masalah nak tempah baju kawen kitorang nanti..  dapat jimat kos maklum lah buat kat hotel..tak payah nak panggil rizman ruzaimi gitu hahaaaha nak berkenalan ???  tak boleh :p 

nampak berbakat tak beliau ?

ini adalah entri merepek ku semata... tak ada idea nak update..kalau jadi betul2 boleh tak????  hehehe ?
p/s : sila tekan ctrl + A untuk nampak mesej tersembunyi...balas dendam 10 komen dia bagi kat aku.. :p

12

selamat petang..sapa kat sini minat kat citer Glee ??? angkat keyboard anda tinggi2.. pasni boleh team dengan aku..cerita dia best ..sesuai dengan jiwa remaja aku ni hehehe...jalan cerita nya simple je macam apa yang jadi dalam realiti hidup kita kan2..lagu dia pun best.. tapi  ada jugak manusia yang tak suka dengan cerita Glee ni..sampai nak boikot lagi.. layan...

Troubled star Lindsay Lohan has taken offense to being mocked on the TV show 'Glee' and has has boycotted the hit musical.

The 24-year-old actress, who has been involved in a string of  problems, has slammed the show for making fun of her personal troubles in one of its episodes last year, reported Daily Star.

"I don't watch Glee, no. They have made a lot of snarky remarks  about me. I don't know why. They don't need to do that. I think they are really talented though, and their work schedules are insane, I have heard," said Lohan.

In an earlier segment of the show, Gwyneth Paltrow's Spanish- speaking character was shown telling students as, "Lindsay  Lohan is totally crazy, right? Repeat... Repeat after me with more energy. Come on!"

However, the 'Mean Girls' star was further sparked with anger  when the writers penned yet another episode where Lohan's mother Dina was branded as the world's biggest losers.

p/s: tak habis2 mau bikin kontroversi....

2

assalamualaikum..selamat petang...hari ni lambat sikit update..ye la dah tengahari baru nak bangun...heheehe..bila dah tidur tak sedar diri..ok la balik kepada cerita aku nak share hari ni..jangan ingat Menteri tak boleh dipotong gaji diorang tu..kat Singapore diorang dah buat...kat Malaysia bila lagi ???


SINGAPURA: Kabinet baru negara ini berikrar untuk memotong gaji bernilai jutaan dolar diterima anggotanya sebagai sebahagian pembaharuan berikutan peningkatan sokongan diperoleh pembangkang dalam pilihan raya lalu.
Gaji yang tinggi anggota Kabinet adalah satu daripada isu yang menjadi kemarahan rakyat, selain peningkatan harga rumah, kos kesihatan dan keperluan asas serta persaingan ekonomi daripada lebih sejuta warga asing di republik itu.

“Kerajaan akan menepati kehendak semua lapisan rakyat,” kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, 59, selepas kerajaannya dilantik untuk memulakan pemerintahan penggal baru selama lima tahun, semalam oleh Presiden S R Nathan. “Kami akan mendengar dengan teliti pendapat berbeza, memahami kesukaran dan masalah harian dihadapi rakyat, peka dengan kebimbangan mereka dan bersikap terbuka kepada input yang boleh menambah baik khidmat kerajaan,” katanya lagi selepas mengangkat sumpah.
Tindakan pertama dalam senarai perubahan adalah isu kontroversi gaji anggota Kabinet, di mana kebanyakan anggota baru memperoleh lebih daripada RM2.4 setahun. - AFP

p/s : berapa gaji para menteri kita ye??
2

kalau tadi kita borak pasal Mentor kali ni pindah ke segmen sukan ...malam ni ada match..macam biasa aku share kan result nye..


tak tau la apa nak cakap..kecewa aku dengan pencapaian team kesayangan aku ni..nampak nya semakin susah la nak menang juara liga season ni..lupakan je la hasrat tu..dengan Pahang tu...patut memang boleh makan punya...aku rasa la kan sejak safee takde agak susah Selangor nak score..walau apa pun..aku ingin nyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Red Giant.. yeah.!!!
2

selamat malam .. bersama dengan hos anda Loyar Buruk dalam rancangan Melalut ke laut..ni aku nak share latest result mereka yang layak ke final next week...

Shiha...

Ika...

yang hampir2 tak layak..si Salma..

patut nye dah tersingkir tu .. tv3 bagi can.. aku tak tau la nape..tapi pada aku la Salma ni tak la best mana pun...

yang tersingkir..

 Ratna..protege Afdlin..

so, tunggu final next week ye..sekian.. :)

4


malam ni aku rasa nak join bloglist si Hackers ni..macam best je nak mengiklankan blog sendiri kat blog orang lain..pastu dia suruh bagi komen sikit pasal blog dia ni..firstly..aku suka dengan header blog ni..comel je budak Upin dan Ipin tu..loading pun laju je..aku suka...banyak info best dia share ...cuma aku malas je nak komen hehehe..cukup2 la tu ye..sekian.. nak join klik banner comel tu... :)

~SEKIAN~
0

erk..alhamdulillah kenyang..korang dah sarapan ke belum? ke terus combine ngan lunch sekali? brunch kata nya hehehe...kali ni update sebab nak luahkan rasa sedih dan kecewa aku terhadap nasi lemak... ala2 luahan cetusan gati

cerita nya macam ni...pukul 10 tadi aku dengan perut yang tersangat la lapar mintak mak aku beli nasi lemak untuk mengisi perut ku yang sedang menyanyi lagu keroncong asli akibat kelaparan..

lalu dengan penuh rasa keibuan mak aku pun pegi la beli...menuju ke kedai yang biasa dituju apabila tak ada mood masak huhuhu..lepas 15 minit mak aku balik..siap beli extra roti telur lagi..

so apa lagi...dengan penuh nafsu memulakan sesi sarapan pagi...tapi alangkah sedih rasa di hati..sudah la telur rebus tak ada...rasa nasi lemak tersebut sangat la fail...walau tak sedap ku habiskan sebab perut lapar..oleh sebab perut aku yang serupa tong dram ni..aku teruskan dengan roti telur..sama saja...fail...tawar...

harga makanan makin naik...tapi rasa makin tak sedap ??? apa kejadahnya ini semua ?? aku dah selalu makan kat situ...cuma baru2 ni je tak sempat nak menyinggah sebab aku ada kat U... tak paham aku..patut nye jaga la sikit pelanggan tu..kualiti maintain...tak kisah harga mahal tapi sedap..gerenti orang cari..


p/s : ingat la hidup peniaga bergantung kat pelannggan..kalau pelanggan lari camne nak masyuk..??

~SEKIAN~
4

assalamualaikum...selamat pagi...sayu je pagi ni..semua paper hari ni cerita pasal kejadian tanah runtuh yang jadi kat Rumah Anak - Anak Yatim dan Anak - Anak Hidayah Madrasah Al -Taqwa...

mengikut apa yang terkini aku tengok kat myMetro tadi..jumlah mangsa yang terkorban setakat ni 16 orang..puas aku terjah semua surat khabar online nak tau update pasal benda ni..bukan nak kejar trafik.. cuma nak ambik tau apa yang terjadi kat sekelilig kita lebih2 lagi saudara seIslam ..

sebak..rata2 yang duduk rumah tu anak yatim.. majoriti yang jadi mangsa pulak kalau tak silap aku bawah 12 tahun..dah ajal...kita tak ada kuasa nak menghalang...insya Allah syurga dijanjikan untuk diorang..

ini jugak satu peringatan Allah kat kita manusia..dah banyak kerosakan yang kita buat kat atas muka bumi..kan Allah jadikan bukit dan gunung tu sebagai pasak bumi..bila buat pembangunan kat situ keadaan bumi pun jadi tak stabil..rakus dengan pembangunan akhirnya musibah melanda..

tapi yang aku pelik..macam mana boleh diluluskan buat rumah anak yatim kat situ..tempat dah memang obvious bahaya kot..tak sesuai la untuk didiami..setahu aku yang tak habis belajar lagi ni kan...ada guideline untuk buat sebarang pembangunan kat area2 bukit untuk mengelakkan kejadian macam ni...salah siapa? bukan nak menuding jari kat sapa2 tapi fikir2 kan dan ambil pengajaran..

takziah untuk seluruh keluarga mangsa...

~AL-FATIHAH~


3

apakah? dapat hadiah pelacur? bukan apa...ada satu syarikat company ni dok bagi hadiah pelacur kat pekerja cemerlang..nasib baik bukan kat Malaysia..siap ada pelacur special untuk bos2 diorang...


BUDAPEST: Sebuah firma insurans utama menghargai kakitangannya yang cemerlang dengan menghadiahkan mereka pelacur, lapor media semalam.

Menurut laporan akhbar, syarikat Munich Re melanggan 20 pelacur untuk menghiburkan kira-kira 100 jurujualnya yang mencatat kejayaan terbaik.

Munich Re adalah syarikat penanggung insurans bagi syarikat insurans lain dan berpangkalan di Munich, Jerman.

Media melaporkan, pelacur terbabit turut memakai gelang tangan berwarna sebagai kod bagi menyatakan sama ada mereka boleh dilanggan atau tidak dalam parti pada 2007 itu.

Selepas melayan mana-mana jurujual, lengan pelacur itu akan dicop bagi membolehkan tetamu mengetahui kekerapan mereka dilanggan.

Sumber berkata, pelacur terbabit rela melakukan “apa saja yang diminta” sepanjang pesta berkenaan berlangsung.



“Bagi ahli lembaga pengarah dan jurujual terbaik, mereka disediakan pelacur khas,” katanya. - TS

p/s: macam2 hal ...pasal tu la diturunkan bala kat atas dunia sekarang ni kan ...


4


ye..mari update lagi..hahahaah..kali ni nak join segmen Chegu Zubir pulak...nak join klik sini ... nak mintak dia promot blog aku sikit..dia mintak entri yang best ye..aku bagi kisah cinta semusim aku la antara aku Lisa Surihani dan Maya Karin klik sini..
aku jemput sapa nak join sila la ye.. :)
1

selamat malam.. tajuk macam nak masuk kelas BM je kan? hehehe tapi itu la kenyataan nye..kalau tak de semangat berjiran alamat terkapai - kapai la korang dalam dunia blogging ni..kalau macam aku ada letak dalam bloglist tu satu perkara..tapi lagi sedap kalau dapat buat M.O.U macam yang aku buat dengan kekasih gelap aku si Onie tu ngan  Cik FS member satu U aku tu..

best tau dengan ada nya jiran tetangga ni dapat la bagi tunjuk ajarku sifu..di samping tu dapat la amik sikit2 trafik diorang..lagi2 kalau anda tak sempat nak update atas sebab tertentu..buktinya anda tengok sendiri..

thanks kat cik FS sebab jadi top referral aku hari ni ye..hari ni aku takde mood nak blogging..tak tau la kenapa..takde idea and takde segala nya la..so cik FS u're my savior hehehe jadi anda apa tunggu lagi cari jiran anda sekarang.. :)


3

selamat malam korang semua..malam ni kita berjumpa lagi dalam segmen sukan bersama reporter sukan tak bertauliah anda..Salim Ronaldo..malam ni ada story sikit pasal bola sepak..macam yang korang tau Red Warrior akan melawan skuad Penyu untuk final piala FA nanti..tapi venue tak diumumkan lagi kan?

so venue perlawanan pun telah diumumkan petang tadi..macam biasa la kalau dalam apa2 perlawanan final confirm la ada kat Bukit Jalil. ini diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Chik..
so kepada penyokong kedua pasukan pergilah ramai2 ke Bukit Jalil pada 11/6/2011..akhir kata majulah sukan untuk negara..


p/s: aku sokong Klate menang kali ni hehehe belot kejap.. :P





2

assalamualaikum..selamat pagi...akhirnya dapat jugak aku mengupdate blog ni setelah 2 hari berkursus..cewah..hehehe...kursus yang aku pegi ni tujuan dia untuk mempersiapkan diri untuk OKU macam aku ni memasuki alam pekerjaan..

mula2 macam malas nak pegi.tapi kalau duk rumah mengadap PC semata memang membazir masa la kan..jadi aku pun pegi la..kat Sentul je pun...program free..aku memang suka kalau benda2 free ni..

kat sana macam2 ilmu aku dapat..macam mana nak sedia untuk di interview, cabaran dan halangan yang terpksa aku lalui nanti..peluang2 kerja yang ada untuk OKU..especially kerja kerajaan ..

macam2 jugak orang yang  aku jumpa..yang blind, kurang pendengaran, bisu  yang pakai wilca macam aku pun ada..yang blind ni walaupun tak nmpak tapi hati diorang terang..senang ingat sesuatu benda tu..tapi yang menarik perhatian aku kan pasal sign languange untuk diorang yang kurang pendengaran..aku tak pernah tau macam mana nak communicate diorang ni..time kursus tu cuma senyum2 je la..kesian kan ???

orang kata OKU tak boleh jadi macam orang biasa..boleh..ada je yang pegi tengok wayang, keluar dengan kawan2 pakai baju smart..kadang diorang ni sebenarnya lagi ok dari orang yang sihat..bukti nye..ada satu penceramah tu dia jadi Pegawai Tadbir Diplomatik..gaji 10k kot sebulan..korang ada? yang pakai wilca pulak.boleh lagi pakai kebaya..kelasss gitu..korang pun malas nak pakai kebaya kan hehehe..

walaupun ada kekurangan tu masing2 ada kelebihan..rata2 semua muka boleh tahan cun dan hensem jugak la...terpesona aku melihatnya..nasib baik kuat iman hehe..kalau tak ketemu jodoh kat situ.. :P

p/s : jadi korang bersyukur la dengan apa yang ada kat korang ye...

ini contoh manusia tak bersyukur...nak jadi Angelina Jolie..last2 jadi macam ni..

4

selamat malam..kalau hari tu page Hot FM kena hack..pastu ada la lagi beberapa page yang kena hack ni..hari ni  page Linda Onn dengan Heliza Helmi pulak..adess tak de kerja punya hacker..ada ilmu tu pakai la untuk kebaikan..jangan la menyusahkan orang.. kesian kat diorang tu lagi2 Heliza..peminat tegar Heliza ni :P bukan apa dia selalu share something yang bermanfaat kat page dia..memang kejam si hackers ni takde hati dan perasaan..jeles la tu sebab diorang tu tak femes macam retis2 ni..

search kat google
credit : limauais.com

walaupun kita bukan artis...tak popular pun...mari kita sama2 ubah setting dalam acoount kita ..yang ni aku dapat tahu daripada si Andyhowtt tu..

pegi dekat account setting ..nanti korang akan nampak macam kat bawah ni..
Insya Allah selamat..

klik tuk lebih jelas..

sekadar sharing..

:)

7

selamat petang ..di kala petang di waktu cuti ni aku nak kongsi cerita..bukan untuk memburukkan tapi untuk kita ambik pengajaran dari apa yang jadi..dan buat diri kita sedia untuk menghadapi mati..

KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini. 

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira jam 2 pagi itu


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi Bernama hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. 

Zulkarnain berkata, pihak JAWI mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. - BERNAMA



p/s : tetiba aku terpikir..orang ni mati dalam keadaan yang tak elok..mati waktu buat dosa..tak dapat jumpa anak isteri.. pastu dapat malu pulak sebab orang tau apa dia dah buat.. balasan kat akhirat jangan kira la..itu bukan hak kita nak menilai..macam2 orang sekarang sekarang ni...semoga kita mati sok dalam keadaan yang baik.. :)
1

selamat pagi..kali ni aku nak kongsi dengan korang especially yang gegurl ni...jangan mudah terpedaya dengan ayat2 manis seorang lelaki..ikuti berita yang aku nak share ni..

KAJANG: Ketampanan dan ayat 'power' dijadikan modal seorang buruh binaan warga asing untuk menawan hati seorang wanita sebelum mencabulnya, semalam.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 47 tahun dipercayai sedang menunggu seseorang di hadapan sebuah pasar raya di Semenyih, di sini sebelum dihampiri sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga Bangladesh, kira-kira jam 10 pagi.


Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu memandu kereta berkenaan tanpa lesen.


“Sebaik menghampiri mangsa, lelaki berkenaan turun untuk berbual-bual dengan harapan memikat mangsa.


“Apabila mangsa memberi respons yang baik, lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di sekitar Semenyih,” katanya.



Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju bersiar-siar sebelum dia dibawa ke sebuah rumah kedai di kawasan Perindustrian Ria, Semenyih. “Selepas kira-kira sejam bersiar-siar, lelaki itu mengajak mangsa masuk ke dalam rumah kedai berkenaan. “Mangsa hanya mengikut tanpa mengesyaki lelaki itu berniat serong ke atasnya,” katanya.



Difahamkan, selepas yakin keadaan sekeliling selamat daripada sebarang gangguan, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan memegang payudara mangsa selain cuba merogolnya.


“Bimbang dirinya diperlakukan lebih kejam, mangsa yang ketakutan melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang awam.



“Ketika itu, beberapa anggota polis kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian pergi ke arah anggota polis berkenaan dan menceritakan apa yang berlaku.



“Bertindak atas maklumat, anggota polis pergi ke rumah kedai berkenaan dan menahan suspek kira-kira jam 12 tengah hari.



“Suspek yang berada di dalam rumah kedai berkenaan terkedu sejurus anggota polis tiba dan tidak sempat melarikan diri,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan tangkapan itu dan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut.



“Siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan,” katanya.

p/s : tak boleh bla betul perempuan ni..bangla pun jadi..ala2 Shah Rukh Khan katanya..so sila berhati - hati ye...jejaka Melayu ramai lagi..contoh nye aku ni :P



5

selamat pagi ...selamat bercuti korang...
hari ni perkara yang amat kasihan jadi kat aku..
akibat dah terlampau lama cuti..
tak pernah peduli kalendar lagi..
duniaku adalah online..jeling kalendar jarang sekali...
aku pelik kenapa hari ni bapak aku tak pegi kerja ...
sekali login FB bukak tv pastu ramai2 orang ucap selamat bercuti..
pastu check2 rupa2 nya hari ni cuti Hari Wesak la..
so selamat bercuti semua..



p/s : lain kali jangan sibuk online je..hahaah tengok2 sikit kalendar tu ^_____^
4

ye kali ni anda bersama pengulas sukan anda Salim Ronaldo bagi melaporkan keputusan terkini separuh akhir ke-2 piala FA yang baru tamat kejap tadi..

inilah keputusan nye..

nampak nye dua pasukan dari Pantai Timur ni akan bersaing dalam final piala FA sok..sebelum ni Kelantan menang 5-1 pastu Terengganu menag 3-2..so kalau ikut agregat Kelantan menang 6-2 Terengganu menang 5-2..

aku terkrjut dengan result first leg hari tu gile kot..5-1 kene..takpe la dah bukan rezeki Selangor tahun ni..apa2 pun Selangor tetap di hati ^^ 


1

selamat malam...hai korang..bertemu lagi kita dalam rancangan Melalut ke laut ...bersama hos anda si loyar buruk..baik la malam ni ada gosip panas untuk aku kongsikan dengan korang..pasal si Yassin Senario..bukan masuk jail la..tapi dia dah kawen..aku macam tak percaya je..tapi itu la yang dikhabarkan...meh kita layan gambar nye kalau tak caye..
 



credit to : zoomartis.net

lawa jugak isteri si Yassin ni ..Farah nama nya...takde ribut takde topan tiba2 kawin dah Yassin ni..aku doakan semoga kekal ke akhir hayat dan semoga si Yassin ni dapat bebaskan diri dari belenggu najis dadah ..tahniah..daripada krew rancangan Melalut ke laut ^^

4