Lazada Penipu? | Pengalaman Membeli Belah Bersama Lazada. Alkisah. Masa Lazada buat Jualan Hebat 11/11 tu aku berkenaan untuk beli beberapa barang. Salah satunya adalah Beats Pro.
Ini adalah iklan yang dipaparkan dalam website diorang.
Baru pegang sikit dah tanggal kusyen kat telinga tu. Siap nampak kesan gam meleleh. Aku macam what the fish. Kot ye pun nak fake aku aku boleh terima lagi. Jangan la kualiti macam ayam. RM 150 punya barang. Gila aku. Angin naik satu badan. Malas aku nak banyak cerita suruh bapak aku gam. Bapak ah.Kalau refund lagi banyak cekadak nanti.
Aku macam trauma sekarang ni nak beli barang dari Lazada ni. Kualiti barang dia meragukan. Delivery cepat kemain. 2 hari dah sampai. Tapi kualiti barang HANCUS. Lazada ni iklan dia dasyat di alam maya. Tak sangka pulak kualiti tak setanding iklan yang digembar gemburkan. Make sure la kualiti barang tu dulu. Sadis.
Bagi aku yang OKU ni shopping online ni memudahkan. Disebabkan terpengaruh kepada iklan aku beli. Lagipun senang tak payah banyak gerak. Aku rasa macam nak saman Lazada ni.
Pendek kata LAZADA, AKU SERIK. CUKUP. NO MORE.
Lar..teruknya..baru ingt nk order brg..adoii..xde rzeki la tu
ReplyDeleteSetakat ni,ok lagi pernah beli bag... Murah... Harga kat luar tu lagi mahal... Ni mungkin supplier dia. Sebab ada dua jenis, satu direct lazada supply. Satu lagi hanya menggunakan platform lazad jer...
ReplyDeleteAda warranty tak? Buleh claim kot
ReplyDeletesaman je bila bukti dah ada bro.
ReplyDeleteteruknye sampai macam tuh sekali..harga pulak bukan murah..
ReplyDeletePernah beli camera...OK je...xde rezeki kot...org kata kalau kat lazada jgn beli brg mahal2...sbb company besar.jadi pape xlh nak refund n ect...emmm..sabar ek
ReplyDeleteMahal juga tu harga, aku beli RM50 tahan je pakai. beli kat pasar malam je,. haha
ReplyDeleteyeke..mybe gadjet je kot brg lain ok..lum pernah shopping tp namapk cm en suami dh beli powerbank dr lazada..
ReplyDeleteweiiiiiiii.... ko tak try call dorg ke apa ke..bengkeknya weiiiiiiiii !!!!!
ReplyDeletebyk jugak bc komplen brg lazada ni.. sbb tu la deno takut nak beli brg online
ReplyDeleteboleh return balik la bro...kata barang x elok..saya dh beli brg kat Lazada 4 kali..okay ja..
ReplyDeleteSaya pun beli barang di lazada pertama kali beli sungguh mengecewakan barang yang sampai betul tapi tak lengkap .bila dibuat aduan pun tak dapat selesaikan masalah ini .saya betul-betul kecewa .betul kata teman2 saya fikir dulu sebelum beli bila dah terkena batang hidung sendiri baru tahu .betul -betul menyesal beli kat lazada
ReplyDeleteSayapun ada beli sehelai cadar hari tu. Harganya so-so lah. Tengokkan gambar dan promosi online tu bukan main hebat dan berkualiti. Tapi bila sampai di tangan barangnya aduh mak, cap kodi sungguh. Tak sanggup nak pasang kat katil kita ... Harap Lazada hanya jual barang berkualiti je ...
ReplyDelete