Menu

Bonda Sultan Selangor mangkat

assalamualaikum...saya selaku anak jati Selangor mahu berkongsi khabar sedih di mana bonda Sultan Selangor telah mangkat pagi tadi..

KUALA LUMPUR: Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi tadi. 

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira jam 9 pagi.
Munir ketika dihubungi Bernama berkata, jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar. - BERNAMA


~AL-FATIHAH~


No comments:

Post a Comment