Menu

BAM vs Misbun..terkini..

assalamualaikum..
hari ni baca paper online nampak berita kat bawah ni..
baca la ye.. 

BAM balas surat minta Misbun pertimbang semula keputusan letak jawatan




ANDAI tindakan terbaru yang diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ditafsirkan, jelas badan induk itu tidak mahu kemelut peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek terus berpanjangan.

Semalam, BAM dilaporkan menghantar surat rasmi kepada Misbun yang ditandatangani presiden badan induk itu, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, meminta jurulatih itu mempertimbangkan semula peletakan jawatannya.

Menurut sumber dalaman BAM, antara isi kandungan surat itu mengajak Misbun berganding bahu semula demi kepentingan negara memburu kegemilangan di Sukan Olimpik London 2012 dan mendapatkan tarikh bagi mengadakan pertemuan dengannya.
Surat itu dikatakan susulan daripada keputusan mesyuarat Exco BAM Rabu lalu yang meminta Misbun mempertimbangkan semula peletakan jawatannya yang dihantar menerusi emel kepada badan induk itu, 31 Disember lalu.

Dalam reaksi pertamanya susulan keputusan BAM itu, Misbun bagaimanapun mahu badan induk itu membalas semula suratnya terlebih dulu.

Misbun yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan lagi bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh, katanya. 
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, melahirkan keyakinan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu boleh diselesaikan andai semua pihak ada semangat tolak ansur.

Mungkin Misbun ada salah dan pegawai BAM juga ada salah, tetapi jika masing-masing berkompromi dan mempunyai semangat tolak ansur, saya yakin tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, katanya.

Dia berkata, masing-masing mempunyai peranan tetapi pasti ada jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut itu demi kepentingan negara dan badminton keseluruhannya. 

p/s : aku tak sokong mana2 yang penting badminton Malaysia perform...masing2 ada alasan sendiri untuk buat macam tu...kalau betul nak selesai..alhamdulilah..

2 comments:

  1. lame giler da x bersukan nie..ehehe...

    ReplyDelete
  2. @niesz : saya slalu bersukan dalam game je..bole gak kan??hehe

    ReplyDelete