Menu

Lazada Penipu? | Pengalaman Membeli Belah Bersama Lazada


Lazada Penipu? | Pengalaman Membeli Belah Bersama Lazada. Alkisah. Masa Lazada buat Jualan Hebat 11/11 tu aku berkenaan untuk beli beberapa barang. Salah satunya adalah Beats Pro.

Ini adalah iklan yang dipaparkan dalam website diorang. 


Yang aku dapat....



Baru pegang sikit dah tanggal kusyen kat telinga tu. Siap nampak kesan gam meleleh. Aku macam what the fish. Kot ye pun nak fake aku aku boleh terima lagi. Jangan la kualiti macam ayam. RM 150 punya barang. Gila aku. Angin naik satu badan. Malas aku nak banyak cerita suruh bapak aku gam. Bapak ah.Kalau refund lagi banyak cekadak nanti.

Aku macam trauma sekarang ni nak beli barang dari Lazada ni. Kualiti barang dia meragukan. Delivery cepat kemain. 2 hari dah sampai. Tapi kualiti barang HANCUS. Lazada ni iklan dia dasyat di alam maya. Tak sangka pulak kualiti tak setanding iklan yang digembar gemburkan. Make sure la kualiti barang tu dulu. Sadis.

Bagi aku yang OKU ni shopping online ni memudahkan. Disebabkan terpengaruh kepada iklan aku beli. Lagipun senang tak payah banyak gerak. Aku rasa macam nak saman Lazada ni.

Pendek kata LAZADA, AKU  SERIK. CUKUP. NO MORE.


13 comments:

  1. Lar..teruknya..baru ingt nk order brg..adoii..xde rzeki la tu

    ReplyDelete
  2. Setakat ni,ok lagi pernah beli bag... Murah... Harga kat luar tu lagi mahal... Ni mungkin supplier dia. Sebab ada dua jenis, satu direct lazada supply. Satu lagi hanya menggunakan platform lazad jer...

    ReplyDelete
  3. Ada warranty tak? Buleh claim kot

    ReplyDelete
  4. saman je bila bukti dah ada bro.

    ReplyDelete
  5. teruknye sampai macam tuh sekali..harga pulak bukan murah..

    ReplyDelete
  6. Pernah beli camera...OK je...xde rezeki kot...org kata kalau kat lazada jgn beli brg mahal2...sbb company besar.jadi pape xlh nak refund n ect...emmm..sabar ek

    ReplyDelete
  7. Mahal juga tu harga, aku beli RM50 tahan je pakai. beli kat pasar malam je,. haha

    ReplyDelete
  8. yeke..mybe gadjet je kot brg lain ok..lum pernah shopping tp namapk cm en suami dh beli powerbank dr lazada..

    ReplyDelete
  9. weiiiiiiii.... ko tak try call dorg ke apa ke..bengkeknya weiiiiiiiii !!!!!

    ReplyDelete
  10. byk jugak bc komplen brg lazada ni.. sbb tu la deno takut nak beli brg online

    ReplyDelete
  11. boleh return balik la bro...kata barang x elok..saya dh beli brg kat Lazada 4 kali..okay ja..

    ReplyDelete
  12. Saya pun beli barang di lazada pertama kali beli sungguh mengecewakan barang yang sampai betul tapi tak lengkap .bila dibuat aduan pun tak dapat selesaikan masalah ini .saya betul-betul kecewa .betul kata teman2 saya fikir dulu sebelum beli bila dah terkena batang hidung sendiri baru tahu .betul -betul menyesal beli kat lazada

    ReplyDelete
  13. Sayapun ada beli sehelai cadar hari tu. Harganya so-so lah. Tengokkan gambar dan promosi online tu bukan main hebat dan berkualiti. Tapi bila sampai di tangan barangnya aduh mak, cap kodi sungguh. Tak sanggup nak pasang kat katil kita ... Harap Lazada hanya jual barang berkualiti je ...

    ReplyDelete