Menu

mati jatuh bangunan elak dicekup khalwat..

selamat petang ..di kala petang di waktu cuti ni aku nak kongsi cerita..bukan untuk memburukkan tapi untuk kita ambik pengajaran dari apa yang jadi..dan buat diri kita sedia untuk menghadapi mati..

KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini. 

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira jam 2 pagi itu


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi Bernama hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. 

Zulkarnain berkata, pihak JAWI mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. - BERNAMA



p/s : tetiba aku terpikir..orang ni mati dalam keadaan yang tak elok..mati waktu buat dosa..tak dapat jumpa anak isteri.. pastu dapat malu pulak sebab orang tau apa dia dah buat.. balasan kat akhirat jangan kira la..itu bukan hak kita nak menilai..macam2 orang sekarang sekarang ni...semoga kita mati sok dalam keadaan yang baik.. :)

1 comment:

  1. kesian..mati dalm keadaan macam tu.
    dah tahu silap.serah diri je la.
    mungkin kantoi tu ada pengajaran disebalik tu semua.

    ReplyDelete