Menu

Beruk Politik | Kata Aku

Sebelum aku tulis apa2 dalam ni, just nak inform ini adalah pendapat peribadi aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah bergelar mahasiswa.

Aku rasa takut. Sangat. Melihatkan mahasiswa yang konon nya diasuhkan dengan ilmu dalam satu institusi yang cukup gah di mata dunia, jadi semacam beruk dalam cerita Rise of The Planet of The Apes. Sampai runtuh pagar tu. Gara- gara menyokong idola politik diorang. Program 40 Tahun Dari Universiti Malaysia ke Penjara dah jadi macam tempat meluah perasaan sebelum keputusan mahkamah berkait kes liwat esok.

Aku tak rasa mak bapak diorang akan bangga kalau tahu anak diorang buat gitu kat universiti. Bukan tak tahu kesan dia masa akan datang, Kalau didapati bersalah boleh kena gantung. Paling teruk kena buang. Masa tu segala pengorbanan mak bapak akan jadi macam sampah. Tak guna langsung. 

Andainya korang tau macam mana susahnya hidup seorang oku kat universiti, mesti korang bersyukur. Dengan kemudahan yang tak lengkap, nak sesuaikan diri yang nyata bukan senang untuk hidup dalam kalangan manusia normal sebenarnya. Harapan mak ayah jugak yang perlu digalas. Satu perkara yang bukan main2. 

Setiap titis peluh ayah.

Setiap titis air mata mak dalam doa.

Segalanya cukup berharga. Bagi aku seorang anak. Walau perit macam mana pun aku move on je. Kalau orang lain malas study boleh keje. Kalau OKU macam aku kena ada ilmu baru orang pandang.

Aku bukan anti mahasiswa berpolitik. Tapi nak politik pun berpada pada lah. Jangan ekstrem sangat. Kita ada benda yang lebih utama. Sudah2 jadi hamba politik.

Study. Balas jasa ayah. 4 tahun je dalam U. tak lama pun. Bila dah habis nanti politik la semahu nya. Takde sapa nak marah.

Bila tengok gambar ni aku rasa puas. Berakhir segala kepayahan. Terbalas sikit penat lelah mak abah walau tak cemerlang mana pun. Sekarang masa untuk berbakti kepada mak ayah dan masyarakat dengan ilmu yang ada.

Doakan moga dipermudahkan semua.

"Sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain."

2 comments:

  1. Selalu budak zaman sekarang ni lepas buat baru la terfikir kesannya, lepas tu apa pon dah tak boleh nak buat untuk betulkan kesilapan. They should think before doing something

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/5-energy-booster-yang-diperlukan-ibu-hamil.html

    ReplyDelete