Menu

Burger Bakar Free !!!

haish...time tengahari bulan puasa ni ternampak pulak dekat suratkhabar dok tulis hari ni tauke burger bakar bermurah hati nak bagi burger bakar free kat pelanggan yang datang kat Seksyen 5 Rawang tu. Sapa berkesempatan sila la pegi. Dengar dari cerita member ku sedap..

Tawaran itu menanti pengunjung pada hari pertama puasa khusus bagi menghargai setiap pengunjung yang tidak putus bertandang ke gerai milik Mohd Fadzil Halimie, 44, yang memulakan operasi sejak Disember lalu. 

"Ia juga ibarat sedekah dan juga tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat di bulan yang mulia ini. Walaupun hidangan burger bakar dianggap asing sebagai juadah berbuka puasa, namun pada tahun ini saya berharap menu yang saya ketengahkan ini mampu mencipta kelainan dan fenomena kepada umat Islam khususnya yang tinggal di kota," katanya yang ditemui BH, baru-baru ini. 

sumber : sini


p/s : aku pun tak pernah rasa lagi burger ni. Teringin tapi jauh la pulak. Nanti la bukak sem ku terjah hehe

No comments:

Post a Comment