Menu

Suami merokok, isteri boleh fail cerai

habis la kepada para perokok sekalian kalau undang2 tu dilaksanakan kat Malaysia ni. Nasib baik dilaksanakan kat Arab Saudi nun. Ketua hakim Mahkamah Rayuan yang cakap Ebrahim Khodairi.
“Jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang merokok dan disebabkan perbuatan itu si isteri mengalami masalah kesihatan seperti sakit dada dan alahan teruk, selepas menyatakan beliau sebenarnya tidak mahu mengahwini perokok, perkahwinan mereka perlu ditamatkan kerana kerosakan disebabkan asap rokok dan pasangan berkenaan sudah tidak boleh hidup bersama lagi,” kata Khodairi

tapi kan bak kata orang dulu2 "kalau hati suka, kentut busuk pun jadi wangi" tahan je la walaupun membahayakan diri sendiri kan? Konon stress la tu hisap rokok. Banyak kesan buruk nye merokok ni kalau dah kahwin ni, 

1) mengurangkan romantik - sebab isteri tak nak duduk sebelah time suami merokok

2)nafas berbau - hangit je. nak cakap pun kena tak boleh

3) kurang bertenaga - bila dah lama hisap rokok nanti batuk lepas tu semput la dan sebagainya kan ke rugi tu patut boleh hidup lama lagi dah terpendek

4)kadar sperma berkurang - nanti susah nak dapat anak kalau gitu. Ada jugak kes yang anak yang mengalami kecacatan akibat rokok ni

5) nampak tak kacak sebab gigi reput dah. Kena pakai gigi palsu (berdasarkan pengalaman bapak aku hehe)

p/s : kadang2 aku terpikir...best sangat ke merokok ni? cer jawab persoalan aku ni..


1 comment:

  1. aku pn terfikir best ke mrokok ni? siap org ckp blh hilangkn masalah.. best ke? nk tau gak..

    ReplyDelete