Pagi-pagi bukak paper online. Macam biasa Metro dengan tajuk asyik nak meletup je sepanjang zaman buat tajuk yang bikin aku tertarik untuk aku tulis sesuatu dalam blog hari ni. Tajuk dia 'Amukan suami cemburu'
KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki parah selepas menjadi mangsa amukan seorang suami yang dipercayai cemburu dengan hubungan mesra guru berkenaan dengan isterinya dalam kejadian di depan Maktab Perguruan Sultan Mizan, Kampung Raja, Besut, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kir jaam 6.30 petang, guru berkenaan cedera parah di belakang badan, tangan dan kaki akibat ditetak lelaki terbabit menggunakan sebilah parang panjang.
Nak tau lebih baca sendiri. Pergh. boleh buat tajuk movie ni heh. 'Cemburu Berdarah' dasyat kuasa cemburu ni kan? Kalau aku la kan bila jadi macam ni tak mustahil aku akan buat benda yang sama. Tapi tu la sebagai lelaki yang waras sebelum berumah tangga mestilah ada ilmu rumah tangga sebagai contoh macam mana nak mendidik isteri, lembutkan hati isteri dan banyak lagi la. Sebab lelaki itu tugasnya adalah memimpin. Selain tu improve diri sendiri baru isteri respek. tak gitu ?
Dan untuk wanita pulak, dah tau anda tu dah kahwin sila jaga batas anda sebagai seorang isteri. Jangan la nak mesra sangat dengan lelaki lain. Nak lagi kalau suami anda tu jenis yang kuat cemburu, memang cari pasal la kalau ada lelaki yang duk mesra sangat dengan isteri dia.
Kahwin memang seronok tapi bukan senang nak kahwin.
ceburu yg bertempat tue ok lagi, kalau cemburu buta tue mmg tak patut...sampai nak bunuh2 nie mmg tak patut..sepatutnya siasat dulu...
ReplyDelete