Menu

antara library dan swimming pool...

 selamat petang..seperti yang korang tau rakyat Malaysia ni malas membaca...tengok apa mantan PM kita cakap..

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga. 

Beliau berkata ini adalah amalan di negara barat seperti Amerika Syarikat, yang mana orang kaya di sana mewujudkan perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama, yang kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas meninggal dunia. 



"Sepatutnya orang-orang yang kaya di Malaysia ini membina perpustakaan mengandungi buku yang berharga, dan apabila mereka meninggal dermakan buku kepada perpustakaan untuk orang ramai," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa, di sini hari ini.



-petikan dari BERNAMA-


VS


p/s : betul jugak kata2 Tun tu ye...biasanya orang orang2 kaya ni pikir nak buat swimming pool besar2...bukan nye dapat pahala pun kalau buat...kalau bua library buku2 tu boleh disedekahkan kalau owner buku tu mati ke...ape ke jadi...dapat tambah pahala... kan2 ??

nak pegi bookfair rabu ni.. sebelum tu jom join bloglist aku kat sini

3 comments:

  1. em...tapi sunah rasulullah...berenang selain memanah dah berkuda...

    pasal perpustakaan di rumah memang idea yang bagus...

    ReplyDelete
  2. betul tu...kalau nak buat swimming pool buat yg tertutup..

    macam tu..buat swimming pool dengan library sekali la.. :)

    ReplyDelete
  3. betul tu...kalau nak buat swimming pool buat yg tertutup..

    macam tu..buat swimming pool dengan library sekali la.. :)

    ReplyDelete