Menu

tsunami di jepun...bersediakah kita???

selamat malam...
malam ni aku nak kongsi apa yang aku rasa..
hayati lah..ini hanya sekadar luahan rasa...
bukan la nak tunjuk islamik sangat..

BERSEDIAKAH KITA???

alhamdulillah..
hari ini kita masih mampu bangkit dari tidur...
bebas dari sebarang bencana..
bebas dari ketakutan dan kegalauan hati yangmencengkam..



tapi tahukah kita bahawa...
di suatu tempat...
di mana penghuninya bemuram durja diamuk badai...
jasad tidak bernyawa berselerakan di mana-mana..
binaan musnah dihempas ombak yang menggila..


timbul satu persoalan di benak...
adakah kita sudah bersedia ???
 menghadapi musibah yang amat dasyat..
dijadikan Pencipta sebagai refleksi diri..
kepada kita manusia yang lalai dan leka..

musibah menimpa membuat aku tersedar..
bahawa benarlah mati itu pasti...
itu janji Allah..
hanya menanti saat dan ketika..
untuk pulang ke pangkuan -Nya..



hai teman...hai sahabat..
mari bersama tingkatkan amalan..
baiki diri baiki amalan..
bekalan menuju syurga impian..

credit to : bayu malam

tu je la malam ni ye..
sama2 kita renungkan..
:)

No comments:

Post a Comment