Menu

Facebook Rugi AS$ 157 Juta


NEW YORK - Facebook melaporkan kerugian sebanyak AS$157 juta (RM496.63) dalam perolehannya yang pertama selepas ia disenaraikan di bursa saham di sini.
Harga saham Facebook merosot sebanyak 10 peratus selepas berita kerugian itu tersebar kelmarin.
Laman rangkaian sosial itu disenaraikan di bursa saham pada Mei lalu.
Harga saham Facebook ialah AS$23.10 (RM73.07) selepas berita tersebut tersebar.
Bagaimanapun, perolehannya meningkat kepada AS$1.18 bilion (RM3.73 bilion).
Perolehan itu meningkat sebanyak 32 peratus daripada AS$488 juta (RM1.54 bilion).
Semasa Facebook dilancarkan di bursa saham, harganya ialah AS$38 (RM120.15) sesaham.
Dalam laporan itu, laman itu mempunyai 955 juta pengguna bulanan yang aktif, meningkat 29 peratus berbanding tahun lalu.
Menurut laporan tersebut, para pengguna aktif meningkat 32 peratus kepada 552 juta orang.
Pendapatan iklan meningkat 28 peratus kepada AS$992 juta (RM3.13 bilion).
Antara pencipta laman tersebut ialah Mark Zuckerberg yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook. - Agensi
p/s : adakah lepas ni facebook tak lagi percuma ? huhu kalau kena bayar lepas ni pakat ramai2 tutup fesbuk :P


1 comment: