Menu

Safee Sali berhijrah ke tanah seberang... :)

assalamualaikum...
selamat pagi...bangun..bangun...dah basuh muka??? dah mandi ??? dah breakfast???
harap nye harini semua ceria la ye.. pagi ni kita mulakan dengan topik sukan...
dikhabarkan Safee Sali yang jugak striker Red Giant akan berhijrah ke Indonesia..
nak tau baca la kat bawah ni..


Safee sah penuhi impian beraksi dalam Liga Super Indonesia

PENJARING terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali (gambar) sah bakal meninggalkan skuad Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan.

Penyerang 26 tahun yang masih memiliki kontrak bersama The Red Giants sehingga akhir musim ini, dikatakan akan berhijrah ke Indonesia dalam tempoh terdekat dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan perkembangan itu, Isnin ini.
Safee ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam, mengesahkan dia bakal berhijrah ke Indonesia tetapi enggan mendedahkan kelab yang akan diwakili.

“Memang saya akan ke sana tetapi butiran lanjut mengenainya akan diumumkan Isnin ini,” katanya tetapi mengesahkan kontrak dengan kelab Indonesia itu adalah bagi tempoh setahun. 

lagi berita klik sini

p/s: gudluck la ye main kat sana nanti...jangan nanti kena beli kereta perisai pulak sebab kena serang   dengan penyokong fanatik diorang ye..hehe

2 comments:

  1. haha..bleh gak pegi, macam torres jugak si safee nih..
    ;p

    ReplyDelete
  2. haha..bleh gak pegi, macam torres jugak si safee nih..
    ;p

    ReplyDelete