Menu

Buku : Simfoni Cinta by Hilal Asyraf

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 4 hari dah kita puasa. Hopefully ok la semua nye ye. Kali ni aku nak share dengan korang semua satu buku 'Simfoni Cinta' tulisan Hilal Asyraf. Ada sahabat bagi buku ni kat aku iaitu Ameen Misran kolumnis 'English Column' dalam langitilahi.com

Sekali tengok macam novel jiwang pun ada jugak. Sekali tu sangkaan meleset pulak. Satu kumpulan cerpen yang merangkumi aspek cinta yang pelbagai. Kepada Allah, suami isteri, kawan kawan, keluarga, sampai kepada negara. Bukan cuma lelaki dengan perempuan je. Insaf huhu.


Meh aku quote apa yang ditulis Hilal dalam closing remark buku ni

Sesungguhnya Cinta itu luas. Cinta itu suci. Cinta itu bersih. Cinta itu indah. Cinta yang sebenar adalah kita mahu bersama-samanya ke syurga


. Maka apa-apa yang membawa kita ke neraka bukan cinta namanya.

Sempena bulan puasa ni elok lah baca buku gini. Bukan apa kita ni banyak sangat disuap dengan cinta tu hubungan lelaki perempuan je. Sampai kita lupa sebenarnya cinta tu lebih luas dari tu. Sama kita didik diri betulkan apa yang kurang sempena bulan puasa ni.

Ok, sampai sini je. Nak tau lebih pegi bukak website langitilahi.com diorang ada jual. Beli lah. Tak rugi pun. Serius.

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

  1. ada jugak koleksi buku hilal asyraf ni. beliau memang penulis yang hebat...

    Insya-Allah ada rezeki boleh beli jugak buku yng awak review!

    ReplyDelete
  2. saya baca surat khabar je :-)

    ReplyDelete