Menu

meludah pun kena denda ke ???

assalamualaikum...
korang ok tak ari ni..haish cuti2 pun malas nak update...camne nak jadi famous cam Ben Ashaari ???hehe
haish...apa nak jadi dengan Harimau Kayu a.k.a Tiger Woods yang didenda lepas meludah..kesian...nak tau cerita..teruskan baca...



LONDON: Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods memohon maaf selepas dikenakan denda kerana meludah semasa beraksi pada kejohohnan Dubai Desert Classic yang berakhir, hujung minggu lalu. “Saya tidak sepatutnya meludah seperti itu dan saya tahu ia tidak perlu," katanya dalam Twitter semalam.



“Saya ingin melupainya dan saya mahu menyatakan saya minta maaf," katanya.Jelajah Eropah bercadang mendenda Woods selepas melihat semula rakaman permainan di kejohanan itu.

“Pengarah kejohanan, Mike Stewart sudah mengkaji kejadian itu dan percaya ia satu kesalahan dari segi etika dan dengan itu Tiger Woods akan didenda," kata Jelajah Eropah dalam satu kenyataan. 

Pegawai Jelajah Eropah akan menulis surat kepada pemain berusia 35 tahun yang berasal dari Amerika itu kepada pegawai pasukan pengurusannya tetapi tidak bercadang mengumumkan nilai denda berkenaan. 
Woods, juara 14 kali kejohanan major dilihat beberapa kali meludah dan ia dirakam jurukamera sepanjang kejohanan yang berakhir Ahad lalu.

p/s : jangan meludah sesuka hati .. pandang kiri kanan sebelum meludah..hehe

1 comment:

  1. lps ni nk meludah kena pndang kaknan kiri dulu..hehe..

    ReplyDelete