Menu

assalamualaikum...hari ni cuaca dekat Gombak ni ....


maka dengan ini mata pun....


TAPI...sebab ada..


so kena baca..



jadi tak boleh tido...


p/s : sekarang ni cuba bertahan dengan minum 'lembu jantan merah'
T_T


2

assalamualaikum...alhamdulilllah hari ni kita diberi kesempatan dan kesihatan untuk hidup oleh Tuhan yang menciptakan alam ini...tatkala aku mencari cari mood untuk study...aku berjalan jalan di blog bro Ben Ashaari dan kak Sunah..tiba2 aku nampak diorang buat post pasal Adik Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi..kenapa ? ini  info yang aku dapat dari page Tabung Ahmad Sufi..

kiut je muka dia kan.. ^_^

Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR. Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

post kali ni bukan nak naikkan rating blog ke apa...tapi satu masa dulu famili aku pernah lalui benda yang lebih kurang sama macam ni...pergi mintak bantuan sana sini...jumpa wakil rakyat...minta sumbangan kat tempat kerja..zaman tu tak ada lagi facebook dan blog...jadi susah nak sebarkan...jadi dengan teknologi yang ada ni la aku manfaatkan untuk tolong adik Sufi ni...

kalau tak mampu bantu dengan duit atau material..kita bantu dengan doa supaya adik ni diberikan kesihatan dan parents nya diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk jaga dia..bukan senang untuk jaga baby bermasalah ni..sebab mak aku selalu cerita kat aku macam mana susah nya nak jaga aku dulu sebab lahir tak cukup bulan dan ada masalah organ dalaman..

tu je aku nak cerita kali ni...jom kita sama2 bantu mereka yang memerlukan demi menambah saham akhirat kita..ingat.. kalau kita yolong orang ...Allah akan tolong kita..

p/s : bersyukur dengan nikmat kesihatan yang ada sebelum ditarik balik..jangan lupa sebarkan..^_^
2

assalamualaikum... minggu ni tak balik rumah gara2 schedule exam yang begitu sadis buat time weekend...macam tu la dah belajar kat U ni weekend pun ada exam...apakan daya...perjuangan sebagai seorang student walau bukan la cemerlang mana pun tapi mesti diteruskan..(padahal baru seminggu tak balik dah kecoh...) bukan apa.. ini la kuatnya aura seorang mak kan..tak tau la orang lain macam mana...tapi bagi aku mak tu segala nya..serius...tak tau la apa jadi kalau mak aku tak ada esok...cuba tengok gambar kat bawah ni...semua orang pernah dan bakal lalui ini semua kan..so..hargai la ibu anda..



Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu? Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

mode : teringat kat family ^_^
1

assalamualaikum....baru sedar hari ni hari sabtu bila pandang jam yang ada kat laptop ni...akibat terlampau obses dengan exam...maka hari pun dah tak ingat..ishish..pening tak habis lagi ni jawab exam...bagai nak tercabut kepala den jawab exam ni huhu..

dah petang tadi baru sempat jenguk surat khabar untuk tengok benda yang menarik..lepas tu tertengok pulak pasal peristiwa istiwa' matahari yang menyebabkan bayang semua objek jadi tegak 90 darjah..apa pentingnya peristiwa ni ialah kita dapat check arah kiblat dengan menggunakan teknik bayangan..sebab pada masa ni matahari ada tepat di langit bersamaan dengan latititud ka'bah..makna nya bila kita pandang je matahari masa tu itu la arah kiblat nye.. 



dalam setahun dua kali je benda ni jadi iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai..tapi sebab tahun ni tahun lompat jadi tarikh jatuh lebih awal iaitu pada esok dan 15 Julai...kalau nak tengok esok pukul 5.18 petang..kalau 16 Julai pulak pukul 5.27 petang...jom sama2 kita check sebab teknik bayangan ni adalah yang paling mudah dan tepat..

p/s: so lepas ni takde la kiblat main agak2 je..dan rupanya kita orang Islam lebih hebat dari Naruto sebab tak payah belajar ninjutsu segala bagai dah tau teknik bayangan heheh..^_^
1


assalamualaikum...oh hari ni otak aku dah tersumbat dengan segala akta dan kes2 yang sangat banyak...ting tong sudah...tolong doakan aku tabah mengharungi exam esok ni dan exam2 seterusnya..naik semput nak mengingat benda2 ni adess...jom baca doa kuat ingatan..


p/s : rehat sebentar bersama facebook hehe ^_^ 


0

assalamualaikum...tatkala musim exam ni la aku rajin nak update blog...masaalah sungguh budak Salim ni haha.tapi takpe...aku anggap merepek dalam blog ni adalah sebagai terapi untuk aku release apa yang berada dalm kepala otak aku ni...

pernah tak korang semua mengalami satu situasi di mana korang ingat akan seseorang tapi lupa siapa nama dia...sadis kan macam tu...orang duk ingat kat kita tapi boleh pulak kita lupa nama dia..nak2 lagi orang tu macam cikgu kita ke lecturer...kan dah malu...

semalam masa tengah ada kat library konon2 nye nak study tiba2 ada seseorang tegur aku...aku jadi blank terus..serius tak ingat sapa...lepas tu dia refresh kan otak aku..dia lecturer aku time dekat asasi UIA dulu...baru la teringat...lecturer aku time 1st sem...dalam hati aku malu yang teramat sangat...macam mana la boleh lupa ni haiyoo..dia pulak yang ingatkan aku...

p/s : lain kali ingat nama cikgu / lecturer / sapa2 yang pernah ajarkan ilmu kat korang...sebab kalau takde diorang mungkin kita tak jadi apa yang kita jadi sekarang.. ^_^

zaman muka suci time kat asasi dulu...heheh :p


0


assalamualaikum...stress weh baca buku ni...sementara nak tunggu otak kembali pulih...sambil duduk2 di kala cuaca agak mendung di langit UIA ni nak cerita sikit pasal 'kalau' ni...ramai orang suka cakap 'kalau' ni..sebab tu la orang yang terlalu obses dengan kalau ni tak tenteram hidup nya..kadang2 terlalu risau kadang2 berasa terlampau selesa..

tapi tu la...semua balik kepada diri sendiri kalau fikir positif positif la jadi...kalau pikir negatif maka negatif la..yang penting kita dah usaha sebaik mungkin..walau seburuk mana pun keadaan kita...positif tu perlu..ingat.. Tuhan uji sebab Dia sayang...dan suruh kita belajar sesuatu dari ujian yang datang..



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Riwayat Muslim
p/s : sedang memujuk diri supaya redho dengan segala usaha yang dilakukan dan hasil yang akan diterima...sesungguhnya Allah tahu di mana kekuatan dan kelemahan kita...doakan eh esok ada paper lagi ni.. ^_^

2

assalamualaikum...hari ni nak merepek lagi...merepek pasal bola...apa lagi kalau bukan pasal budak Nazmi tu...ala..Nazmi Faiz yang hebak main bola tu...tatkala orang cakap bola Malaysia dah tak power macam zaman arwah Mokhtar Dahari dulu...tiba2...mamat ni mencatat sejarah sebagai pemain Malaysia pertama yang main kat Europe..korang ada? hehehe...aku memang minat tengok style dia main..selalu cakap kat mak aku kalau dapat jadi abang angkat dia mesti best hoho..


KUALA LUMPUR: Nazmi Faiz Mansor created Malaysian football history when he landed a three-year contract with Portuguese Primeira Liga club Beira Mar yesterday.
The 17-year-old signed terms with the club following a successful trial and is set to become the first Malaysian to play in the top flight of a major European league.
His agent, Marco Guimaraes, confirmed the deal
.

p/s : semoga bolasepak Malaysia akan terus maju..dan semoga Nazmi Faiz Mansor dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia...majulah sukan untuk negara...(cewah...gitu hehe)


1

assalamualaikum... ye...perkara yang paling ditunggu - tunggu semester ini sudah mari...ye itu lah dia FINAL EXAM.... sekarang ni adalah tempoh FINAL EXAM bagi budak2 UIA yang indah dan permai ini...time ni la manusia bermati - matian study ...macam tak pernah pegi kelas sebelum ni...segala ilmu yang dibaca dirasakan baru...padahal semua tu dah diajar time lecture...(tu la main2 lagi ... kan padan muka..)

time final exam ni ramai la yang duk azam nak deactivate facebook dan kurangkan online tapi itu tak mungkin bagi aku...sebab mak aku dulu pernah cakap internet adalah DUNIA AKU... kat alam maya ni la aku boleh share apa2 yang berguna dengan member2 yang ada...meluahkan perasaan...ekspressi jiwa dan macam2 lagi..kalau stress nanti susah..

sebenar nya semua tu bergantung pada diri sendiri...pada usaha yang kita buat, kemampuan diri sendiri...kalau deactivate facebook tak study pun tak kemana...tak perlu memaksa diri untuk jadi yang terbaik...cukup la sekadar kita berusaha sehabis baik kemudian bertawakkal...ye dak ? sebab tu Allah kata :

Faiza Azamta fatawakkal Ala Allah.

" Aku di sisi sangkaan hamba-hambaKu terhadapKu, maka bersangka baiklah terhadap Aku "(Hadis Qudsi)

sampai sini je untuk hari ni...kalau aku rajin dan berkesempatan aku menulis lagi ye...till then...doakan aku ye kawan2 semoga dapat result yang cemerlang...pointer aku pun naik ..insya Allah.. ^_^
p/s; sebenarnya dah selesai pun satu paper hari ni...fuhh..lega...


0


Assalamaualaikum...rise and shine everybody. Last night I saw from Mark Zuckerberg's page that he updated updated his status to married. Finally he found his soul-mate after he created Facebook as a revenge to his ex - girlfriend. 
Facebook founder and CEO Mark Zuckerberg updated his status to "married" on Saturday.
Zuckerberg and 27-year-old Priscilla Chan tied the knot at a small ceremony at his Palo Alto, Calif., home, capping a busy week for the couple.  Zuckerberg took his company public in one of the most anticipated stock offerings in Wall Street history Friday. And Chan graduated from medical school at the University of California, San Francisco, on Monday, the same day Zuckerberg turned 28, the person said.

p/s : it's not wrong for you to take revenge, but channel it in a positive way so that you can prove to the others what you are actually capable of doing .. ^_^   

3

assalamualaikum...weh... lama dah saya tak menulis dalam ini blog...jadi layankann je la nak merepek sikit2 dalam ni...malam ni nak cerita pasal bola...apa lagi kalau bukan final piala FA Kelantan vs Sime Darby yang akhirnya dimenangi Kelantan 1-0 menerusi penalti Muhammad Ghaddar..



selaku mereka yang tergolong dalam peminat bolasepak Malaysia...aku nak bagi sikit komen..ramai orang menjangkakan Kelantan akan menang besar punya lawan Sime Darby ni...tapi cuma 1-0 je...aku memang dah agak Sime Darby kalah...tapi takde la sikit sangat score nye... bagi aku la kan..kureng sikit kali ni jentera serangan Kelantan...tu yang sikit score nye..patut kene 3-0 baru gempak..heheh

bagi pasukan Sime Darby pulak...boleh tahan jugak la team yang baru first time masuk piala FA boleh sampai final...boleh tahan serangan Kelantan..itu cool...diorang tak gugup...tak mudah mengalah..hebat juga la lawan Kelantan yang banyak pemain bintang

apa pun tahniah untuk pasukan Kelantan kerana menang piala FA setelah 3 kali mencuba.. dan untuk team Sime Darby...cuba lagi di lain masa..belajar dari pengalaman..siapa tahu tahun depan jadi juara? ^_^



1

Assalamualaikum semua...baru nak gigih nak update blog...tetiba senyap untuk beberapa hari...semua ni gara gara aku yang telah dihinggap virus demam...

Sekarang ni musim cuaca tak menentu...sekejap duk panas...sekejap lagi hujan selebat - lebatnya...dah seminggu aku demam...pegi klinik 2 kali...asyik rasa nak tidur je...kalau UIA abah saya yang punya mesti dah apply cuti seminggu punya hoho...




Pegi kelas pun dalam keadaan mamai akibat belum pulih sepenuh nya..sangat tak suka keadaan ni...hidung berair 24 jam..stok tisu pun abis.. nak makan ubat selesema takut mengantuk dalam kelas...tu yang lambat baik tu...dengan batuk nye lagi...aku jarang demam...sekali kena dasat kot..

Sapa ada petua tradisional untuk bagi cepat baik..? Kalau ada share la ye..bosan dah maka ubat..huhu..


p/s : doakan saya cepat sembuh :)




- Posted using BlogPress from my iPad
1