Menu

Aku Anak Selangor

Assalamualaikum.

(Sila mainkan lagu Aku Anak Kampung untuk dapatkan lebih feel semasa membaca)

2-3 hari ni kecoh sungguh media sosial dengan kemelut politik di negeri tanah tumpahku Selangor Darul Ehsan. Dah macam cerita Twilight saga gitu. Berita kat tv pun dok cerita benda tu pagi petang siang malam. Naik muntah hijau dibuatnya. Media sosial apatah lagi. Haha.

Gitu lah penangan sekelompok manusia yang gila kuasa. Berebut jawatan Menteri Besar negeri terkaya. Gila kau. Sapa tak nak? Kaut harta banyak2 sampai 7 keturunan tak habis makan. Cuba kalau negeri kurang kaya 'lantak kau lah' buat gaya si Atu rajalawak. Sikit pun tak heran.

Gila kuasa. Gila harta. Semua gila. ( tukar lagu Wings pulak haha)

Harapan aku rakyat Selangor agar kemelut politik ni segera selesai. Tiba2 aku terfikir ada hikmah juga Tun Mahathir pecat DSAI dulu. Baru dapat Selangor dah kecoh. Kalau Malaysia? Hancur jahanam. Time macam ni lah nak tunjuk which side will serve the people better. Tak gitu? Patut ada slogan Sayangi Selangor Yakini Khalid. Haha.

Jangan la ada pilihanraya negeri pulak. Lagi teruk cerita dia nanti. Macam2 benda keluar. Buruk kan orang sana sini pastu ajak berpolitik matang. What the ??? Membazir duit 50 juta tu macam2 boleh buat dengan duit tu. Jangan kena gi ngundi time aku konvo bulan 10 nanti. Tak pasal2 ada jari telunjuk biru time ambik scroll nanti. Hehe.

Apa2 pun doakan yang terbaik untuk selangor.


1 comment: