Menu

EVENT: I WANT TO TOUCH ANAK YATIM


Haritu sibuk dengan event I want to touch a dog. Sekarang aku nak kasi tau satu program yang lebih bermanfaat daripada pegang anjing tu. Bukan tak boleh pegang anjing. Tapi kena la ada keperluan yang mendesak je. Setakat suka suka nak pegang tu tak payah nak gatal2 pegang.

Nabi selalu pesan kat kita supaya buat baik dengan anak yatim. Pegang kepala je pun dah berguguran dosa kita. Jadi sekarang biar aku promote event ni supaya ramai orang join aktiviti bermanfaat ni walaupun aku tak dapat nak pegi dan semoga ianya membawa manfaat kepada anak2 yatim ni.

I WANT TO TOUCH ANAK YATIM

Tarikh : 3 November 2014 (Isnin) / 10 Muharram 1436

Masa : 6PM - 9PM

Tempat : Rumah Pengasih Warga Prihatin, 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru 43000 Kajang

Penganjur : Richwell (012-269 6492)

Rumah Pengasih Warga Prihatin (013-585 8700)

Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR: At-Tabhrani)

Apa lagi? Jom pegi ramai2. Kalau tak pun buat post untuk viralkan event ni.


2 comments: