Menu

Sidang Media Kedua MH 17

Sidang media kedua ‪#‎MH17‬ @ Sama-Sama Hotel, Sepang, 18 Julai 2014, 4 petang - diketuai oleh Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai
1. Malaysia mengutuk tindakan ini sekeras-kerasnya 

2. MAS bertanggungjawab ke atas waris-waris mangsa nahas
 
3. Setelah semua waris dapat dihubungi, senarai nama penumpang akan diedarkan
 
4. Laluan pesawat #MH17 adalah sepatutnya selamat dan merupakan laluan bagi pesawat komersil lain, dan telah digunakan berpuluh tahun oleh MAS. Penerbangan-penerbangan Eropah juga menggunakan laluan yang sama 

5. 15 dari 16 buah negara di Asia Pasifik juga menggunakan laluan yang sama di atas ruang udara Ukraine
 
6. Kawasan kejadian harus dijaga dengan baik bagi mendapatkan bukti, menghormati mangsa serta cuba mencari kotak hitam 

7. Laporan mengenai kotak hitam MH71 yang telah dijumpai masih belum disahkan
 
8. Penumpang: 173 dari Belanda , 44 dari Malaysia, 34 dari Australia, 12 dari Indonesia, 9 dari United Kingdom, 4 dari Jerman, 4 dari Belgium, 3 dari Filipina, 1 dari Kanada, 1 dari New Zealand. 21 dari 40 tidak dapat disahkan identiti. Senarai penumpang dan kargo akan diumumkan kemudian. 

9. MAS cuba jimatkan bahan api pesawat dan menggunakan jalan singkat: TIDAK BENAR - DS Liow

10. Kerakyatan 20 orang penumpang mash belum disahkan 

11. Penumpang yang tidak disahkan berada dalam transit dan tidak memasuki kawalan pasport di Amsterdam 

12. Kita akan menghantar pasukan SMART ke lokasi nahas


Sidang media tamat pada jam 4:35 petang - ARSB

p.s: kopipes dari facebook era fm & era tv

p.s.s: blogger pun pengamal media jadi ada tanggungjawab untuk sebarkan berita. Bukan sekadar kejar trafik.



No comments:

Post a Comment