Menu

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

Sihat tu satu nikmat yang berharga untuk manusia. Kalau dah sakit apa pun tak boleh buat kan? Tapi kalau dah sakit jugak nak buat macam mana. Itu namanya ujian dari Tuhan untuk hapuskan dosa kita. Ingat, Nabi ada pesan setiap penyakit tu ada ubat kecuali mati. Jadi tak salah kita berusaha untuk mengubat penyakit tu tak kisah lah sama ada jumpa doktor atau secara alternatif.

Bila kita bercerita pasal perubatan alternatif ni dah tentu lah kita pilih yang menjalankan kaedah perubatan yang berlandaskan syariat Islam. Bukan apa, biarlah usaha kita untuk mendapat kesembuhan dari penyakit tu diredhai Allah. Itu yang utama.


Hari ni aku nak cerita pasal Pusat Rawatan Al-Qayyum. Pusat ni diasaskan oleh Indera Saifullah Tahir dan dibantu oleh rakan beliau Cikgu Abdullah Ibrahim. Pusat ini beralamat di B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment Bandar Sri Damansara, 52200 KUALA LUMPUR. Yang menarik tentang PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM mereka berkonsepkan 'Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah' (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre) yang mengamalkan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah; iaitu merupakan gabungan variasi Perubatan Islam (mendominasi), Perubatan Tradisional, Perubatan Alternatif, Perubatan Komplimentari dan Perubatan Suplimentari. Jarang untuk ada pusat rawatan alternatif yang menyeluruh macam ni.




Ada 8 bidang perkhidmatan yang ditawarkan pusat rawatan ni

a)  RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN (Perkhidmatan Utama)
b)  BEKAM SUNNAH
c)  RAWATAN JARAK JAUH
d)  RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN
e)  PRODUK KESIHATAN ISLAM
f)   KELAS MENGAJI AL-QURAN
g)  PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM
h)  PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK

(so boleh la pilih ikut perkhidmatan yang dikehendaki)

Kita selalu anggap pengamal perubatan alternatif macam tok bomoh dan tok dukun. Tapi sebenarnya bukan. Cara yang digunakan itu lain sangat. Bagi aku dengan adanya pusat rawatan macam ni dapat la mengelakkan masyarakat daripada terjerumus dalam perkara syirik macam yang kita tengok dalam cerita melayu kat tv tu. Nauzubillah.




Jom tengok teknik yang digunakan. Bukan satu je. Macam-macam teknik digunakan mengikut keperluan.

  • ·         .         Kaunseling dan Analisis
  • ·         Hikmah Mata Hati (Scan)
  • ·         Bacaan Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Zikirullah      
  • ·         Doa-doa Mustajab
  • ·         Azan
  • ·         Aliran Tenaga Aura Cahaya (Luaran)
  • ·         Aliran Tenaga Dalaman
  • ·         Sedutan Cas Negatif (Suction)
  • ·         Pemerangkap Cas Negatif
  • ·         Perumah Cas Negatif
  • ·         Pewangi Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Pengecasan 7 Pusat Tenaga
  • ·         Lafaz Pemutus
  • ·         Terapi Aroma
  • ·         Terapi Cahaya Penyembuhan
  • ·         Terapi Audio Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Terapi Mandian Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Bilik Mandi + Kemudahan
  • ·         Bilik Persalinan + Kemudahan
  • ·         Air Mineral Ruqyah Syar'iyah
  • ·         Ijazah Amalan Zikir
  • ·         Teknik Rawatan Lain (sekiranya perlu)      

          


Siapa yang berminat boleh la hubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum seperti yang dinyatakan kat bawah.

 A) TEMPAHAN SESI RAWATAN / KAUNSELING:
TAIP SMS / WHATSAPP  TEMPAH [nama], [lokasi anda], [penyakit/masalah], [tarikh temujanji], [masa temujanji]
Contoh: TEMPAH siti rohani, bangi, gangguan jin, 14 feb 2014, 8 pm
HANTAR KE 017 243 6434

B) PERTANYAAN SEGERA: Sila hubungi KAUNSELOR RAWATAN anda antara jam 9:00 AM - 5:00 PM, ISNIN - JUMAAT
(Rehat: 12:30 PM - 2:00 PM):
017 243 6438 (Mu'alij Amirul Hasan)
017 243 6434 (Mu'alij Azlan Osman)

*mu’alij tu perkataan arab yang bermaksud perawat.
Email:        alqayyum.holistic@gmail.com


Dan last sekali, apa yang penting, janganlah putus asa DAN perlu ada Iman, Taqwa dan Istiqomah (berterusan) dalam diri Pesakit dan juga Perawat; sepanjang proses rawatan.


Hikmah Mati Hati (Scan) dilakukan oleh mua'lij (perawat)


"TIDAK ADA KESUSAHAN (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan IZIN ALLAH; dan SESIAPA yang BERIMAN kepada Allah, Allah akan MEMIMPIN HATINYA (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), ALLAH MAHA MENGETAHUI akan tiap-tiap sesuatu" (At-Taghobun: 11)

Maklumat lanjut dan testimoni klik sini.

1 comment:

  1. Saya dah pernah datang tempat ni, memang lain daripada yang lain :-) Ciri Eksklusif tu terserlah

    ReplyDelete