Menu


Assalamualaikum.

Time bulan puasa gini macam2 jenis air akan ada kat bazar ramadan tu. Air soya, tebu, cincau dan macam2 lagi lah. Salah satu yang jadi feveret aku air mata kucing. Ada cerita lawak dan trauma pasal air mata kucing ni

Masa umur 3-4 tahun dulu bapak aku beli air mata kucing . Aku tanya ayah dapat dari mana air tu? Beliau jawab,


"Ayah tadah kucing nangis kat tepi jalan." Apa lagi aku jadi sebak dan nangis jugak. Membayangkan kucing
 tu nangis. Trauma rasa nak minum. Gila betul sampai hati buat kucing nangis. Dahtu air mata dia kita minum pulak. Mana tak tersentuh hati gua dibuatnya. Maklum lah budak2.


Bila dah berusia sekarang sekarang nampak air nampak air mata kucing sure gelak tak ingat mengenangkan kejadian tersebut. Macam mana aku boleh tacing dengan loyar buruk bapak sendiri.

Haha. 

Air mata kucing yang menyegarkan. Sangat best diminum ketika berbuka.
Credit : google sajo




5

Assalamualaikum 

Tetiba petang ni rasa nak cerita pengalaman puasa aku zaman baru nak hidup dulu. Ada la dalam 15 tahun lepas. Uish. Dah tua gak aku rupanya.

Aku start puasa umur 8 tahun. Lambat sikit. Sebab masa kecik dulu badan aku ni umpama lidi. Kurus tak bermaya, tak sampai hati untuk dibiarkan tak makan seharian. Umur 7 tahun aku kena operate jadi tak dapat lah puasa time tu. Mak aku suruh gak puasa. Tapi mak cik aku semua tak bagi sebab keadaan aku menyedihkan ya amat time tu haha...selamat aku.

Kalau orang semua start dengan sekerat hari sebab takut tak tahan. Aku dengan rilek dan chill nye puasa penuh sehari di saat first time puasa. Tapi petang tu dah ibarat macam ikan terdampar kat tepi pantai kehabisan nyawa. Tapi best, kau mintak je nak makan apa confirm dapat.

Time puasa umur aku 9 tahun tak silap, tengah main kat luar rumah tetiba jatuh. Kepala terhantuk kat tanah. Injured kepala I uols. Mula2 tak nangis konon tak nak batal puasa. Sekali mak cakap ada darah menangis macam nak hilang nyawa tapi berjaya ditenangkan. Gila kau setengah pitam aku rasa. Puasa pulak tu. Tak boleh lupa sampai mati.

Dari tahun pertama puasa terus full. Mak aku tak pernah janji nak bagi duit ke hapa kalau puasa penuh. puasa je sebab nak pahala bak kata opah dalam citer upin dan ipin. aku pun redha je. Time tu riak gak la dengan member sebab semua puasa standard sekerat hari aku dah puasa penuh. macam haram haha.

Tu lah cerita puasa aku dulu dulu.  Sekarang dah takde rasa setengah mati sangat ok je. Korang punya macam mana?

Muka innocent habis haha

0

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 4 hari dah kita puasa. Hopefully ok la semua nye ye. Kali ni aku nak share dengan korang semua satu buku 'Simfoni Cinta' tulisan Hilal Asyraf. Ada sahabat bagi buku ni kat aku iaitu Ameen Misran kolumnis 'English Column' dalam langitilahi.com

Sekali tengok macam novel jiwang pun ada jugak. Sekali tu sangkaan meleset pulak. Satu kumpulan cerpen yang merangkumi aspek cinta yang pelbagai. Kepada Allah, suami isteri, kawan kawan, keluarga, sampai kepada negara. Bukan cuma lelaki dengan perempuan je. Insaf huhu.


Meh aku quote apa yang ditulis Hilal dalam closing remark buku ni

Sesungguhnya Cinta itu luas. Cinta itu suci. Cinta itu bersih. Cinta itu indah. Cinta yang sebenar adalah kita mahu bersama-samanya ke syurga


. Maka apa-apa yang membawa kita ke neraka bukan cinta namanya.

Sempena bulan puasa ni elok lah baca buku gini. Bukan apa kita ni banyak sangat disuap dengan cinta tu hubungan lelaki perempuan je. Sampai kita lupa sebenarnya cinta tu lebih luas dari tu. Sama kita didik diri betulkan apa yang kurang sempena bulan puasa ni.

Ok, sampai sini je. Nak tau lebih pegi bukak website langitilahi.com diorang ada jual. Beli lah. Tak rugi pun. Serius.

Published with Blogger-droid v2.0.10
2

Assalamualaikum.

Hari ni baru masuk 2nd day puasa. Jauh lagi perjalanan kita dalam bulan puasa ni. Banyak lagi peluang untuk kita tambah amal ibadah sepanjang bulan puasa ni.

Yang tak best nye, baru dua hari puasa dah ada berita pasal budak injured akibat mercun. Habis. Tak hensem sudah time raya nanti. Dibuatnya putus jari tak ke naya. Tu kira ok la lagi. Kalau putus tangan kena daftar OKU pulak. Kalau mati, tak ke sedih mak bapak.

Faham lah jiwa muda, aku pun main gak mercun bola ngan thunderclap walaupun dalam keadaan aku yang OKU ni. Dulu je la dahsyat, sekarang dah kurang. Dah tua sikit kot. Jadi tak berapa nak rajin dah membakar duit bapak yang bekerja gigih demi sesuap nasi semata nak beli mercun.



Dalam banyak kes, mercun ni selalu modified punya. Kalau main yang asal punya takde apa2. Ditambah dengan sedikit waspada. Insya Allah selamat. Hehe. Kalau nak lagi selamat tak payah main terus sebab memiliki dan main mercun adalah salah disisi undang-undang dan boleh menyebabkan anda beraya dalam lokap. (almaklum pelajar undang2 katanya...ekeke)

Ok dah sampai sini je. kbai.
3

Assalamualaikum.

Amacam first day puasa. Ok tak? Umur dah boleh jadi bapak orang kalau tak ok tak tau la. Campak sungai baru tau.Hehe.

Baru first day puasa aku dah cerita pasal baju raya. Bukan aku punya la...tapi dia ni yang punya...Galaxy Note 8.0. Aku beli ni kat ipmart.com . Ni semua akibat malas nak keluar punya pasal. Apa lagi online la jawab nya. Terjumpa website ni masa tengah godek2 maybank2u.

Servis pun cepat. Order sabtu semalam sampai rumah.  Barang pun selamat. Dia balut dengan bubble wrapper so dapat la melindungi barang daripada kerosakan. Puas hati lah.

Jadi kalau ada nak beli barang yang ada kena mengena dengan komputer, gadget ke apa boleh lah ke ipmart.com

P.s : bapak aku kata "jimat minyak kereta ayah" huhu

Published with Blogger-droid v2.0.10
3

Assalamualaikum.

Esok umat manusia yang beragama Islam di negara Malaysia ni akan berpuasa. Kecuali lah mereka yang uzur yang dibolehkan untuk tak puasa oleh hukum syara'. Bukan buat2 uzur sebab nak skip puasa ye. Kalau dah tua tu malas nak puasa alamat mintak diletupkan dengan meriam kejap lagi.

Meh sini aku share niat puasa.

Tengok tu. ada niat untuk tiap hari ada jugak untuk niat sebulan. Majoriti ulama' kata mesti niat tiap2 hari.  Ulama' Mazhab Maliki kata boleh niat sebulan. Mazhab Shafi'í kata boleh kita niat sebulan in case kalau kita lupa dengan syarat niat tu masa first day nak puasa. Tapi niat hari2 adalah lebih digalakkan. Niat sebulan ni kira macam backup je. Takde la buat alasan ponteng puasa sebab lupa niat.

Ni pulak doa berbuka.


Ok, semoga puasa kali ni dapat mendidik kita untuk jadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni. Tambah iman. Tambah amal. Kurangkan dosa. Ramadhan kareem ya semua.

:)

"SALAM RAMADHAN 1434H / 2013"

0

Assalamualaikum. Hari ni setelah seminggu tekun membaca, akhirnya habis juga pembacaan novel 'ANTHEM' karya Hlovate ni. Serius awesome. Sekali lagi tema dia pasal manusia yang mencari Tuhan. Macam mana pandangan masyarakat terhadap orang yang dibesarkan latar budaya yang berbeza. Kutukan, cacian, makian, perbezaan budaya semua ada. Nur Dania Dashirin (Dash) itu nama watak utama dalam novel ni. Ada 3 peringkat dalam novel ni. Zaman Dash liar, bila dia cuba untuk berubah dan masa dia dah berubah. Setiap peringkat tu ada cabaran yang tersendiri. Sekali pandang nampak macam novel biasa tapi bila baca diselitkan sekali dengan elemen tarbiah tu yang aku rasa cool. Tersedar kejap aku tentang hakikat sebenar kita dijadikan atas muka bumi dan peranan kita sebagai student dalam mengembangkan Islam. Mula2 aku ingat ANTHEM tu lagu ke apa sekali kalimah syahadah. Dengan kalimah tu kita dapat tau purpose of life dan dapat pandu kita ke arah yang lebih baik. Memang makan dalam der. Terbaik wa cakap lu. Nak tau lebih? Beli dan baca sendiri. "Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future."
5

Assalamualaikum.

Lama gua menghilang dari alam blog ni. Banyak urusan 2-3 hari ni disamping ketiadaan mood (baca malas) nak update.

Cuma nak tunjuk gambar nasi ambeng yang dibuat untuk kenduri sabtu lepas. Hanya orang jawa sejati buat nasi ambeng time kenduri ni. Zaman sekarang ni semua nak cepat. Nasi ambeng pun tinggal beli je letak dalam bekas plastik. Tak tradisional langsung.

Bagi aku, nasi ambeng yang dibuat ramai2 time kenduri ni ada family bonding gitu. Bila diagihkan nasi tu rasa macam rezeki tu dikongsi sama2. Berkat.

Jadi sebagai manusia keturunan jawa aku bangga ada tradisi macam ni. Ada simbolik dalam tradisi. Insya Allah akan aku cuba pelihara tradisi ini. Pergh macam tokoh budayawan pulak heh.

1