Menu

Assalamualaikum

Sedih bila baca berita pasal budak OKU yang dibiarkan kurus kering tak makan tu.

Aku alhamdulillah cukup makan dan sekeliling ada orang sayang.

Jadi oku ni bukan minta dimanja...

Bukan simpati..

Bukan jugak layanan vvip.

Cuma mahu yang ada lebih minda..mata...tangan dan kaki bagi sokongan untuk kitorang terus hidup..

Kadang2 gua jadi bumblebee (pakai tongkat)

Selalu gua jadi professor x (drive ferrari)

Lol.

Pasal apa Allah bagi sikit kurang kat OKU ni?

Sebab Allah nak yang sedia lengkap ni syukur dengan apa yang mereka ada dan tolong orang lain pulak..

Rasa susah?

Ingat bila satu hari nanti Allah tarik satu nikmat tu..korang semua tak ada beza dengan yang oku ni.


Gitu la pose ala2 Imam muda katanya. 

1

Assalamualaikum.

Kadang anak ni lupa...

Dulu dia dicinta sama bonda sama bapaknya...

Bila jumpa cinta baru terus lupa sorga tu letak kaki siapa..

Redho Allah itu ada pada siapa...

***************************************

Kadang mak bapak ini juga lupa..

Anak ini ada pada zaman apa..

Mereka didik dulu bagaimana..

Didik anak itu sesuai pada zaman..

Bukan ikut secukup rasa..



p/s : sedih la aku tengok si Amy Search sama Nabila Huda ni. Dua dua salah. Bapa sama anak bergaduh kat laman sosial bagi satu dunia tau. Pasal lelaki.  

p/s : cuma mau ingatkan diri sendiri sama korang sekali..cinta yang sampai sorga tu cinta yang direstui dan diredhai semua pihak lagi2 mak bapak. Tampal lekat tu dalam kepala. Jangan lupa.
0

Assalamualaikum.

Tajuk macam telenovela.

Memang itu la yang terjadi pagi tadi.

Pasukan Spain juara bertahan World Cup 2010 telah tumpas di kaki Chile 2-0

Sebelum ni dibantai 5-1 oleh Oranje.

Itu lah orang kata bola tu bulat. Kalau 4 tahun lepas juara tak mesti nya boleh jadi juara sekali lagi.

Tak dapat piala jadi pasukan Spain dapat ini je la....


Kehkeh. Kesian. 

Jadi begini lah perihal World Cup 2014 Brazil.

p.s : ada cakap2 nakal punca Spain kalah sebab Datuk Seri Najib sokong...saya..oops..no komen. 

1

Assalamualaikum.

Aku ini sekarang ada dalam mode gelabah petala kelapan.

Esok tanggal 12 malam result akan diumumkan.

Gila gelabah weh.

Final exam yang terakhir seyh.

Tak mahu aku stuck lagi dalam UIA tu.

Member semua dah grad, kerja, kawen beranak pinak.

Aku teringin gak nak rasa semua tu.

Doakan aku eh semua.


2

Assalamualaikum.

Speechless. Memang sesuai sangat.

Bila baca cerita seorang lelaki kutip cebisan daging isterinya yang maut dalam kemalangan.

Ini nama dia setia hujung nyawa betul.

Bukan rekaan. 




0

Assalamualaikum.

Eh hari ni hari bapa lah. Korang dah wish?

Aku sudah. Wish semalam. Advance sehari.

Anak soleh. Biasa lah wish awal. Kahkahkah. Perasan.

Walaupun ayah nampak garang dan poyo...tapi kan dalam hati ada taman beb.

Kalau la nak compare antara mama dengan ayah harus la aku akan cakap ayah lebih sayang aku sebenarnya.

Walau pada zahirnya kelihatan seperti singa veteran dan menyeramkan.

Mintak lah apa2 kalau ada rezeki lebih kompom dapat. Kadang2 emak pun naik jeles dibuatnya.

Kadang2 over protective jugak. Kalah mak aku. Haish.

Betul kata orang. Sayang tu bukan cuma diucap kat bibir je.  Dibuktikan dengan perbuatan.

Biasalah lelaki. Ego.

Apa apa pun selamat hari Bapa Ayah. Semoga dirahmati Allah sentiasa.

Love you :)

Ni gambar Ayah saya yang hensem. Diambil masa sahur bulan puasa tahun lepas. :P

0

Assalamualaikum.

Yaa..Aku dah habis degree. Sekarang ni tengah cuti. Happy dalam cuak tunggu result weh. Ngeri. Ada subjek yang aku tak berapa nak confident nak lepas. Ahh..tawakkal sudah. Yang penting sudah usaha habis baik.

Semester kali ni dimulakan dengan feeling yang sangat down akibat member yang lain semua dah grad tinggal aku je yang tak habis lagi. dah la tu coursework, assignments, trial melambak boleh gila dibuatnya. Nasib lah tak gila. Ada gak la few times jumpa kaunselor. Depression katanya. Sadis je rasa. 

Bayangkan..pegi kelas tak mandi..tak tido buat esaimen..kadang2 tu sampai tak gi kelas gara2 nak siapkan esaimen...korban weekend..pergh..rasa macam nak muntah tengok kertas time tu...bagi aku dapat pegi final exam dah cukup hebat untuk aku sem ni. Bukan apa, rasa macam tak habis je sem ni..pressure dia extra..maklum la final sem..boleh buat movie rasa nya..gila-gila budak law final sem. Lol.

Saat member2 semua dah kahwin dan beranak pinak aku baru mulakan langkah untuk mencari si dia. Dan akhirnya...setelah lama tunggu dan akhirnya aku BERJAYA. Final sem..tengah bizi dan pening2 sempat lagi cari awek..gila betul...

Dah la tu timing untuk awek tu datang memang kena. Dapat gak mengelakkan gua dari terus biol walaupun ada masa nya dia buat aku sakit jantung.

Biasa la tu perempuan..

Apa pun...alhamdulillah..dah habis final sem..harapnya pass la semua. Memang tak percaya aku dapat habiskan semester ni. Aku ingat kena ambik study leave ke sebab tak tahan dengan pressure yang menggila.

Pasal relationship itu pulak..doakan la ia kekal sehingga ke jinjang pelamin dan kemudian sampai sorga hendaknya..

Pasal blog..doakan aku rajin update blog ni macam satu ketika dulu macam zaman kegemilangan blogging..masyuk seyh time tu. 

OK..see u next entry..

Muka lega abis exam...HAHA

0