Menu

Bukan senang nak senang....ye dak???

Sekarang ni dah sampai la aku ke taman ilmu dan budi UIA yang tercinta...barang semua dah siap kemas dengan bantuan emak den hehe hampeh punya budak...dah masuk 3rd year pun mak dok tolong kemas bilik..

Bermula nye esok hari maka dengan ini bermula la cabaran aku sebagai pelajar tahun 3 fakulti undang - undang Universiti Islam Antarabangsa..pergh...kejap je dah 3rd year...rasa macam baru semalam aku join orientasi dengan muka beriman dan suci tanpa secalit dosa hahaha..

Kalau nak diikut macam2 cabaran terpaksa ditempuhi sepanjang dua tahun aku kat sini..tak cukup facilities untuk OKU ..kena berhadapan dengan perangai manusia yang pelbagai...dengan kena repeat subjek lagi...cukup perit untuk aku sebenarnya..

Semester ni aku diuji lagi oleh sebab aku 'black out' time exam...jadi aku fail dalam 2 subjek...macam nak gila weh...3 hari jugak aku duk menung dalam bilik...sapa tak sedih kan...belajar dah setengah mati tiba2 time exam jadi gitu..

Tapi kejadian ni buat aku sedar...bukan senang nak senang...hidup takkan selalu indah... Allah akan datangkan ujian untuk kita sedar apa kelemahan diri dan berusaha ke arah yang lebih baik..

macam yang aku baca dalam blog Remy Ishak...sebelum dia jadi pelakon yang famous macam sekarang..macam2 kerja dia buat..part time car wash...kat restoran...dan macam2 lagi la....tu la aku buat kesimpulan ni..bukan senang nak hidup senang kan....




p/s : jom ramai2 pegi blog Remy Ishak kat sini..

p/s/s : tak sabar nak start sem baru esok.... ^_^

- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

  1. betul.. siapa kata senang senang..

    ReplyDelete
  2. xpe salim, setiap sesuatu tu pasti ade sebab dan hikmahnya...

    ReplyDelete
  3. salam..

    bila fasiliti tak cukup utk oku mmg akan bantutkan sikit semangat. hrp salim ada kwn baik utk bantu saat2 yg diperlukan

    ReplyDelete