Menu

Jujur nye mereka ni...


duit...oh...duit ..dimana kau duit...yeah..hari ni aku sangat rock sebab tajuk hari ni berkaitan dengan duit..ni..aku ada satu soalan cepumas...kalau korang jumpa duit banyak...sampai berjuta - juta sanggup ke korang pulangkan macam tu je? tak sanggup? tengok cerita kat bawah ni..

TOKYO – Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.

Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.


Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.
Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.
Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya.
Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. – Agensi
p/s : jujur sungguh mereka kan?? kalau aku buat rumah banglo besar2 wakkaakaka...kalau korangnak buat mende? jawapan terbaik aku akan promote blog dia rini.. jawapan sempoi2 je jangan serius sangat:P



9 comments:

  1. npe baik sgt...rezeki tu hehehehe

    ReplyDelete
  2. kalau akak la..
    akak ambik je...
    pastu buat2 mcam hak sendiri la..
    berpoya2 dan bersuka ria..
    buat beli makan2..
    beli perabot baru...
    yang penting beli peti sejuk besar
    dan tukar kabinet dapur..
    eh!lagi satu..nak tukar pagar baru..
    bagi nampak meletup2 gitu..:P
    ghehhhe

    ReplyDelete
  3. la, jujur jg dorang tu ye..susah nak jumpa org perangai mcm tu...
    kalau inna pula, inna nak guna duit tu p melancong keliling dunia..hahaha! jauh perjalanan luas pemandangan..^^

    ReplyDelete
  4. kalau mencuri tu tak berdosa, memang aku ambik buat banglo besar2, beli kereta mahal2, beli satu shopping complex, err, kalau nak beli satu jepun boleh tak?? haha!!

    ReplyDelete
  5. Aku nak bayar utang...hahaha...setel bayar utang aku nak keliling dunia....aci tak?

    ReplyDelete
  6. nak ambik bayar PTPTN..aci tak??

    ReplyDelete
  7. well kalau guna duit tue pon, xberapa nak rasa tenang la kan sbb tue bkn duit kita ..
    walaupon berjuta2..
    aku lebih suka guna duit hasil titik peluh aku sendiri..
    walaupon sikit, tapi sekurang2nya aku puas hati..
    hahaha
    janji hati tenang suda.. ^_^

    mcm plastik plak jwpn aku nie :)

    ReplyDelete
  8. ha3...
    sgt baik~~~
    lgpon mmg patut pulangkn pd yg berhak..
    ingt x lgu misha omar..
    'pulangkan'

    ReplyDelete