Menu

Dilema seorang penanam anggur.

Senyap. 

Aku bukan duduk diam2 kat rumah. Ada sikit hal nak setel untuk konvo lagi 2 minggu. Dengan jawab survey tah entah apa2 soalan tu. Banyak gila sampai naik hijau muka aku menjawab. Apa boleh buat jawab je lah. Kang tak boleh ambik jubah konvo susah la pulak.

Macam tak percaya pun ye masa pegi ambik jubah tu. Ye lah manusia paling tak boleh blah mulut nya bila ada isu pasal student OKU, dengan betapa perit hidup tak cukup kemudahan belajar aku hadap je akhirnya habis jugak.

Tampar diri sendiri macam dalam movie untuk sedarkan diri. Haha.

Ah. Tu baru satu halangan. Banyak lagi sebenarnya. Lesen kereta aku yang tak setel lagi. Dilema nak buat apa lepas konvo. Aku tak tau sama ada nak jadi lawyer yang super bizi tapi duit masyuk atau buat kerja lain yang takde kena mengena dengan law langsung. Takpun jadi blogger je. Duduk depan laptop.

Entah, Blur je aku.

Bagi anak tunggal macam aku sah2 lah aku kena jaga family aku. At least tak dapat jaga dapat ambik peduli ok lah. Macam kawan2 aku yang nak jadi lawyer dok cerita keluar pagi2 dah malam kang baru balik. Bila balik rumah tidur. 

Takde lfe.

Kalau parents orang lain, kalau sorang anak tak balik at least anak yang lain ada. Tak la sunyi. Dah kalau macam aku ni tak ke kesian diorang tu. Patut dah tua ada la orang tolong jaga, spend time dengan diorang.

Dan sebab itu akhirnya aku pilih untuk aktif blogging dapatkan income dari internet dan dapat tolong tengokkan parents aku tu.

Moga Allah redha. Mungkin ada hikmah dia.



3 comments:

  1. Dapatkan peluang untuk buat chambering dulu selepas konvo sementara memikirkan kerja tetap. Mana-mana ibu bapa akan lebih bersedih jika mendapat tahu anak mereka sanggup mengorbankan cita-cita dan masa depan semata-mata demi hendak menemankan mereka.

    ReplyDelete
  2. Moga urusan dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  3. Hai awak^^ Firstly nak ucap tahniah awak dah nak konvo^^ Kisah awak lebih kurang rasanya ngan saya, dugaan masa belajar banyak sangat dari mula sakit (darjah 4) sampai la habis blaja kat uitm.. Sampai skrg pun dugaan sakit ni non stop... Kalau ikut hati yang sedih dan bosan sebab selalu sakit, rasanya tak habis2 blaja.. Syukur Allah bg kekuatan dan famiy yg byk support.. Sy habis belajar last 2 years dan kerja di rumah.. Hanya mengadap laptop sebab susah nak kerja, sy buat dialisis, hari2, 4 kali setiap hari, selalu ke hosp... Sakit sy pun sakit yg susah org nak faham sy sakit SLE).. Macam awk ,sy hanya duk rumah, kerja depan laptop... Btw, awk sangat kuat, sy kagum dengan awak,,. Never give up coz rezeki di mana2 :')

    p/s: nanti saya buatkan doodle atas wheelchair utk awak ya... happy dapat kenal dgn org bersemangat macam awak^^

    ReplyDelete