Menu

tak guna punya cucu !!!!

selamat tengahari korang...
dah makan ke?
ke tengah masak..? kalau masak tu jangan baca blog aku terbako nanti..hehe
tengahari ni..aku nak share ngan korang kisah sorang atuk ni..
sentap aku baca cerita ni..korang baca la ye..

JOHOR BAHRU: Dia dijadikan cucu angkat dan ditatang bagai minyak yang penuh, namun segala jasa datuknya dibalas dengan pengkhianatan apabila melesapkan wang pencen milik warga emas itu berjumlah RM65,000.
Lebih memilukan Yasin Sagi, 80, dari Kampung Majidee Baru, di sini, cucu angkatnya yang dipanggil nama Gemuk, 30-an menipunya dengan mendapatkan cap jarinya ketika menemaninya melakukan urusan di bank.


Yasin yang mengalami masalah pendengaran berkata, Gemuk tinggal di Stulang, tidak jauh dari rumahnya dan sering mengunjunginya, selain ringan tulang.


“Dia menggelar saya ‘Atuk’ dan kerana itu saya menjadikannya cucu angkat. Keluarga saya juga menyenangi sikapnya yang tidak berkira selain gemar membantu.


“Rupa-rupanya itu semua helahnya untuk mencuri duit saya. Kini semua wang hasil titik peluh sepanjang 30 tahun bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) lesap,” katanya.



Yasin berkata, dia menyedari Gemuk mencuri duitnya selepas menerima rekod pengeluaran wang di bank antara 23 Disember tahun lalu hingga 4 Januari lalu.

jadi la macam upin ngan ipin ni...dengar je cakap opah dia.. :)


kisah lanjut di Mymetro

p/s: serius useless punye cucu..orang tu dah keje penat2 suka2 kebas duit nye..kesian kat atuk ni..sabar ye atok.. :)

1 comment: