Menu

Tak minum ais rahsia panjang umur

Umur tu rahsia Allah kan. Tak ada sapa yang tahu bila kita akan dimatikan. Tapi sebagai manusia kita mesti la jaga kesihatan supaya badan kita sentiasa sihat dan tak mudah kena penyakit.

Macam seorang nenek ni Che Ah Bakar dari Kedah dia tak minum benda sejuk atau berais langsung sebab dia dari muda. Bayangkan dalam usia 100 tahun pun bertani lagi. Hebat kan? Orang sekarang umur 50 suruh jogging sikit dah pancit. Puasa pun steady je takde masalah disamping makan ulam-ulaman. Entah - entah ada lagi yang tak kenal ulam zaman sekarang ni lagi2 yang muda.

Zaman moden ni badan kita semakin manja. Orang dulu naik basikal pegi kedai tak pun jalan kaki. Kita ni kedai depan rumah pun naik moto. Panas sikit pasang aircond. Pastu aktiviti pun takde online 24 jam (yang ni aku agak terasa haha). Mana la badan tak sakit.

Jadi mari kita berazam untuk amalkan gaya hidup sihat supaya kekal sihat dan panjang umur. Macam iklan kementerian kesihatan pulak dah heheh 

No comments:

Post a Comment