Menu

assalamualaikum...
entah kenapa malam ni aku rasa emo sikit... bukan apa...terpikir nasib teman2 seperjuangan yang ada di bumi Mesir...dikhabarkan bekalan makanan semakin berkurangan...jenayah semakin menjadi jadi..sistem kerajaan lumpuh...ini situasi terkini yang aku dapat dari website al jazeera...

         

"Egyptian protesters have called for a massive demonstration on Tuesday in a bid to force out president Hosni Mubarak from power. The so-called April 6 Movement said it plans to have more than a million people on the streets of the capital Cairo, as anti-government sentiment reaches a fever pitch.

Several hundred demonstrators remained camped out in Tahrir Square in central Cairo overnight, defying a curfew that has been extended by the army.
Thousands were back on the square by mid-day on Monday, chanting anti-government slogans. This as heavy military presence was seen in many parts of the capital.
One of Al Jazeera's correspondents said the military's attempts to block access to the square on Monday by closing roads was not working as more people were arriving in a steady stream.
"Protesters say they'll stay in this square for as long as Mubarak stays in power," she said.Protesters seem unfazed by Mubarak's pledge to institute economic and political reforms. Our correspondent said people feel that such pledges "are too little, too late". 


berita lanjut klik sini.. 

antara sahabat aku yang ada kat Mesir sekarang.. 




aku cuma mampu berdoa agar sahabat2 ku yang berada di sana sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya..

"Ya Allah ya Tuhanku Kau peliharalah sahabat2ku agar mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat... teguhkan lah hati2 mereka dalam takwa dan iman..berkati lah mereka agar terus dapat menimba sebanyak mungkin ilmu di bumi Anbia...supaya mereka pada akhirnya dapat berbakti pada agama bangsa dan negara.."

-Amin-
sama2 kita berdoa ye..


6

assalamualaikum...
serius ke ni ??? mula2 sumpah aku tak percaya..tapi setelah didengar berkali - kali..
nyata ianya original...asli..Maher Zain yang nyanyi..sangat suke dengan MZ ni...
tak kira ada orang dah post ke belum aku nak share gak hehehe..

ni aku bagi link video nye ye..

pics from my fb masa dia datang UIA aritu.. :)
Insha Allah Malay Version

Ada ketika, hadir perasaan hampa
Kehilangan dalam diri sendiri
Bagai malam yang penuh kegelapan
Sendu, pilu, tiada jalan yang terang

Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya

Ada ketika
Kesilapan sering berulang
Hingga terasa lewat untuk berubah
Penuh keliru dan tersalah keputusan
Membelenggu penyesalan dalam minda

Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya

Kembalilah,
Kepada Ilahi
Yakin pada-Nya
Pohonkan doa, bertawakkallah

Oh ya Allah
Pimpinlah hamba dari kesesatan
Kau Yang Maha Esa
Maka tunjukkan nur kebenaran
Nur kebenaran
Di jalan yang terang
Di jalan yang terang

kenapa aku suka sangat dengan mamat ni???
kerana lagu dia sangat touching ok...
wat aku insaf dan menenagkan jiwa gitu..
so mari la kita dengar sama2 ye..
semoga dia dapat pahala atas usaha yang dilakukan,,
amin.. :)

nak download ??? klik link..



LAYANZZ...

16

assalamualaikum...
selamat pagi .. selamat hari Isnin...buang la 'monday blues' tu ...
semangat..chaiyok2...hehehe

ok la berbalik kepada tajuk ye...saja nak buat korang senyum di waktu pagi..kali ni aku nak cerita pasal saguhati perkahwinan Putera Wiliam.. mungkin korang akan geli tapi itulah realiti nya...hahaha..diorang nak bagi KONDOM...ini berita aku dapat dari Berita Harian

the couple...

LONDON: Sebuah syarikat mengambil kesempatan terhadap sambutan perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton, April ini dengan mengeluarkan kondom cenderahati.

Syarikat Crown Jewels Condoms of Distinction mengeluarkan pek sambutan khas yang memaparkan slogan: ‘Umpama perkahwinan diraja... satu peristiwa tidak dapat dilupakan.’
Beberapa pihak mengecam tindakan syarikat itu atas alasan ia tidak bersesuaian dengan acara yang dinanti-nantikan rakyat Britain itu. 

William yang juga juruterbang helikopter tentera dan pewaris kedua takhta akan berkahwin dengan Middleton, kekasihnya ketika di universiti pada 29 April ini di Westminster Abbey. 

Semua cenderahati tidak rasmi yang sudah dijangka seperti tuala minum teh, set pinggan mangkuk dan poskad dihasilkan dengan segera oleh pengeluar dan kondom kini termasuk dalam senarai baru. 

Seorang jurucakap Crown Jewels Condoms of Distinction, Hugh Pomfret, menegaskan ia adalah ‘satu cara unik untuk mengingati acara besar Britain.’ 
“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ia akan menjadi momento abadi satu perkahwinan bersejarah. 

“Didatangkan dalam warna ungu dan emas, setiap pek memaparkan gambar pasangan itu saling merenung mata satu sama lain, menyatakan ia mengandungi tiga ejen pencegahan, iaitu pelincir berlebihan dan penyokong menakjubkan. 

“Satu lukisan pasangan seperti mana yang mungkin kelihatan pada hari perkahwinan juga tertera pada pek berkenaan.” 

Persamaan wajah tidak begitu ketara, namun gaya dan pakaian kelihatan digayakan pada gambar rasmi pertunangan. – Agensi 

aku kata : diorang ni nak cegah pembuangan bayi..tak macam kat Malaysia...dah la buat maksiat...buang pulak bayi..yang rata2 ramai MELAYU dan ISLAM...fikir2 kan..kalau aku nak bagi sejadah kot,,,hihi

4

assalamualaikum...
selamat malam everyone..hehehe
hari ni..
pagi hujan..
petang hujan..
malam hujan lagi...
kat rumah aku hujan baru berhenti...
bukan nak merungut...
tapi korang tak rasa ke ??
bumi kita ni sangat kotor..
jadi hujan turun lama2 untuk bersihkan..


hujan pun macam tau2 je..
 aku tak cukup tido seminggu..
jadi oleh sebab hujan aku tido seharian 
pagi tido..
petang tido..
ni pun dah rasa mengantuk lagi..huhu

ok la korang...
sapa2 yang tinggal jejak tu esok pagi aku balas ye..
nak tidur puas2 hari ni..
gudnite everyone..
wasalam..

1

assalamualaikum...
selamat tengahari..selamat hari ahad...alhamdulilah kenduri semalam dah selamat dilangsungkan...gambar tak sempat nak edit..kan aku dah janji nak tunjuk makanan tradisional jawa kat korang semalam...atas sebab2 tertentu tak dapat nak tunjuk hari ni..

ok la terus kepada cerita kita hari ni..aku nak cerita pasal DD dan FK..sapa tu?? Diana Danielle dan Farid Kamil la...hehe...terkezut aku baca paper tadi..katanya diorang dah clash...tak percaya ???  ni aku tepekkan berita dari Utusan Online untuk korang baca..

Diana Danielle..

FARID KAMIL putuskan hubungan dengan kekasihnya Diana Danielle? Alamak, apa dah jadi ni? Musim artis putus cinta ke? Joyah baru berangan nak makan nasi minyak mereka.

Ye lah sebelum ini Joyah dengar mereka berdua ni dengar-dengarnya sudah bersepakat nak menuju ke fasa pernikahan.
Tup tup sekarang ni, sudah lain pula ceritanya ya. Apa pasal ni?

Khabarnya, Farid memutuskan hubungannya dengan Diana disebabkan sikap gadis itu sendiri yang macam budak-budak. Suka sangat cari pasal dan nak bertekak walau hal remeh-temeh.

Dan dalam hal ini, Joyah teringat pula dengan kata-kata bekas teman lelaki si Diana yang sebelum ini. Luah jejaka tampan itu pada Joyah satu ketika dulu, punca mereka putus pun disebabkan perangai Diana. Mula-mula bolehlah tahan.

Tapi, kalau dah bercinta dengan budak sekolah, kenalah banyak bersabar tau, jangan nak fikirkan emosi diri sendiri saja, kenalah faham tahap budak-budak berfikir. Dan ini juga mungkin siren kecemasan untuk Diana supaya ubah sikap dan jadi lebih baik. Tak gitu?

aku kata : tak apa lah...kalau ada jodoh tak ke mana...DD muda lagi lawa pulak tu ...banyak benda kena belajar...kalau nak aku boleh tolong ajarkan....ehehehehe.... :P
2

assalamualaikum...

holiday akhirnya....serius sibuk gile minggu ni...meeting sana meeting sini...esemen...kelas...test...tutorial...jumpa orang ni..orang tu..letih mak...hehehe...nasib baik la holiday 1minggu...ada la time nak bersantai - santai..UPDATE BLOG...(motif bold kan bagai.. )

time ni la aku nak update segala notes...revise balik (hopefully la...huhuhuh)

hari ni sebenarnya kat rumah aku ada kenduri kat rumah aku...kenduri 40 hari arwah atuk aku..time ni la nak jumpa sedara mara...buat makanan tradisional jawa..especially nasi ambeng dan ada satu lagi makanan tradisi yang mak aku nk introduce..aku pun tak tau ...kalau nak tau apa benda tu..stay tune..jap lagi aku update..

ok la orang dah datang nak tolong2 ni..
daa nanti update lagi ye..
6

assalamualaikum....
selamat pagi...eh..silap2 tengahari...maklumlah baru je bangun heheheh...kalau semalam aku cerita pasal majlis akad nikah...hari ni aku post pasal majlis resepsi Ayu Raudhah dan Zaquan Adha..aku bukan apa....just nak share berita pasal pelakon feveret aku dalam cerita Manjalara dulu...
ALOR SETAR: Sebanyak 11 khemah yang dipasang untuk kenduri kahwin aktres Ayu Raudhah dan pemain bola sepak Zaquan Adha di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar, di sini, Jumaat.
Majlis resepsi berkonsepkan alam fantasi itu dihadiri lebih 1,500 tetamu termasuk pihak keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan dan peminat.
Turut serta adalah aktres Zarynn Min dan pemain bola sepak Aidil Zafuan.
Justeru itu itu, makanan yang ditempah untuk seramai 1,200 tetamu terpaksa ditambah kerana tidak mencukupi.
"Saya tak sangka tetamu akan datang seramai ini. Sebab tak mahu menghampakan tetamu yang datang pada saat-saat akhir, kami menambah lagi makanan dan minuman," kata kakak Ayu, aktres Rozita Che Wan.
sweet kan???

Kebanyakan tetamu yang datang tidak melepaskan peluang bergambar dengan Rozita, Zarynn dan Aidil.
Sementara peluang bergambar dengan pasangan pengantin diberikan pada penghujung majlis setelah selesai upacara bersanding, menepung tawar dan memotong kek.
Zaquan mengenakan dua sut berwarna putih dan kelabu manakala Ayu mengenakan dua gaun berwarna putih dan merah jambu rekaan Rizman Ruzaini untuk upacara bersanding dan memotong kek.
Sebanyak dua pelamin yang direka khas oleh Ixora Prestige Bridal dan diselenggarakan oleh kakak Ayu, Jaja.
Ayu dan Zaquan bernikah di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat lalu.
p/s : aku punya sok nak pilih tema apa ye...???? takpa2 masih dalam perancangan...huhu
3

assalamualaikum...

petang ni saja aku nak kongsi pasal undang2 yang pelik dan kelakar yang ada kat dunia ni hehehe...

enjoy...





  • It is illegal for a driver to be blindfolded while operating a vehicle.




  • Dominoes may not be played on Sunday.



  • You may not drive barefooted.





  • It is illegal to maim oneself to escape duty.






  • It is illegal to impersonate a person of the clergy.






  • Women are able to retain all property they owned prior to marriage in the case of divorce. However, this provision does not apply to men.




  • Masks may not be worn in public.




  • Putting salt on a railraod track may be punishable by death.




  • Boogers may not be flicked into the wind.




  • Bear wrestling matches are prohibited.




  • It is legal to drive the wrong way down a one-way street if you have a lantern attached to the front of your automobile.




  • Men may not spit in front of the opposite sex.




  • Incestous marriages are legal.




  • It is illegal to wear a fake moustache that causes laughter in church.




  • You must have windshield wipers on your car.




  • You may not have an ice cream cone in your back pocket at any time.


    Anniston



  • You may not wear blue jeans down Noble Street.

    Jasper



  • It is illegal for a husband to beat his wife with a stick larger in diameter than his thumb.

    Lee County



  • It is illegal to sell peanuts in Lee County after sundown on Wednesday.

    Mobile





  • It is unlawful to wear women's pumps with sharp, high heels.




  • It is unlawful to howl at ladies inside the city limits.

    Montgomery



  • It is considered an offense to open an umbrella on a street, for fear of it spooking horses. (Repealed) 









  • 3

    assalamualaikum...
    selamat pagi ...lama tak berupdate blog ni..sibuk dengan test...pastu kelas lagi...haish...minggu depan ada lagi test..nasib baik mid break start jumaat minggu depan.. ada la ruang nak tarik nafas..huhuhu..letih sangat..
    ok la cukup dengan cerita aku,,cerita orang lain pulak...cerita pasal Ayu Raudhah yang dah selamat bergelar  isteri kepada Zaquan Adha semalam..maklumat lanjut..baca seterusnya...

    ALOR SETAR - Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon jelita, Ayu Raudhah Che Wan, 27, selamat diijab kabul dengan penyerang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak, 24, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini petang semalam.
    Pasangan yang bertunang pada 17 Oktober tahun lalu itu dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil berwalikan abang Ayu Raudhah, Roshidi, 32, dengan mas kahwin RM1,888 pada pukul 3.45 petang.
    Dengan sekali lafaz, pelakon drama Nur Kasih itu sah bergelar isteri kepada, Zaquan Adha.
    Pasangan itu kelihatan berseri dengan pakaian rona krim rekaan Man Kajang.
    p/s : diorang sudah..aku bila lagi...??? hehehe...T.U.N.G.G.U
    0

    assalamualaikum...
    ada berita panas dari seberang...yang ni pasal si Ariel Peterpan tu..
    nak tau lebih...?? baca la..

    Ariel dipaksa polis




    BANDUNG: Menjelang akhir perbicaraan kes penyebaran klip video lucah, peguam Ariel yakin vokalis kumpulan Peterpan itu akan dibebaskan hakim tidak lama lagi. Alasan diberi mereka adalah bagaimana penyanyi itu memberi pengakuan terhadap tuduhan dikenakan ke atasnya.



    Peguam bela Ariel, Alfian Bonjol, berkata penyanyi itu memberi pengakuan dalam keadaan dipaksa pihak berkuasa.

    “Ariel dituduh membantu menyebarkan klip video lucah itu dan dia dipaksa untuk mengakuinya. “Setakat ini tiada bukti dia membantu menyebarkan klip itu tetapi masih dipaksa untuk mengaku,” katanya selepas mahkamah selesai sidang semalam.


    Ariel yang popular dengan lagu Ada Apa Denganmu itu didakwa menyebar klip video lucah memaparkan dirinya mengadakan hubungan seks dengan dua selebriti televisyen Indonesia, Cut Tari dan Luna Maya.

    Sebelum dikenakan tuduhan di mahkamah, pihak pendakwa yakin Ariel bersalah kerana banyak bukti terhadapnya diperoleh.

    Pendakwa juga berkata, Ariel banyak berhelah ketika disoal siasat berbanding Cut Tari yang terus mengaku mengadakan hubungan intim dengan penyanyi itu.

    Kata Alfian, Ariel berbelit ketika disoal balas kerana dia tidak terbabit menyebarkan klip video berkenaan.

    Katanya, klip video itu tersebar secara tidak sengaja dan dieksploitasi orang lain.

    “Justeru kami yakin Ariel akan dibebaskan,” katanya.

    Sementara itu, pendakwa berpendapat, hakim wajar menolak semua hujah pembelaan Ariel dan layak dipenjara lima tahun. - Agensi


    p/s : kesimpulannya jangan la korang semua terlibat dengan benda2 tak senonoh ni ...tengok macam si Ariel ni..jatuh dah reputasi...hancus berkubur... 
    0

    assalamualaikum..
    selamat pagi..sambil2 aku browse paper online..aku tertarik dengan satu laporan.. ini berita pilihan aku pagi ni..baca la ye..

    JOHOR BAHRU: Seorang ibu hanya mampu menangis pilu melihat bayi perempuannya berusia 26 bulan yang ditunggu-tunggu untuk menikmati makan malam bersama, rupa-rupanya terbujur kaku akibat lemas dalam besen di bilik air rumah mereka di Senai, dekat sini malam kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam di Kampung Baru Senai itu, Chali Lek Kuan ditemui ibunya berusia 40-an yang bergegas mencari anak bongsunya itu selepas panggilan tidak disahut.

    Sebelum kejadian, mangsa ditinggalkan bersama abang dan kakaknya yang berusia tujuh dan lima tahun, bermain dalam bilik tidur utama rumah dua tingkat terbabit sementara ibu menyediakan makan malam, manakala bapa mereka yang juga berusia 40-an masih belum pulang dari kerja.
    Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata abang dan kakak mangsa kemudian dikatakan keluar dari bilik itu untuk bermain di ruang tamu tingkat atas, meninggalkan adik mereka bersendirian di dalam bilik. 

    Tidak lama selepas itu, ibu mereka memanggil tiga anaknya untuk makan malam tetapi mula curiga apabila anak bongsunya tidak menyahut. Dia kemudian bergegas mencari anak bongsunya sebelum menemui mangsa dalam besen yang dipenuhi air dalam keadaan tidak sedarkan diri, katanya.

    Zulkefly berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan kecemasan, namun disahkan sudah meninggal dunia akibat lemas dengan siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai terendam dalam besen terbabit antara 10 hingga 15 minit sebelum ditemui.

    Abang dan kakak mangsa juga dipercayai tidak menyedari kejadian malang itu kerana leka bermain, katanya sambil menambah kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut. 
    Beliau berkata, polis percaya mangsa berusaha untuk keluar dari dalam besen itu namun gagal menyebabkannya tertelan banyak air sebelum lemas. 


    aku kata: kalau ada antara korang yang ada anak buah ke anak sendiri ke..pastikan diorang selalu ada dalam pengawasan..kalau dah jadi macam ni menyesal pun tak guna..bukan nak salahkan sapa2..tapi ambil ini sebagai pengajaran...
    6

    assalamualaikum..
    hari ni baca paper online nampak berita kat bawah ni..
    baca la ye.. 

    BAM balas surat minta Misbun pertimbang semula keputusan letak jawatan




    ANDAI tindakan terbaru yang diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ditafsirkan, jelas badan induk itu tidak mahu kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek terus berpanjangan.

    Semalam, BAM dilaporkan menghantar surat rasmi kepada Misbun yang ditandatangani presiden badan induk itu, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, meminta jurulatih itu mempertimbangkan semula peletakan jawatannya.

    Menurut sumber dalaman BAM, antara isi kandungan surat itu mengajak Misbun berganding bahu semula demi kepentingan negara memburu kegemilangan di Sukan Olimpik London 2012 dan mendapatkan tarikh bagi mengadakan pertemuan dengannya.
    Surat itu dikatakan susulan daripada keputusan mesyuarat Exco BAM Rabu lalu yang meminta Misbun mempertimbangkan semula peletakan jawatannya yang dihantar menerusi emel kepada badan induk itu, 31 Disember lalu.

    Dalam reaksi pertamanya susulan keputusan BAM itu, Misbun bagaimanapun mahu badan induk itu membalas semula suratnya terlebih dulu.

    Misbun yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

    Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan lagi bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh, katanya. 
    Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, melahirkan keyakinan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu boleh diselesaikan andai semua pihak ada semangat tolak ansur.

    Mungkin Misbun ada salah dan pegawai BAM juga ada salah, tetapi jika masing-masing berkompromi dan mempunyai semangat tolak ansur, saya yakin tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, katanya.

    Dia berkata, masing-masing mempunyai peranan tetapi pasti ada jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut itu demi kepentingan negara dan badminton keseluruhannya. 

    p/s : aku tak sokong mana2 yang penting badminton Malaysia perform...masing2 ada alasan sendiri untuk buat macam tu...kalau betul nak selesai..alhamdulilah..
    2


    assalamualaikum...
    setelah lama blog ni tak ber update hari ni aku kembali lagi untuk join segmen En Ben ni nak join klik nama beliau ye....rasa cam ada kena mengena dengan aku je...ye la dah nama pun study kt 'U' bkn u lain hehehe

    ok ni utk jawab soalan die...

    Belajar mana??jurusan?? tahun??
    belajar kat universiti Islam Antarabangsa UIA..@
    International Islamic Universiti Malaysia

    jurusan Undang2..tahun dua semester 1

    Asal mana??umur??
    asal Banting Selangor..umur hampir 21...jap lagi boleh mengundi..hehe

    Kenapa ambil jurusan tu???
    sebab boleh buat banyak duit..jujur gile jawapan...aku suka bercakap lawyer kan banyak cakap..

    cita-cita pheeewiiit..
    nak jadi peguam/ hakim negara...takpun penasihat undang2 PM ..haha angan2 biar la tinggi.. =)



    ok dah habis...
    10

    assalamualaikum...

    nak kawen ke?? sabar.. lambat lagi..baca ni dulu...


    Ambil kuiz uji keserasian sebelum kahwin



    2011/01/08

    LONDON: Sebuah firma guaman Britain menyarankan pasangan kekasih menjawab soalan kuiz keserasian sebelum berkahwin. 

    Ujian keserasian oleh peguam Bross Brennett, memberi tumpuan utama kepada persoalan membabitkan kewangan, hubungan keluarga, kanak-kanak dan aspirasi yang sering menjadi masalah dikalangan pasangan sehingga mengakibatkan perceraian.
    Pasangannya, Ruth Bross membandingkan jawapan kuiz itu dengan pertimbangan dan penyelidikan yang dibuat oleh majikan sebelum mengambil seseorang bekerja dengannya.
    “Tiada orang yang benar-benar komited dalam hubungannya akan memberi jawapan palsu yang ditanya kepada mereka, jika mereka berbuat demikian, anda mungkin bertanya mengapa,” kata Ruth dalam satu e-mel mengandungi soalan kuiz itu. 

    Soalan kuiz membabitkan aset dan berapa banyak yang mereka sedia berkongsi, jenis perhubungan yang mereka mahukan dengan rakan dan anggota keluarga, sama ada mereka mahu anak, pandangan terhadap agama, hobi masa lapang dan rancangan kerjaya. – Reuters 



    p/s: tak semestinya dah lama bersama tu..anda serasi..even masuk rancangan Sehati Berdansa pun bercerai gak last2 kan??? hehee..boleh ditiru ni..kalau tak lulus ujian keserasian...merana la korang tak kawen.. :)
    6