Menu

3 Buku Paling Best Tulisan Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum semuanya.
Sapa tak kenal ustaz Azhar Idrus yang cukup sempoi dalam ceramahnya muka selamba je bila buat kelakar walaupun orang sekeliling semua gelak macam nak pengsan. Haaa...kalau kenal alhamdulillah. Kalau tak kenal meh aku nak kenalkan korang dengan buku tulisan beliau.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Masalah Semasa - RM15.00


Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang selalu dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus.

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Masalah Umat - RM25.00


Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa. Yang ni sambungan buku yang pertama tu. Cuma lebih fokus bab yang aku tulis tu.

Deme Wasap Ambe Reply Berkenaan Fikah Remaja - RM18.00



Yang ni paling latest sekali buku UAI. Spesel untuk jawab soalan fiqh remaja yang merangkumi pelbagai aspek seperti hiburan, ibadah, isu semasa, akidah, dan banyak lagi. Buku ini juga memuatkan karikatur Ustaz Azhar Idrus yang mencuit hati, selain warna dan grafiknya yang menarik.
Ni aku share sikit dari dalam buku tu.
 “Ustaz, saya masih muda. Mana patut saya pilih dahulu, haji ataupun kahwin?”Jikalau kamu tengok tiang lampu macam awek, wajib kahwin dahulu.” “Saya gatal mahu berkahwin, tetapi masih sekolah. Macam mana Ustaz?”“Jikalau masih sekolah, garu gatal itu dahulu. Jangan sibuk mahu berkahwin sebab ia bukan seronok sahaja, tetapi banyak tanggungjawab.” 
Macam mana ustaz kelakar time ceramahnya macam tu lah cara penulisan ustaz. Cuma takde slang ganu la kot, Hahaha.

Sekarang ni ada promosi...Kalau beli 3 buku dapat diskaun. Jimat 10 hengget. Klik sini

Kalau kurang bajet tapi berminat beli satu2 boleh klik sini



No comments:

Post a Comment