Menu




Assalamualaikum...tajuk post hari ni sangat sadis hehehe...tapi memang yang tu la aku nak cerita kat korang sekarang...

Biasa kan kita dengar istilah 'forever alone' ni untuk mereka2 yang tak ada teman istimewa dalam hidup kan...sure timbul kejelesan membara tatkala tengok member semua dah tunang...kawen dan ada anak pulak...sapa tak panas ye dak...

Itu normal sebenarnya...aku pun rasa benda yang sama...ditambah lagi dengan keadaan diri aku yang tak berapa nak sempurna ni..tu yang buat aku fikir sejenak soal kawen ni...

Tapi bila aku dekat universiti ni aku tengok ada dua orang lecturer sorang lumpuh yang sorang lagi buta...tu yang jadi sumber insiparasi untuk aku menjalani hidup yang penuh mencabar.. ( ayat macam drama tv pulak hehe) tengok diorang boleh je jaga anak2...jaga family walaupun keadaan diorang macam tu..serius kagum tengok diorang..

Aku teringat ustaz aku cakap dulu..Allah jadikan manusia ni berpasangan..semua dah tertulis..kita cuma perlu usaha dan doa je.. pastu kena ingat hubungan dengan Allah kena jaga..sebab Allah kan pemilik hati manusia...jadi mintak la kat Dia... kalau tak mintak tak dapat...

Lagi satu hubungan dengan mak bapak kena jaga.. serius.. kalau hubungan dengan mak bapak tak jaga macam mana Allah nak bagi teman hidup kat kita.. sebab redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita...ingat tu...

Macam yang aku cakap tadi la kan...aku ni tak la sempurna mana pun... bukan jugak Dean's List... tapi bagi aku dua benda ni cukup penting selain dari persediaan diri sendiri...so sapa2 yang dah rasa nak kawen tu mari la kita sama2 mempersiapkan diri baru la Allah boleh bagi yang terbaik untuk kita.. Anda takkan selamanya sendiri cuma mungkin masanya belum tiba...


- Posted using BlogPress from my iPad
2





- Posted using BlogPress from my iPad
1

assalamualaikum...bertemu lagi kita dalam ruangan blog aku di alam maya ni...kali ni aku nak cerita apa yang aku buat malam semalam dan benda ni ada kaitan dengan isu umat Islam iaitu isu Palestin yang masih lagi tak berkesudahan sampai ke la ni...

semalam sebenarnya ada screening yang bertajuk 'Tears of Gaza' yang mengisahkan tentang keadaan sebenar di bumi Palestin...tentang kepayahan hidup ... penindasan terhadap orang Islam.. kekuatan semangat diorang kat Palestin nu untuk teruskan hidup...serius sebak...sampai tertumpah air mata ku ini...sedih...tengok orang kena tembak...darah berlumuran ... bangunan musnah...rasa macam ada kat sana pulak..

habis je screening tu aku dapat compare situasi kat Malaysia dengan kat Gaza seperti berikut..

1. kat Gaza penduduk nya terpaksa duduk dalam khemah...kalau tak dapat khemah terpaksa duduk kat celah2 runtuhan rumah...kalau kita...rumah punya la selesa siap ada air cond lagi..kalau takde letrik dah kecoh sekampung..cuba bayang kalau kita macam tu ? tapi ada juga yang tak bersyukur...dah ada tempat tidur selesa nak juga tidur dalam khemah tanda protes katanya...

2. kat Gaza orang sanggup beratur pagi2 untuk dapatkan roti dari kilang...yang kita ni pulak..beratur panjang2 untuk beli tiket movie...makanan nak sedap je ikut tekak masing2...hmm

3. kat Gaza bebudak kat sana tak dapat nak belajar.. sebab baru nak belajar je Zionis dah bom sekolah..macam mana nak belajar...habis segala buku bersepai...bebudak kat sini bila disuruh belajar ada je alasan malas la..tak munat..dan macam2 lagi..

4. kalau kat Gaza ...ramai bebudak kecik yang comel dan berdosa meninggal akibat kekejaman Zionis...kat Malaysia pulak bebudak kecik yang tak berdosa meninggal akibat dibuang dan didera...

5. kalau kat Gaza...para ibu mengharapkan supaya diorang ada ramai anak lelaki supaya dapat mempertahankan Gaza sehingga SYAHID tapi malangnya kat sini lelaki melayu Islam ramai di pusat serenti, melepak, menghabiskan masa...tak pun SYAHID  kat atas jalan akibat merempit...

tu la yang penting ku nak pesan ...bersyukur dengan apa yang kita ada...hargai masa kita ada nikmat tu...jangan la dah tak ada baru nak menyesal...


0

assalamualaikum..selamat pagi..tiba2 rajin pulak nak menulis di pagi hari...bukan sedang untuk idea datang di waktu pagi..maklum la kalau cuti begini bukan senang untuk aku menjana idea akibat otak yang berada dalam mood cuti..huhu

jenguk suratkhabar online pagi ni nampak satu berita yang menarik perhatian aku...iaitu pasal pasangan punk dihukum sebat di wilayah Acheh ..  kena sebat lepas tu dibuat depan khalayak ramai.. kalau korang nak tau Acheh ni satu2 nye wilayah yang jalankan undang2 Islam kat Indonesia..bagi aku apa yang dibuat kat sana serius cool sebab penduduk nye semua ikut undang2 Islam...jadi masalah jenayah atau keruntuhan moral dapat dibanteras..



ok sekarang berbalik kepada situasi kat Malaysia ye..yang aku nampak la kan kefahaman tentang undang2 Islam kat Malaysia masing belum kukuh..ada yang kata kurang sesuai la..tak relevan la dan macam2 lagi..sebenar nya undang2 Islam sesuai sepanjang zaman...dan Islam dah tunjuk jalan macam mana nak aplikasi kan undang2 tu cuma kita je yang tak nampak atau buat2 tak nampak..dah kita sendiri kurang kefahaman macam mana nak explain dekat yang bukan Islam pasal undang2 Islam ye dak ? pasal tu mereka yang bukan Islam menentang sebab diorang tak paham pasal undang2 Islam ni

lagi satu yang aku perasan umat Islam kat negara kita ni kurang semangat kebersatuan...bak kata omputeh nye unite..(poyo sikit hehe)..berpecah atas dasar politik la ..semangat kenegerian la...suka berpuak puak.. tu la jadi nye kita ni tak kuat untuk laksanakan undang2 islam kan..kalau suara kita kuat boleh je usulkan benda ni..kalau kita terus macam dalam keadaan sekarang sampai ke sudah takde undang2 Islam yang betul2 sempurna..peribahasa melayu ada kata..bersatu teguh bercerai roboh..( bukan kawen lain ek :p) 

pendek kata kefahaman masyarakat dan kebersatuan itu penting kalau kita nak adakan undang2 islam kat Malaysia ni ye..ini pendapat peribadi aku..korang ada benda nak share silakan.. dialu alukan..aku nak share peribahasa dari Ireland hari ni pasal bersatu..

“Ni ceart go cur le cheile” 
“There is no strength without unity”
2

assalamualaikum semua..dah lama aku meninggalkan alam blogging ni akibat ketandusan idea dan kemalasan yang melampaui batas kemanusiaan...banyak sangat benda nak cerita...tapi mungkin nanti slow2 aku akan cerita semua yang terjadi sewaktu aku menyorok dari arena blogging ni...


tak tau la sama ada orang baca ke tak blog aku ni...tapi ada ku kesah...yang penting aku akan menulis kalau aku diberikan limpahan idea dan kesempatan untuk menulis...maklum lah dah nama pun student mesti la sibuk dengan assignment, presentation, test dan segala bagai yang bersangkut paut dengan study aku ni...


kalau aku diberikan 48 jam sehari pun aku rasa takkan cukup...tapi aku pelik dengan segelintir mereka yang bergelar mahasiswa yang duk sibuk berdemo mansuh ptptn la...bersih 3.0 dan macam2 lagi demo yang ada..aku rasa nak belajar je dengan diorang cara nak bagi masa belajar dan join aktiviti tu semua..meh ajar sikit kat aku macam mana nak jadi student dean's list disamping joinn segala aktiviti tu ..kalau ada boleh share ye..saya pun mahu jadi seperti anda...

sekian je untuk warm up aku kali ni..sayonara.. :)

p/s : eh...tiba2 interface blogger bertukar sudah...aiyoo !! 
1