Menu

AKU BENCI PEMBOHONG !!! | TANDA - TANDA MANUSIA BERBOHONG

ini bukan entri luahan perasaan...yes...aku memang benci pembohong... bukan apa di kala petang yang indah dan permai ni...sewaktu aku berjalan- jalan kat FB nampak pulak member aku share pasal tanda2 berbohong...so sebagai peringatan bersama aku share kat sini..



Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

aku kata : lepas ni kita berhati - hati la dengan pembohong ni...jangan terpedaya dengan manusia jenis macam ni... ingat tu !!!


"Tanda orang munafik ada tiga; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia menyalahi janji dan apabila dipercayai ia berkhianat."

Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasa'i dari Anas

9 comments:

  1. hoho bru tau,,,
    ok,, akn prhtikan org lps nih.. kot2 ad tanda2 cm nih

    ReplyDelete
  2. freaky pandai berbohong.. mampu kawal gerakan mata dan gagap. haha bajet

    ReplyDelete
  3. lepas ni kena perhatikan org betul2 ni..hehe

    ReplyDelete
  4. ada lagi 1 salim yg tang mata tu...kalau dia bergerak ke kanan or kiri, maksudnya dia berbohong, tak ingatlah...

    ReplyDelete
  5. hahahh.. setuju sgt ngan entri ni..

    ReplyDelete
  6. kalo yg idong tu dah mcm habbit cemane . he he

    ReplyDelete
  7. ni nak kena check ni if ada orang bohong nelly ..kih2 ~

    ReplyDelete
  8. Betul tu..haha..suka bawah sekali tu :D

    ReplyDelete
  9. ak ni xpndai bab2 komunikasi ni..n ak de mslh gagap bile bckap dgn bos2..adakah ak seorg penipu??

    ReplyDelete