Menu

Tanda – Tanda Gangguan Jin di Dalam Rumah / Premis Perniagaan

Kali ni aku nak share tanda tanda yang menunjukkan  ada gangguan jin di dalam rumah atau premis perniagaan macam kedai, pejabat dan sebagainya. Bukan apa kadang kadang kita ni tak perasan kehadiran makhluk jin dan syaitan ni sebab kita tak tau tanda tanda diorang ada sekeliling kita yang berpunca dari Sihir, Saka dan Lintasan.

30 Tanda – Tanda Gangguan Jin di Dalam Rumah / Premis Perniagaan
1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya

2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan

3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya

4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi

5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)

6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)

7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah

8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah

9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap

10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperasi

11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya

12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi

13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus

14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama

15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik

16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya

17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan

18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan

19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan

20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba

21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam

22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur

23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil

24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas

25. Tanda lebam pada anggota badan

26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur

27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori

28. Terasa bahu ditepuk dari belakang

29. Terasa terkena renjisan air

30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat

PENTING : KALAU KORANG ADA TIGA DARI TANDA – TANDA GANGGUAN YANG AKU SENARAIKAN KAT ATAS NI SILA DAPATKAN RAWATAN DARI MEREKA YANG BIASA ATAU PAKAR DENGAN PERUBATAN ISLAM. TAKUT NANTI JADI BERTAMBAH BAHAYA DAN MEMUDARATKAN. KALAU LAMBAT NANTI AGAK SUSAH NAK  MENGUBAT.

Tak tahu mana nak pegi? Jangan risau Pusat Rawatan  Al-Qayyum sedia membantu. Aku ada cerita pasal pusat rawatan islam ni lama dulu kat sini.

Untuk pertanyaan lanjut atau membuat TEMPAHAN SESI RAWATAN / KAUNSELING, sila hubungi / WhatsApp Kaunselor Rawatan Pusat Rawatan Al-Qayyum di talian:

017-243 6434    Mu’alij Azlan Osman
017-243 6438    Mu’alij Amirul Hasan

Waktu Perkhidmatan :

Isnin - Khamis 2:00 pm - 11:00 pm
Jumaat 3:00 pm - 11:00 pm
Sabtu 2:00 pm - 6:00 pm
Ahad TUTUP
Rehat 6:00 pm - 8:00 pm


Sesi Rawatan diorang adalah secara EKSKLUSIF (tidak bercampur dengan Pesakit lain), MENYELURUH, SISTEMATIK serta telah TERBUKTI berkesan. InsyaAllah. Kita sebagai manusia Cuma mampu ikhtiar kuasa penyembuhan tu milik Allah. 

No comments:

Post a Comment