Menu

kondom saguhati perkahwinan ???

assalamualaikum...
selamat pagi .. selamat hari Isnin...buang la 'monday blues' tu ...
semangat..chaiyok2...hehehe

ok la berbalik kepada tajuk ye...saja nak buat korang senyum di waktu pagi..kali ni aku nak cerita pasal saguhati perkahwinan Putera Wiliam.. mungkin korang akan geli tapi itulah realiti nya...hahaha..diorang nak bagi KONDOM...ini berita aku dapat dari Berita Harian

the couple...

LONDON: Sebuah syarikat mengambil kesempatan terhadap sambutan perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton, April ini dengan mengeluarkan kondom cenderahati.

Syarikat Crown Jewels Condoms of Distinction mengeluarkan pek sambutan khas yang memaparkan slogan: ‘Umpama perkahwinan diraja... satu peristiwa tidak dapat dilupakan.’
Beberapa pihak mengecam tindakan syarikat itu atas alasan ia tidak bersesuaian dengan acara yang dinanti-nantikan rakyat Britain itu. 

William yang juga juruterbang helikopter tentera dan pewaris kedua takhta akan berkahwin dengan Middleton, kekasihnya ketika di universiti pada 29 April ini di Westminster Abbey. 

Semua cenderahati tidak rasmi yang sudah dijangka seperti tuala minum teh, set pinggan mangkuk dan poskad dihasilkan dengan segera oleh pengeluar dan kondom kini termasuk dalam senarai baru. 

Seorang jurucakap Crown Jewels Condoms of Distinction, Hugh Pomfret, menegaskan ia adalah ‘satu cara unik untuk mengingati acara besar Britain.’ 
“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ia akan menjadi momento abadi satu perkahwinan bersejarah. 

“Didatangkan dalam warna ungu dan emas, setiap pek memaparkan gambar pasangan itu saling merenung mata satu sama lain, menyatakan ia mengandungi tiga ejen pencegahan, iaitu pelincir berlebihan dan penyokong menakjubkan. 

“Satu lukisan pasangan seperti mana yang mungkin kelihatan pada hari perkahwinan juga tertera pada pek berkenaan.” 

Persamaan wajah tidak begitu ketara, namun gaya dan pakaian kelihatan digayakan pada gambar rasmi pertunangan. – Agensi 

aku kata : diorang ni nak cegah pembuangan bayi..tak macam kat Malaysia...dah la buat maksiat...buang pulak bayi..yang rata2 ramai MELAYU dan ISLAM...fikir2 kan..kalau aku nak bagi sejadah kot,,,hihi

4 comments:

  1. salam...

    tumpang lalu tuan tanah...
    dah polow :-)

    ReplyDelete
  2. salam..
    thanks..
    da follow gak..

    ReplyDelete
  3. salam..
    thanks..
    da follow gak..

    ReplyDelete
  4. salam...

    tumpang lalu tuan tanah...
    dah polow :-)

    ReplyDelete