Menu

Tanah Runtuh Di Hulu Langat satu peringatan..

assalamualaikum...selamat pagi...sayu je pagi ni..semua paper hari ni cerita pasal kejadian tanah runtuh yang jadi kat Rumah Anak - Anak Yatim dan Anak - Anak Hidayah Madrasah Al -Taqwa...

mengikut apa yang terkini aku tengok kat myMetro tadi..jumlah mangsa yang terkorban setakat ni 16 orang..puas aku terjah semua surat khabar online nak tau update pasal benda ni..bukan nak kejar trafik.. cuma nak ambik tau apa yang terjadi kat sekelilig kita lebih2 lagi saudara seIslam ..

sebak..rata2 yang duduk rumah tu anak yatim.. majoriti yang jadi mangsa pulak kalau tak silap aku bawah 12 tahun..dah ajal...kita tak ada kuasa nak menghalang...insya Allah syurga dijanjikan untuk diorang..

ini jugak satu peringatan Allah kat kita manusia..dah banyak kerosakan yang kita buat kat atas muka bumi..kan Allah jadikan bukit dan gunung tu sebagai pasak bumi..bila buat pembangunan kat situ keadaan bumi pun jadi tak stabil..rakus dengan pembangunan akhirnya musibah melanda..

tapi yang aku pelik..macam mana boleh diluluskan buat rumah anak yatim kat situ..tempat dah memang obvious bahaya kot..tak sesuai la untuk didiami..setahu aku yang tak habis belajar lagi ni kan...ada guideline untuk buat sebarang pembangunan kat area2 bukit untuk mengelakkan kejadian macam ni...salah siapa? bukan nak menuding jari kat sapa2 tapi fikir2 kan dan ambil pengajaran..

takziah untuk seluruh keluarga mangsa...

~AL-FATIHAH~


3 comments: