Menu

assalamualaikum....
haaa...jangan nak fikir bukan - bukan ye...post ni adalah sambungan dari post semalam..kan aku dah ajak 'sayang' aku kawen semalam.. hehehe..so post ni untuk tentukan sama ada dah ready ke belum nak kawen ni...

1 Persediaan Minda dan Kerohanian.
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting,begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi,menguruskan sumber (masa,wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan.
2 Persediaan Fizikal
Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual.Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Ia juga merupakan faktor utama
bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat.Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin.Bagi seorang wanita,mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan,kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung.Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.
3. Persedian Ekonomi
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya.Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.
4. Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua
pihak.Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan.Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima
segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing.

p/s : para readers sekalian, jangan marah ye...aku bukan gatal nak kawen.. ini sekadar pengetahuan dan persediaan kita bersama..maklum la cuti sekolah ni ramai orang kawen...so aku post la benda ni :)

selamat membaca...
 wasalam....

0


assalamualaikum...
selamat pagi sume..mesti korang pelik kan dengan tajuk post aku hari ni..yang ni takde kene mengena dengan lagu Agnes Monica tu ye..tapi sebenarnya perempuan ini mendakwa dia dah daftar sebagai pemilik matahari..nak tau lebih lanjut klik sini...hahaah aku nak gelak je baca...lepas ni aku nak petik bintang macam lagu Ku Petik Bintang- bintang.. nak bagi yang tersayang ...agak nya kena daftar jugak ke?? :p

sekadar peringatan ye...semuanya adalah ciptaan Allah...takde manusia yang boleh memiliki secara mutlak...semua hanya pinjaman semata - mata...

satu lagi...manusia tak pernah puas dengan apa yang dimiliki...anak Adam jika diberikan satu lembah emas maka dia akan berusaha untuk mencari satu lagi..begitu lah seterusnya..kiamat makin dekat manusia berlumba untuk cari kekayaan..sampaikan matahari pun nak dimiliki... dunia oh dunia...

p/s : semua ni mengarut je...kalau betul la dia ni owner matahari apa dia boleh buat kat situ..belum sampai dah terbakar...hehehe..perempuan ni boleh la nyanyi lagu Matahariku sebab matahari dia punye...hahahaah  

matahari terbit..
sekadar bacaan ringan di pagi hari...
~wasalam~
0


Assalamualaikum...

ishhh...apa sayang2 ni..x baek la..hahaah... jgn salah anggap lak.. bukan nak ajak kawen.. cuma kepada sesiapa yang dah gatal nak kahwin awal tu baca la artikel ni ye...aku rasa artikel ni sangat best untuk dikongsi bersama...aku bce kt google...ni pun tuk peringatan tuk aku gak... :)

Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t.. Manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Jika kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita.


Sebaliknya jika kita berkahwin dalam usia lanjut mungkin ada hikmah yang terkandung di dalamnya.



Namun sebagai insan kita disuruh berikhtiar untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama.



Kebanyakan remaja sekarang beranggapan kahwin pada usia muda banyak masalah. Berkemungkinan pada masa itu mereka belum ada kerjaya yang kukuh selain belum bersedia.



Apabila sebut soal perkahwinan, apa yang pasti ia adalah satu sunah. Mengapa perlu menidakkannya? Tak kira pada usia berapa pun, kita perlu menegakkan sunah itu.



Perkahwinan adalah sesuatu yang indah... ibarat syurga di dunia jika kita bijak melayari bahtera perkahwinan.



Lantaran itu, Khairunnizam Sulaiman, 34, tidak bersetuju jika faktor usia dijadikan sebagai ukuran untuk mendirikan rumah tangga. Tidak salah berkahwin pada usia muda asalkan semua keperluan dan persediaan sudah mencukupi.



“Hakikatnya perkahwinan pada usia muda bukanlah suatu yang mustahil, asalkan seseorang itu sanggup serta ikhlas memikul peranan dan tanggungjawab yang telah sedia ada.



“Tidak ada masalahnya perkahwinan yang dibina oleh pasangan yang sama-sama muda. Apa yang penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan berumah tangga itu sendiri.



Realiti



“Apa pun, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Realitinya, kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza,” cerita Khairunnizam yang mendirikan rumah tangga dengan Tuan Zainab Tuan Junoh pada 1994 sewaktu berusia 24 tahun.



Bapa kepada empat cahaya mata yang berumur antara setahun hingga 12 tahun ini berkata, perkahwinan pada usia muda ada banyak kebaikannya.



Antaranya, apabila usia semakin bertambah, anak-anak juga sudah membesar. Sekurang-kurangnya pada masa itu, tenaga masih kuat serta ekonomi sudah kukuh.



Malah pada usia muda, pasangan suami isteri sudah mula memikirkan tentang masa depan dan hala tuju kehidupan berkeluarga.



“Saya akui ramai yang kata berkahwin cepat rugi sebab tidak puas berseronok. Apa pun, bagi saya, kebebasan itu tidak bermakna sekiranya usia muda itu tidak dipergunakan sebaik mungkin ke arah yang membawa manfaat.



“Malah aspek kematangan tidak 100 peratus terletak kepada usia seseorang. Apabila seseorang itu tahu tanggungjawab dan bermuhasabah diri, insya-Allah kematangan fikiran mereka itu akan hadir,” pesan Khairunnizam.



Menurutnya, aspek ekonomi, kesabaran, persediaan psikologi dan kenali pasangan adalah antara persediaan yang perlu ada dalam mengharungi pelbagai cabaran alam rumah tangga.



Berlainan pula dengan pengalaman perkahwinan yang dilalui oleh Salina Samsudin (bukan nama sebenar) yang berkahwin pada usia 18 tahun.



Panas baran



Harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah hakikatnya yang terpaksa diterima oleh Salina selepas menjadi isteri.



Menurut Salina, kini berusia 39 tahun, dia berkahwin selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan jejaka pilihan hati yang berusia 20 tahun.



“Siapa yang tahan jika tangannya kerap naik ke muka dan badan. Saya tidak sangka lelaki romantis sepanjang bergelar kekasih rupa-rupanya seorang yang panas baran selepas bergelar suami.



“Bukan itu sahaja, malah selepas saya disahkan mengandung, perangainya tambah menyakitkan hati. Dia kerap bertemu teman-teman bujang dan pernah juga pulang sehingga lewat malam.



“Impian saya untuk membina rumah tangga bahagia berkecai. Janji manis untuk sama-sama melayari bahtera rumah tangga tinggal angan-angan kosong dan saya sudah hilang kepercayaan dengan suami,” kata Salina yang reda dilepaskan dengan talak satu oleh suami selepas kelahiran anak kedua mereka.



Kini, biarpun Salina gembira membesarkan anak-anaknya serta sibuk dengan kerjaya, dia sedikit pun tidak meletakkan kegagalan perkahwinannya atas sebab usia muda. Dia menyalahkan kepada tanggungjawab dan persediaan bekas suaminya itu.



Statistik kahwin awal



KETUA Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mohammad Abdullah berkata, perkahwinan bawah umur di Malaysia banyak berlaku di Kelantan yang mencatatkan 115 kes, Sabah (102) dan Sarawak (100) bagi tempoh 1 Januari 2005 hingga 12 Januari 2006.



Bagi kes yang sudah selesai permohonan nikah bawah umur, Sarawak mendahului dengan 92 kes, Kelantan (81) dan Sabah (60).



“Perkahwinan bawah umur melibatkan sama ada lelaki atau perempuan yang berkahwin sebelum berusia 18 tahun dan 16 tahun iaitu syarat yang diletakkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam. Maknanya, mereka berkahwin semasa masih bersekolah atau tidak menamatkan persekolahan atau tidak bersekolah,” jelas Mohamad.



Antara punca berlakunya kahwin bawah umur ialah pasangan suami isteri muda itu hilang minat dengan alam persekolahan dan mendapat bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka. Ramai remaja perempuan yang tidak meneruskan persekolahan memilih untuk berkahwin dan ia dipersetujui oleh ibu bapa.



Selain itu, remaja yang berasal dari kampung dan tinggal di pedalaman serta kurang pendedahan kepada kepentingan pendidikan turut menyumbang kepada perkahwinan bawah umur. Pada mereka perkahwinan adalah jalan untuk menyelamatkan mereka daripada masalah sedangkan cabaran pada masa hadapan memerlukan masyarakat yang celik ilmu pengetahuan.



“Oleh sebab yang berkahwin bawah umur adalah remaja perempuan, maka suami harus bertanggungjawab membimbing isteri dalam menguruskan rumah tangga. Kita perlu ingat, dalam usia yang muda, mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup dan kematangan sebagai seorang isteri. Adalah penting suami memainkan peranan dalam rumah tangga,” ujar Mohamad menasihati pasangan muda yang mendirikan rumah tangga.



Walaupun hingga kini hanya 595 kes kahwin bawah umur dicatatkan di seluruh Malaysia termasuklah di negeri-negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor, dan ia hanya dianggap sebagai kes terpencil, tidak mustahil akan berlaku peningkatan perkahwinan bawah umur jika tiada usaha dijalankan untuk membendung perkara tersebut.



Hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat berilmu mungkin tidak akan tercapai jika masih ada remaja yang tercicir daripada alam persekolahan dan bergantung hidup semata-mata kepada perkahwinan.

ok la sampai sini je ye..sekadar berkongsi.. renung2 kan selamat beramal.. :)


3

assalamualaikum....

cuti- cuti yang takde keje ni...selain dari layan game aku duk sibuk tengok katun...serius macam budak kecik..takpe kan??sekali sekala bukan selalu pun heheh...

doraemon..always been my feveret...

yang ni paling best...boleh kata tahap obses pun boleh jugak la..series tak pernah miss tengok...tiap kali movie baru keluar terus download..merchandise doraemon bersepah...komik...siap ada bed sheet doraemon..everything is about doraemon..mak aku kata aku gila doraemon hahaaha..



yang ni wajib tonton ...
aku memang gila dengan dragon ball ni..siap beli dvd...beratus jugak la...sebab ada goku yg comel (time die kecik) pastu dah besar ada power plak...kamehameha...serius best..walupun episod nye bnyk smpai nak muntah tengok...tapi minat punya pasal...layan everytime kalau ada cuti panjang...tak payah tanya la berapa kali khatam...hehe...

sape yang minat dash yankuro tau la apa nama kereta ni..Emperor berlepas!!! hehe

aku ada episod lengkap anime ni...ada sebijik yang macam kt atas tu..sangat best puas aku meneroka google tuk cari episod nya ...akhirnya jumpa gak..best sangat main kereta ni dekat litar nye..skarang dah takde dah..

generasi awal power rangers
power rangers turut menjadi kegilaan aku...tapi yang season awal2 je la...ingat lagi masa tu aku dalam 5 ke 6 tahun camtu la..nangis kat shopping mall sebab tak dapat buku mewarna n mainan power rangers..kalau ingat balik klaka pulak..zaman2 video tape dulu pegi kedai video je cari.. skarang ni susah nak cari season awal ni.

banyak lagi sebenarnya... macam ni....

Shin Chan..

Avatar...


Ninja boy
Naruto.. kegilaan zaman skarang..

sebenar nya..tengok katun ni banyak kelebihan... hilang stress...banyak moral yg didapati...so akhir katatengok la katun mcm aku...hahahaa.. tapi jangan lebih2...berpada-pada nanti rabun pulak
sekian wasalam...

5

assalamualaikum...
hari ni aku nak kongsi pasl tidur...alangkah indah nya Islam tidur pun ada cara..

 Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”

Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – (HR. At-Tirmidzi).

Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).

Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” – (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” – (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.
Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:
Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.

Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.

Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.

Tidur dalam keadaan suci.

Tidur dalam keadaan berwuduk.

Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.

Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).

Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.

Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.

Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam


c u later..good nite everyone..
wasalam...




0


assalamualaikum...
haa..aku menulis lg...korg pnh nmpk x sign board kt atas ni?? x kira la kt mna2 pun..  aku sbg seorg OKU mmg slalu parking kt space ni..tp as usual...rakyat malaysia ni..agak krg kesedaran sivik nye..cbe korg bygkn ye...bpk aku tgh cari parking OKU utk turunkan aku...semua parking space utk OKU ni dah penuh..bile aku tgk mereka yg parking kt space ni..sihat walafiat je...tp mak aku kata diorg ni sakit..sakit otak...hehehe.. agk nya diorg ni x de perasaan ke.. org yg ptut nye gne space tu...x dpt gne sbb attitude yg 'baik' sgt tu..

lg satu...ini yg paling crucial skali...toilet utk OKU...yg ini paling aku tpaksa bsabar thp ttinggi..aku nk gne toilet dlm time emergency sgt ni..tnggu la org kt luar...tgk2 yg keluar tu badan sihat...masih mude lg...pergghh...angin sebadan aku...da la selamba je pkai toilet OKU tu siap isap rokok lg kt dlm..haishh...sabar je la...x maki org...bile aku wat muke ketat kata aku sombong..pening dgn perangai org ni..aku x larat nk mrh...tp cbe la fhm ye..

p/s: aku harap sgt sume readers x buat perangai cmni ye..sbb klu korg buat...akibatnya kitorg yg tanggung...kpd yg buat tu sedar la...bwk2 tobat k...bkn niat aku nk marah sapa2 pun..cme kitorg OKU pun nk idup jgk.. :)

wasalam..  
4

assalamualaikum...

 aku menulis lg hari ni...heheehe...bnyk gile aku post..mentang2 la x de keje...kali ni aku nk cite psl kwn2 aku plak dr skola rendah smpai la skarang..k lets get started...(klik utk zoom gambar)

satu ketika dulu...
ini masa aku skola rendah...comel kn???cbe teka yg mana aku...yg pling comel tu aku la...hahah

sebahagian daripada mereka kini..
tu dia...masing2 da bujang n ank dara suda...gmbr ni masa raya kt umah cikgu

rmai la yg smbung blaja n yg dah  kawen pun ade...bkal nk kawen..hehehe  rsenye cam bru smlm je tinggalkan skola...tup2 da 8 taun ku tinggalkan skkb n srakb...nasib baik la ade fb klu xde x mngkin la dpt jumpe diorg balik...best dapat jumpe diorg semua lagi time raya..cuti masing2 da lain ssah nk jumpe..

haa...beralih pulak ke zaman skola menengah..bole consider time ni zaman kegemilangan aku dari segi akademik...
 


muke2 xbersalah dgn baju skola..
serius wei...time ni aku rajin kot blaja..sbb aku duk ngan bdk2 pndai kt dalam klas...ade sorg bdk ni nme nye ehwan.. aku duk sblh die aku jd rjin study..ngan bdk pompuan lg..syira muzakir...die ni x brape nk tinggi (hehe...jgn mara syira)tp masya Allah terer gile math.. alhamdulillah result ok berkat rajin blaja

muka dah matang tp perangai still sama gak...korg mmg terbaek..

skolah menengah aku sgt best...kt situ aku blaja mkna sahabat...blaja ilmu agama...enjoy..pndek kata sgt seronok time skola menengah ni...

ok lps je skola aku dpt msuk CFS IIUM...bahasa melayu nye pusat asasi UIAM...course law..kt sini aku blaja erti sabar dan hormat org lain..sbb kt sini students duk kt hostel..mcm2 bnde baik yg elok ataupun x aku blaja kt sini...tp yg penting nye aku sedar Allah sentiasa ada dgn aku..



hahaahaha mse ni da abis mooting...separuh mati nk buat nye.....

syukur sgt akhirnya skarang dpt masuk main camp hidup penuh mncabar...keseorangan ..stress ...test...sesemen...final...drive me crazy...tp at the end aku enjoy duk sini..blaja mcm2 perkara baru...join aktiviti...x mcm kt nilai dlu...xdpt nk bgerak bebas hehe...

konsert Maher Zain..

With  Ira Syazira after Adrenaline 090909 Mock Trial


With Khairy Jamaludin after talk "Malaysia and its competitiveness"




sume benda2 ni aku buat dgn pertolongan kwan2 yg ada di sekeliling aku...klu x de diorg x tau la ape jd dgn aku dari dlu smpai skarang... thanks kwan2 ku semua... :)


sekian... wasalam...




 




2

assalamualaikum...
klu smalam aku ada post psl ciri2 utk future wife...ari ni aku post bnda ni...kire cam sambungan smlm.. tuk compare kita ni ade x sifat ni..

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

so..mcm mane??ada x sifat2 tu..??aku skang ni tgh berusaha sikit2 tuk jd yang lebih baik..
korg sume doakan ye.. :)

sekian wasalam..
3

assalamualaikum...
ha..aku kembali lg dalam dunia maya..
hari ni agak hepi sbb bile aku log in akaun nuffnang aku..
aku nmpk....
jumlah semasa pendapatan sebanyak....
.
.
.
.
.
.
.
RM 0.50 

hahahaaha....mesti korang kata aku ni kecoh je kan..
tp kn... aku xkisah pun sbb 50 sen pun duit gak kan..




sapa yg x tau psal nuffnang ni meh sini aku btau..nuffnang ni company advertising kt blog2...
so everytime korg bkak blog aku akan nmpk iklan.. dapat duit based on brapa rmai org yg tgk blog tu..ada la calculation dia..jgn rsau kita diberi choice apa yg kita nk advertise kt blog..so insya Allah duit nye halal...thanks kepada follower n readers yg bce blog aku ni ye..




as a conclusion...insya Allah lpas ni aku akan lebih giat dalam berblogging ni sekiranya ade masa dan idea tuk merepek kt sini...aku jadikan 50 sen tu sbg pendorong semangat tuk lebih berjaye lg..HAHAHAHA...sambil on9 sambil menjana pendapatan... :)

ok..c u guys later..
salam... 


0

assalamualaikum...
buat kali pertama nye di tag oleh seseorang..thanks Halimah .. :)
so inilah dia....

1. Korang letak 20 lagu dalam playlist korang
2. Lepas tu baru tengok soalan ni, jawab berdasarkan turutan lagu korang
3. Saja nak mengisi masa korang, sekadar suka-suka. :)


1) If someone says, "Is this ok?? You say :
I'm not okay - My Chemical Romance
cuti2 ni gile main game...hahaha

2) How would you describe yourself?
 Ketulusan Hat i - Anuar Zain
tulus hatiku terhadap si dia cewah.. 

 3) What do you like in a girl?
 Can't Take My Eyes  Off You - Muse
lemah lembut...sopan santun...kuat beragama...tutup aurat...
(sebut dengan gaya Haziq dalam citer Syurga Cinta.. hehe)

4) How do you feel today?
I Gotta Feeling - Black Eyed Peas
sgt hepi sbb tgh cuti..hohohoh

5) What is your life's purpose?
Barakallah - Maher Zain
oops terkesima jap...mesti la nk bina keluarga yg bahagia pnye..insya Allah....

6) What's your motto?
Demi Cinta Ini - Medicine
buat mereka yang tersayang akan ku lakukan sebaik mngkin..

7) What do your friends think of you?
Lelaki Ini - Anuar Zain
aku lelaki sejati...straight bkn gay...hahaah

8) What do you think of your parents?
Ayah Dan Ibu - Sudirman
they are the best gift from Allah

 9) What do you think about every often?
Thinking Of You - Katty Perry
bersangka baik la dgn org lain...

10) What is 2+2 ?
Gadisku - Search
dia tahu dia gadisku.... :P

11) What do you think of your best friend(s)?
Selamat Berjuang - Brothers
pejuang dlm mencari ilmu di bumi Allah..

12) What do you think of the person you like?
I Still Believe - Mariah Carey
someone who can trust me no matter what happen..

13) What is your life story?
Aku Ada Kerna Kau Ada - Radja
dedicated to all of u who willing to be my friends

14) What do you want to be when you grow up?
Insya Allah - Maher Zain
nk jadi org yg berguna kepada bangsa agama dan negara..

15) What do you think of when you see the person you like?
If You're Not The One - Daniel Bedingfirld
sejuk mata memandang... =)

16) What will you dance to at your wedding?
Jangan Tunggu Lama - Lama - Jinbara
no...never.. of course not

17) What will they play at your feneral?
My Time Is Running Out - Muse
klu ku da x de sok jgn lupe sdekah al Fatihah...

18) What is your biggest fear?
Awaken - Maher Zain
is Allah satisfied  with us?? think....

19) What is your biggest secret?
Everything I Do I Do It For You - Bryan Adams
who are 'you' ??? biarla rahsia..keep it for myself..

20) What will you post this as?
Stand By Me - Shinee
this post me myself and I....

Ok done...wasalam..

2