Menu

lemas dalam besen

assalamualaikum..
selamat pagi..sambil2 aku browse paper online..aku tertarik dengan satu laporan.. ini berita pilihan aku pagi ni..baca la ye..

JOHOR BAHRU: Seorang ibu hanya mampu menangis pilu melihat bayi perempuannya berusia 26 bulan yang ditunggu-tunggu untuk menikmati makan malam bersama, rupa-rupanya terbujur kaku akibat lemas dalam besen di bilik air rumah mereka di Senai, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam di Kampung Baru Senai itu, Chali Lek Kuan ditemui ibunya berusia 40-an yang bergegas mencari anak bongsunya itu selepas panggilan tidak disahut.

Sebelum kejadian, mangsa ditinggalkan bersama abang dan kakaknya yang berusia tujuh dan lima tahun, bermain dalam bilik tidur utama rumah dua tingkat terbabit sementara ibu menyediakan makan malam, manakala bapa mereka yang juga berusia 40-an masih belum pulang dari kerja.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata abang dan kakak mangsa kemudian dikatakan keluar dari bilik itu untuk bermain di ruang tamu tingkat atas, meninggalkan adik mereka bersendirian di dalam bilik. 

Tidak lama selepas itu, ibu mereka memanggil tiga anaknya untuk makan malam tetapi mula curiga apabila anak bongsunya tidak menyahut. Dia kemudian bergegas mencari anak bongsunya sebelum menemui mangsa dalam besen yang dipenuhi air dalam keadaan tidak sedarkan diri, katanya.

Zulkefly berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan kecemasan, namun disahkan sudah meninggal dunia akibat lemas dengan siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai terendam dalam besen terbabit antara 10 hingga 15 minit sebelum ditemui.

Abang dan kakak mangsa juga dipercayai tidak menyedari kejadian malang itu kerana leka bermain, katanya sambil menambah kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut. 
Beliau berkata, polis percaya mangsa berusaha untuk keluar dari dalam besen itu namun gagal menyebabkannya tertelan banyak air sebelum lemas. 


aku kata: kalau ada antara korang yang ada anak buah ke anak sendiri ke..pastikan diorang selalu ada dalam pengawasan..kalau dah jadi macam ni menyesal pun tak guna..bukan nak salahkan sapa2..tapi ambil ini sebagai pengajaran...

6 comments:

  1. http://myraayreenmurshemellow.blogspot.com/

    Chakk Chakk ... laga laga pp dulu .. me datang Menjenguk .. sambil bace bace Entry yang very the buggy and buzz nih .. hehehe ..

    hit me back okey dear ..

    NotaGedik : macam mana lah ibu ni jaga anak .. :s

    ReplyDelete
  2. heheeh...thanks sudi jenguk..tu lak bak kata orang buat anak pandai...jaga anak x reti.. :)

    ReplyDelete
  3. Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

    - Daniel

    ReplyDelete
  4. Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

    - Daniel

    ReplyDelete
  5. http://myraayreenmurshemellow.blogspot.com/

    Chakk Chakk ... laga laga pp dulu .. me datang Menjenguk .. sambil bace bace Entry yang very the buggy and buzz nih .. hehehe ..

    hit me back okey dear ..

    NotaGedik : macam mana lah ibu ni jaga anak .. :s

    ReplyDelete