Menu

Malaysia vs Palestin

assalamualaikum...bertemu lagi kita dalam ruangan blog aku di alam maya ni...kali ni aku nak cerita apa yang aku buat malam semalam dan benda ni ada kaitan dengan isu umat Islam iaitu isu Palestin yang masih lagi tak berkesudahan sampai ke la ni...

semalam sebenarnya ada screening yang bertajuk 'Tears of Gaza' yang mengisahkan tentang keadaan sebenar di bumi Palestin...tentang kepayahan hidup ... penindasan terhadap orang Islam.. kekuatan semangat diorang kat Palestin nu untuk teruskan hidup...serius sebak...sampai tertumpah air mata ku ini...sedih...tengok orang kena tembak...darah berlumuran ... bangunan musnah...rasa macam ada kat sana pulak..

habis je screening tu aku dapat compare situasi kat Malaysia dengan kat Gaza seperti berikut..

1. kat Gaza penduduk nya terpaksa duduk dalam khemah...kalau tak dapat khemah terpaksa duduk kat celah2 runtuhan rumah...kalau kita...rumah punya la selesa siap ada air cond lagi..kalau takde letrik dah kecoh sekampung..cuba bayang kalau kita macam tu ? tapi ada juga yang tak bersyukur...dah ada tempat tidur selesa nak juga tidur dalam khemah tanda protes katanya...

2. kat Gaza orang sanggup beratur pagi2 untuk dapatkan roti dari kilang...yang kita ni pulak..beratur panjang2 untuk beli tiket movie...makanan nak sedap je ikut tekak masing2...hmm

3. kat Gaza bebudak kat sana tak dapat nak belajar.. sebab baru nak belajar je Zionis dah bom sekolah..macam mana nak belajar...habis segala buku bersepai...bebudak kat sini bila disuruh belajar ada je alasan malas la..tak munat..dan macam2 lagi..

4. kalau kat Gaza ...ramai bebudak kecik yang comel dan berdosa meninggal akibat kekejaman Zionis...kat Malaysia pulak bebudak kecik yang tak berdosa meninggal akibat dibuang dan didera...

5. kalau kat Gaza...para ibu mengharapkan supaya diorang ada ramai anak lelaki supaya dapat mempertahankan Gaza sehingga SYAHID tapi malangnya kat sini lelaki melayu Islam ramai di pusat serenti, melepak, menghabiskan masa...tak pun SYAHID  kat atas jalan akibat merempit...

tu la yang penting ku nak pesan ...bersyukur dengan apa yang kita ada...hargai masa kita ada nikmat tu...jangan la dah tak ada baru nak menyesal...


No comments:

Post a Comment