Menu
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Dalam masa ekonomi gawat ni semua orang sibuk bekerja untuk hidup. Tapi kadang2 kita lupa kalau hidup terlampau sibuk sangat dengan kerja kang boleh mati dalam stress. Kesian tu. Tak dapat merasa duit hasil kerja keras sendiri.

Dah, meh aku share tips menuju ke arah status kewangan yang sihat. Financial freedom orang kata.

1. Menyimpan setakat yang termampu setiap bulan. Paksa diri untuk simpan. Tolak secara automatik dari gaji masuk dalam satu akaun lain. Sikit pun jadi la. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

2. Ambik plan perlindungan. Masa tengah sihat ni la. Mana tau nanti kalau tiba tiba sakit. Senang bila dah ada cover ni. Tapi kena baca dan faham betul2 la. Jangan pakai hentam je. Nanti jadi apa-apa susah. Untuk lebih details baca sini. 



3. Join pelaburan. Sekarang ni banyak je pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan syarak. Mana tau tiba-tiba kena buang kerja ke apa at least ada sikit back up simpanan dan pelaburan. Ini ada contoh pelaburan yang boleh kita join 

4. Displin. Hati kena kental. Simpan duit ni kena konsisten gitu. Jangan hangat-hangat tahi ayam je. Kalau boleh sesekali reward diri sendiri atas kerajinan kita menyimpan.

5. Fikir panjang. Ada yang tanya buat apa nak simpan duit? Bukan boleh bawak mati. Ye betul. Tapi sementara nak tunggu mati tu kena ada simpanan bekalan hidup atas dunia.

Dah tu je nak share. Semoga dengan poket yang sihat hidup kita lebih tenang.


0

Tips penjimatan petrol  | Fakta bukan auta...

Assalamualaikum...hari ni aku nak bagi tips penjimatan petrol...ada pengumuman yang subsidi petrol Ron 95 dan diesel ditarik balik ni aku rasa topik ni wajar untuk aku share kat korang semua...boleh la bagi tau mereka2 yang menggunakan petrol ni supaya dapat sama2 berjimat cermat duit tu boleh disimpan dan boleh la dibuat untuk kahwen...hehehe...ni aku share 20 tips untuk jimat jimat minyak...mari lah sama2 dibaca agar mendapat manfaat...


 #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu
sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak
cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu
panas siang hari yang banyak wap sahaja.
Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu
tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan
membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol
anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan
mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.


 #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan)
supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke
dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap
petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.


 #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana
lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda
akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih
optimum.


 #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang
tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan
berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak dua peratus.


 #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti
betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima
peratus kerana geseran lebihan.


 #6

Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk
meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50
peratus. Jangan malas check tahap palam
pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa
secara berkala.


 #7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih
jimat minyak digunakan (dan tidak disaman).
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan
meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j,
penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j
(15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi
banyak minyak dibakar.


 #8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar
menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin
ketika kenderaan tidak bergerak..


 #9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan
kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan
tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu
menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda
memilikinya.


 #10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti,
perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Elakkan brek mengejut.


 #11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan
masa, wang dan mengelakkan tekanan.
Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn
memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn
pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh
singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.
So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta
lagi.. minyak pun save...


 #12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana
ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40
peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau
motosikal saja berbanding kereta.


 #13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk..
atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai
destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10%
apabila menggunakan aircond.


 #14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh
perlu bijak tekan pedal accelerator dengan
berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa
bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks
dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang
Circuit...


 #15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk
melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda
akan bertambah geseran dan perlahan dan
menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk
bergerak.


 #16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak
hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan
utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis
terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi
mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan
minyak daripada manual.


 #17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa
diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual
- selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan
juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk
memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene
tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.


 #18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat
setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk
warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.


 #19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah
semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga
kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah
kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.
Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana
jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan
bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh.
Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk
letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit.
Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran
berbanding petrol biasa.


 #20
Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive
income anda...
Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu
mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol
kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan
perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable,
maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang
sekiranya harga petrol naik lagi.. Passive income aku ada kat sini dan sini



~SEKIAN~
10

ini bukan entri luahan perasaan...yes...aku memang benci pembohong... bukan apa di kala petang yang indah dan permai ni...sewaktu aku berjalan- jalan kat FB nampak pulak member aku share pasal tanda2 berbohong...so sebagai peringatan bersama aku share kat sini..



Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

aku kata : lepas ni kita berhati - hati la dengan pembohong ni...jangan terpedaya dengan manusia jenis macam ni... ingat tu !!!


"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i dari Anas

9

haaa...laju je tangan tu klik ye...
nak tau apa yang basah?
tengok sendiri...


hehehe kesian pun ada lawak pun ada kan ???
kalau korang berada dalam situasi macam kat atas tu..sila amalkan tips pencegahan jenayah di bawah..
sori la kali ni tips dalam bahasa omputeh...malas nak translate..blaja sikit..english education tu penting kihkih ^_^


You can minimize your chances of becoming a victim of purse snatching by following this simple rule:
Ø Do not carry a shoulder bag over your shoulder. This makes it easy for a suspect to grab the bag, knock down and cause bodily injury.

Ø Carry a small clutch-type handbag underneath your arm. This will minimize the chance of bodily injury from occurring in the event of a purse snatch.

Ø Do not carry large sums of money, valuable jewellery or all of your identification in your purse.

Ø Carry only what you plan to use for the day. This includes one check rather than the whole check book or one credit card.

Ø Do not walk with your purse dangling from your person.

Ø Do not leave your purse in shopping carts or on counters.
The most frequent areas for purse snatching are bus stops, grocery stores, and shopping centre parking lots.
The harder you make it, the less likely you are to become a victim of a crime.
p/s : elakkan diri anda dari menjadi mangsa perampok..pencopet dan sebagai nye..
4

orang kata ...tak kedekut tak kaya kan...so di musim raya ni aku nak bagi tips kat korang2 semua supaya dapat berjimat cermat setelah pokai akibat membeli persiapan berhari raya..biar papa asal bergaya katanya..

so tanpa banyak membebel imi la tips2 yang aku mau kongsi..

1) sorang tetamu bagi segelas je air..yang paling kritikal sekali segelas share tuk 2 orang..

2)  bagi minum air mati...disamping berjimat dapat mengurangkan risiko kencing manis..

3) hidangkan kek lapis mengikut lapis2 yang ada pada kek tersebut..

4) letak kuih yang sama dalam segala bekas kuih yang ada

5) pegi berjalan -jalan naik beskal tak payah naik kete dapat jimat petrol menyihatkan badan

6) letak kuih seketul je dalam bekas kuih...ala2 sample gitu...sapa nak 2 singgit haha..

7) bagi duit raya beserta dengan nota .. "SILA BAYAR BALIK DUIT RAYA NI SETELAH BEKERJA KELAK"

~sekian tips2 penjimatan dari cicit Haji Bakhil~
hahahaahaha
3