Menu

(TIPS) Mengurangkan Nafas Berbau

alhamdulillah setel hari petama puasa. Biasa nya bila kita berpuasa nafas kita mesti bebau kan? memang la ada hadis yang mengatakan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari bau limau kasturi (betulkan kalau silap) tapi agak2 la. Jangan sampai menimbulkan rasa tak selesa pulak nanti sebab terlampau 'wangi' baunya. Meh aku share tips macam mana nak kurangkan masalah nafas berbau ni


1. Berus gigi, lidah dan gusi.

Memberus gigi sahaja tidak mencukupi kerana bakteria turut berada di bahagian lidah dan gusi. Pastikan lidah diberus sehingga ke pangkal kerana ia merupakan tempat pembiakan bakteria punca nafas berbau plaing ideal. Gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi. Masa dan teknik memberus tidak penting kerana gigi individu berbeza antara satu sama lain. Yang penting, anda sendiri boleh merasakan sama ada ia bersih atau tidak. Beli cermin khas untuk melihat keadaan gigi bahagian dalam bagi memastikan gigi diberus dengan sebersihnya. Penggunaan ubat kumur juga tidak membantu dalam mengatasi masalah nafas berbau.

2. Elak mengambil makanan berbau

Kurangkan pengambilan makanan seperti bawang, bawang putih, keju, susu, daging dan telur. Berus gigi dengan betul selepas menikmati makanan sebegini. Elakkan juga makanan berbau kuat seperti petai dan sebagainya.

3. Kurang bercakap

“Kalau dalam Islam sendiri pun, Nabi berpesan supaya kita kurangkan bercakap bagi mengelak berkata perkara yang tidak baik. Seeloknya ia diamalkan ketika berpuasa bagi mengurangkan masalah nafas berbau,” kata Dr. Nazli.

Apabila seseorang itu banyak bercakap tetapi tidak makan dan minum, air liurnya akan cepat mengering.

4. Berjumpa doktor

Masalah nafas berbau yang berlaku walaupun gigi sudah dibersihkan dengan sebaik mungkin berpunca daripada masalah pada gigi atau gusi. Sila berjumpa doktor untuk mengenalpasti puncanya. 

sekian tips dari aku. huhu

1 comment:

  1. nice entry. sbb sy pun alami masalah camni kalau time puasa. hk3. jadinya, sy mmg kurang bercakap. ;P

    ReplyDelete