Menu

Dapatkan isteri secara ansuran?

Sekarang. Semua benda nak pakai duit. Jadi bersepah la loan rumah, kereta dan terbaru loan kahwin. Speechless owh.

Kahwin pun dah ada loan.

Gila ah. Takut aku dengar. Ye lah dek kerana nak kahwin punya pasal hidup dibelenggu hutang. Berapa tahun pulak nak habis bayar loan? Anak dah 3-4 loan tak habis lagi bayar. Kira isteri pun dah macam kereta punya loan. Lepas berapa tahun baru abis bayar. Tu pun kalau jodoh panjang. Kalau tak? Parah sungguh.

Memang la dah kahwin nanti ada la rezeki dia. Tapi kita sendiri kena bersedia dari segi financial dan mental. Cuba bayangkan. Kalau kahwin dengan loan lepas kahwin kena kerja lebih untuk bayar hutang. Dah tu kurang masa dengan pasangan. Dah tu mula perang dingin. Dah tak tahan nanti jadi la turun naik mahkamah uruskan kes cerai dengan alasan takde persefahaman. Kot ye nak simpan duit lebih pulun keje before kawin. Bersusah dulu senang kemudian,

Itu pendapat aku la.

Ngeri.

Moga aku kahwin nanti tak kena ambik loan. Nasib la belajar dapat scholarship. Alhamdulillah. Kalau tak kena bayar hutang sampai kerepot. Haha.




2 comments:

  1. Macam mana kahwin boleh hutang pula sedangkan mas kahwin tertinggi di Malaysia pun RM300 sahaja? Adakah hutang terjadi kerana hantaran tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi hantaran tinggi. Lepas tu dengan persiapan yang nak nampak grand di mata orang lagi la memburukkan keadaan.

      Delete