Menu

Siapa Nak Sponsor Baby Jasmin?

Ipoh: "Bila adik hendak balik rumah, abang tidak sabar mahu bermain dengan adik," kata Ahmad Hafiy Harzan Ahmad Nazri, 5, abang kepada Jasmin Nur Qomar Ahmad Nazri, dua bulan yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan pramatang 11 Ogos lalu.
 Lebih malang bayi perempuan dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh itu turut menghidap penyakit sindrom Down dan tiada saluran najis selain memerlukan pembiayaan kos pembedahan jantung dianggarkan berjumlah RM30,000.

Terkesima jap aku baca keratan berita online ni. Tatkala ada artis yang ditaja untuk bersalin ada lagi masyarakat yang memerlukan bantuan kita. Itu baru kos pembedahan belum lagi ubat dia dan maacam2 lagi keperluan dia. Banyak lagi duit yang diperlukan sebenarnya. 

Betapa double standard Malaysia ni. Hanya kerana seorang artis segalanya ditaja. Jarang kita dengar ada hospital nak taja pembedahan untuk mereka yang betul2 memerlukan. Sebagai tanggungjawab sosial pihak hospital untuk masyarakat.

Moga dipermudahkan urusan baby ni. Moga ada manusia yang sudi sponsor. Aku sebagai blogger cuma membantu panjangkan cerita.


1 comment:

  1. as salam.bab artis memang melampau kalau bantu orang begini dapat pahala tiada henti..

    ReplyDelete