Menu

Aku telah jatuh cinta ???

oh.. menggedik sungguh tajuk entri  di hari jumaat yang indah dan permai ni kan ? tatkala manusia lain sibuk mengemas rumah dan pulang ke kampung halaman kau pulak berjiwang tak habis...hehe.. takpe la aku tak kisah..

jatuh cinta ? macam mana nak tau seorang lelaki tu serius atau tidak dalam perhubungan mereka ? ini penting untuk hidup dengan bahagia tanpa sebarang penyesalan di masa akan datang..supaya tidak berlaku kes tipah tetipu lagi eh...macam lagu pulak..ekekeke..dah jom kita tengok tanda2 lelaki tu serius tak main2..




  • Sentiasa menghiburkan hati anda – Pernah tak anda merasainya? Ya lelaki jarang sekali menghiburkan hati seorang wanita apabila dalam kesusahan atau kesedihan. Selalunya sikap lelaki hanya pandang atau diam sahaja apabila temannya mengalami situasi ini.
  • Tidak suka wanita berpakaian menjolokan mata – Ini baginya cukup penting kerana dia tidak mahu temannya dikacau,diganggu atau diperkata dibelakangnya. Hati dan perasaan risau kalau temannya akan beralih arah kepada orang lain.
  • Mudah terasa dan cemburu – Lelaki yang serius dengan cintanya akan cepat terasa atau cemburu (yang tidak melampaui batas ) pada temannya bila tidak mengendahkan segala pergorbanan yang diberikan serta temannya sentiasa melebihkan rakan-rakanya daripadanya.
  • Mudah menitiskan air mata – Anda pernah melihat lelaki menitiskan air mata secara live didepan anda? Jika lelaki mudah menitiskan air mata demi cintanya, jelas menunjukan dia sebenarnya begitu sayang akan hubungan itu dan hendaklah anda menjaganya dengan sebaik mungkin kerana amat jarang lelaki menitiskan air mata disebabkan cinta.


maka dengan ini...kalau boifren anda memiliki ciri2 seperti di atas...Insya Allah dia akan komited dalam hubungan yang terjalin...hehe ^^

pesanan penaja : tips cinta ini dibawakan oleh mocik meaw dan partner beliau :)

5 comments:

  1. begitulah cinta lelaki terhadap perempuan :)

    ReplyDelete
  2. tapi kalau asyik ngis je

    mmg mintak kene sepak je

    ReplyDelete
  3. kalau nak wat spare part,,disebaliknye =]

    ReplyDelete
  4. lelaki kalau dah cinta, suruh berdiri depan pintu sepanjang pagi pun sanggup :D

    ReplyDelete
  5. kalau kluaq air mata palsu camne? haaaaa..menggelunjit nanti.haha

    ReplyDelete